Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog saya. Tiada apa yang menarik di sini. Saya hanya menulis mengenai saya. Saya hanya menulis mengenai persekitaran saya. Saya hanya menulis tentang kehidupan saya. Jika anda minat cerita-cerita politik, maaf, saya tidak suka kepada politik dan saya tidak akan menulis mengenai politik. Jika anda peminat dunia hiburan, maaf, saya tidak suka dunia hiburan dan gosip-gosip artis dan saya tidak akan menulis mengenai dunia hiburan dan gosip-gosip artis. Apa yang saya tulis adalah mengikut kehendak akal dan hati dan tangan saya sahaja. Jika anda berminat, sila teruskan membaca posting-posting di dalam blog ini, jika tidak, anda bolehlah melayari laman-lama blog lain yang bersepah di alam siber ini.

Sekian, terima kasih.

19 January 2014

674 : Jom Jogging

Semalam sempat pergi ke Taman Metropolitan Kepong untuk bersantai dan berjogging. Sebenarnya kakak ngan husband dan anak-anak dia jer yang jogging. Aku hanya membesarkan perut saja sambil duduk-duduk melayan perasaan jiwang. Hahaha. Takde mood nak berjogging atau beriadah pagi itu, sebab baru jer melantak sarapan pagi dengan banyak nyer.

Taman Metropolitan Kepong ni tak berapa jauh dari rumah aku, kalau drive dalam 10-15 minit jer bergantung pada kadar kesesakan lalu lintas. Kebiasaannya pada waktu petang hujung minggu, taman ni memang padat dengan pengunjung, sampai nak masuk ke kawasan pakir pon jem. Macam-macam aktiviti bole dilakukan dan yang paling popular bermain layang-layang sampai taman ini dikenali juga dengan Taman Layang-Layang. Aku pernah juga berjogging di sini, sekali jer kot. Penat giler kalau pusing satu taman. Tapi aku berjaya juga membuat satu pusingan itu. Hak.. hak..


#SalamSayang

6 comments:

  1. Kalau ส่าหรีสี joging dgn anak2 sedara selalunya kalah le,
    diaorang macam tak pernah abis stamina...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon sebenarnya tak larat nak jogging. kalau nak pon, cume berjalan jer.. cukup la kan... hehehe

      Delete
  2. Kalau anak Manjer jogging ngan bapak dia.. dah abis satu pusingan suami dah pancit.. anak ajak pusing lagi.. Tahniah la piz berjaya gak pusing satu pusingan.. hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... yg berjaya buat satu pusingan tu bukan jogging pon.. jalan jer smpi ke sudah... atleast kuar peluh gak

      Delete
  3. Assalamualaikum Afeezz

    saya selalu lau saja...tak pernah singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk

      singgah la sekali sekala... main layang-layang ke...

      Delete