681 : Chilling @ Chiling

Sabtu lepas dapat juga berjimba-jimba di Air Terjun Sungai Chiling. Kepada yang tak tahu, Sungai Chiling agak popular juga dan terletak di Kuala Kubu Baru, on the way ke Bukit Fraser. Kalau mengikut jalan yang betul, korang takkan miss punya lah tempat ni. Tapi di pintu gerbangnya tertulis Santuari Ikan Sungai Chiling. Tidak silap lah tuh. 

Perjalanan menuju ke kawasan air terjun 

Kami bergerak dari Selayang lebih kurang pukul 10.30 pagi melalui jalan Ulu Yam melalui beberapa pekan kecil dan terus ke Kuala Kubu Baru. Dari Kuala Kubu Baru kami bergerak lagi dalam 10 - 15km sebelum sampai ke destinasi lebih kurang 1 jam kemudian. Bayaran masuk RM1 seorang dikenakan dan untuk ke kawasan air terjun, kita perlu menapak melalui denai-denai hutan dan meranduk sungai beberapa kali. Makanya, tak perlulah dressing cantik-cantik macam nak pi shopping. Penat lelah kite menapak ke atas akan hilang bila kita sampai di atas. Dari bawah nak ke kawasan air terjun ni memakan masa lebih kurang 45 minit, bergantung kepada tahap kecergasan anda.

Memandangkan kami sampai telah agak kesiangan, maka ramai orang di atas tapi mereka hanya lepak-lepak di tepi jer, dapatlah aku bermandian dengan aman dan damai. Air sejuk dan jernih amat menyegarkan. Time flies when you have fun, tak tau lah pukul berapa kami turun.

Kawasan air terjun. Memandangkan sekarang musim kering, air tak banyak. 

Sempat jugak kami singgah di Fraser Hill selepas itu. Huhu...

#SalamSayang

You Might Also Like

4 comments

  1. nampak cantik tempat ni, harap dapat berpeluang ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik.. tp ramai sangat orang masa tu...

      Delete
  2. bestnya.. lama x mandi sungai.. hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pon lama tak mandi sungai... best dpt mandi time panas2 camni

      Delete