18 March 2014

683 : Mau Makan Apa Malam Ni?

Mau makan apa malam ni? Aku ni tak pandai masak langsung makanya soal makan aku lebih kepada membeli sahaja. Lagi pon yang nak makan aku sorang jer. Hari minggu lepas, kepala berpusing-pusing berfikir nak makan ape untuk dinner nanti. Kat rumah memang takda ape-ape, yang ada pon cume makanan ringan dan segera jer. Nak masak megi pon dah kehabisan stok.

Bukak peti sejuk ada la nugget, figo dan drummet. Malas plak nak makan bende-bende bergoreng. Ada juga sosej jumbo yang aku beli 2-3 minggu lepas. Ada jugak telor, ada jugak roti. Tibe-tibe datang satu idea di kepala botak aku ni.. huhu ..


Aku hiris dua batang sosej nipis-nipis dan aku goreng dalam kuali dengan sedikit minyak. Bila agak-agak dah nak masak aku pecahkan dua bijik telur dalam kuali yang sama dan wat macam scramble eggs, gaulkan sekali dengan sosej tadi. Bila dah masak, aku masukkan dalam pinggan dan letakkan cheese (anak buah aku nyer yg aku jumpe dalam peti sejuk) di atasnya, biarkan cheese tu cair sedikit. Kemudian aku sapukan sedikit margerin pada roti dan goreng di dalam kuali yang sama. Sebelum makan, letakkan sos cili sesedap rasa. Kalau bubuh mayonis agaknye lagi sedap.

Itulah dia dinner aku malam minggu lepas. Cukuplah untuk perut sendiri. Alhamdulillah.


#SalamSayang

4 comments:

  1. salam afeezz,
    lama tak menulis ye...
    muncul ni dengan resepi yang boleh dikongsi.
    kak t ni pun malas masak kalau sorang, tapi kalau famili datang seronok juga masak sebab ada orang nak perabih makanan, tak la membazir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak t

      itu pasal lah, takde cerita nak tulis, takde mood nak menulis... hehehe
      insyaAllah.. pasni lebih byk lagi resepi ... hahahaha

      Delete
  2. Pernah makan Pisang Goreng Cheese tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah... masa tu tengah melancong di Medan

      Delete