Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog saya. Tiada apa yang menarik di sini. Saya hanya menulis mengenai saya. Saya hanya menulis mengenai persekitaran saya. Saya hanya menulis tentang kehidupan saya. Jika anda minat cerita-cerita politik, maaf, saya tidak suka kepada politik dan saya tidak akan menulis mengenai politik. Jika anda peminat dunia hiburan, maaf, saya tidak suka dunia hiburan dan gosip-gosip artis dan saya tidak akan menulis mengenai dunia hiburan dan gosip-gosip artis. Apa yang saya tulis adalah mengikut kehendak akal dan hati dan tangan saya sahaja. Jika anda berminat, sila teruskan membaca posting-posting di dalam blog ini, jika tidak, anda bolehlah melayari laman-lama blog lain yang bersepah di alam siber ini.

Sekian, terima kasih.

22 January 2014

675 : Percubaan Seterusnya... Gagal

Percubaan seterusnya untuk aku mengkhatamkan sebuah novel masih lagi menemui kegagalan. Memang sah lah, membaca bukan minat aku, bukan hobi aku. Tak payah lah nak mencuba lagi melainkan ia betul-betul sesuatu yang menarik.

Kali ini aku telah meminjam dari seorang sahabat sebuah novel bertajuk Cinta Kau dan Aku hasil karya Siti Rosmizah. Novel setebal 684 muka ini hanya berjaya aku baca sehingga ke muka 60. Pada mulanya aku hanya membaca beberapa muka dan aku rasa ceritanya menarik dan membuatkan aku ingin meneruskan pembacaanku. Tetapi hingga ke muka 60, ceritanya hanya berbalik pada benda yang sama, si boss nak mengurat anak buahnya yang agak kasar dan macam tomboy itu tetapi anak buahnya itu jual mahal. Pegi keje balik keja, kat rumah kat opis. Boring aku. Terus aku tutup novel itu dan tidak menyentuhnya lagi. Sodakhallahulazim...


Recap balik buku ape yang pernah aku cuba baca.

  1. Cinta... Tiada Akhirnya. Hanya baca hingga ke muka 38 dari 566 muka yang ada.
  2. Armageddon 2012. Bencana Akhir Zaman. Berjaya baca hingga ke muka 50 dari 557 muka.
  3. Cinta Kau dan Aku. Lebih sikit hingga ke muka 60 dari 684 muka.

#SalamSayang

8 comments:

  1. As salam dekk afezz

    Membaca buku2 terutama novel memanglah cam gitu....

    Cuba baca al quran dan tafsirnya...atau baca doa dan ertinya setiap kali lepas solat subuh...insyallah ...ada pengisiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak shami

      betul tu, baca doa, fahamkan dan amalkan lagi baik. insyaAllah... takmo dah baca novel2 ni

      Delete
  2. SALAM.. cayalah.. ok la tu 60 muka surat byk gak.. Manjer penah baca dan habiskan NOVEL BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN karya ALisya SOfea tak silap.. lepas khatam terus rasa muak nak membaca Novel panjang2.. hee.. Lagipun dah beranak pinak ni takde masa nak layan perasaan baca novel, layan anak ngan suami lagi baik.. kih kih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer

      wah.. gagah gak habiskan tu.. kalau cite best nak juga habiskan, ini meleret2 jer... tu yg selalunya berhenti ditengah jalan

      Delete
    2. sALAM.. Silap piz.. Novel tu by LIANA AFIERA MALIK .. uhu.. rasa nyer 8 thn lepas kot Manjer baca.. dah byk lupa.. Aisya Sofea novel lain kot tak abis baca.. hahahaa.. Sekarang ni banyak drama ngan filem dari novel kan.. tgk dah jadi drama jerk la takyah nak baca2.. hee..

      Delete
    3. tapi drama ngan novel org kata tak sama. org kata lah, tak tahu plak sy....

      Delete
  3. Salam afeezz,
    tabik la boleh baca novel walaupun cuma sekitar 10%...
    ส่าหรีสี...setakat baca tajuk je le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak tee

      lagi teruk baca tajuk jer... hahahah

      Delete