31 December 2013

671 : 2013


Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya dan tahun 2014 akan menjelang datang. Aku berdoa semoga tahun 2014 akan membawa semua keberkatan dan nikmat kehidupan pada aku setelah aku rasakan tahun 2013 sangat mengecewakan aku. Tiada azam yang aku nak capai untuk tahun 2014, apa yang bakal terjadi samada baik atau buruk akan aku telan semuanya. Yang buruk akan aku jadikan baik walaupon pahit untuk ditelan dan baik akan aku jadikan yang terbaik. InsyaAllah.


#SalamSayang

29 December 2013

670 : Butuh Lebih Sering Liburan? (Episod 3)

Hati ini meronta-ronta untuk pergi bercuti. Penat dah rasa badan asik bekerja mencari duit sahaja. Duit banyak pon takkan nak simpan saje. Baek kite pi enjoy ke jalan yang benar. Penat cari duit pastu simpan pon nak bagi kat saper nanti. Kalau hidup tak lama, orang yang tinggal plak yang dapat untungnya. Huhu ...

Last rasanya pergi bercuti bulan September lepas ke Bandung, Indonesia. Rasanya macam tak puas. Ingin kan lebih lagi percutian. Masa Air Asia buat promosi dulu, tak dan nak booking flight. Pasal tak dapat kaki yang nak join pi jenjalan. InsyaAllah, kalau Air Asia wat promosi lagi, aku dah tau ke mana nak dituju. 

Cambodia, atau kalau orang Malaysia ni suke panggil Kemboja. Ada member tanya, 'ada ape kat Cambodia?' Bagi aku, pasal kita tak tau ada aper la yg aku nak pi tengok ada ape. Kalau dah tau ade aper, baik dok umah jer, kan. Yang menarik minat aku kat Cambodia adalah Angkor Wat, salah satu dari keajaiban dunia. Itu tujuan aku no. 1 nak melawat Cambodia, tempat yang lain-lain tu macam Tasik Tonle Sap, Killing Fields dan sebagainya tu bonus sahaja. Shopping-shopping itu sampingan sahaja, tak shopping pon tak apa. 


Sebelum ni berminat nak ke Saigon, Vietnam, tapi sekarang Vietnam sudah jadi pilihan kedua. Sorry Vietnam, ada rezeki tahun 2015 aku pi Vietnam plak. Cambodia.. wait for me.

#SalamSayang

26 December 2013

669 : WoTonG, 2009 - 2013

Sudah empat tahun lamanya aku bersama WoTonG. Ko telah memberi khidmat yang terbaik buat aku walaupun kadang-kadang aku tidak menjaga dia dengan baik. Banyak kenangan manis bersama WoTonG. Kami telah menjelajah ke setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini, kecuali Perlis. InsyaAllah, satu hari nanti kita akan bersama-sama ke sana. Dari Pontian ke Kluang dan Muar, Melaka hingga Paroi, Shah Alam, Rawang dan Sabak Bernam, Teluk Intan dan Lumut ke Taiping dan Kuala Kangsar, Balik Pulau hingga Alor Setar, Gua Musang, Kota Bharu hingga Paka terus ke Kuantan dan Gambang, semuanya telah kita jejaki. 

Selain itu, ada juga terselit pahitnya. Tapi kita hadapi bersama. Ko pernah berlanggar dengan sebuah motor milik seorang peguam anak kepada arwah ustaz yang ajar aku mengaji. Disebabkan itu, sampai sekarang mata ko buta sebelah. Ko pernah pancit dalam perjalanan pulang ke rumah menyebabkan aku terpaksa menapak selama setengah jam untuk meminta bantuan. Ko juga pernah mati disebabkan bateri yang kong di Shell Jalan Ipoh menyebabkan kami terkandas lebih kurang 2 jam. Mencari kedai jual bateri kereta sepanjang Jalan Ipoh, tetapi semuanya tutup disebabkan cuti Hari Kebangsaan. Last-last dapat juga bateri di sebuah kedai di Selayang. 


Walau bagaimanapon, I still love you. Muah ...

#SalamSayang

17 December 2013

668 : Sepetang Di Ulu Yam

Empangan Batu sangat popular di Selayang. Walaupon aku ni dah sangat lama dok Selayang, tapi baru beberapa kali aku menjejakkan kaki di sini. Kalau aku kaki pancing, mesti tempat ni akan menjadi lokasi febret aku. 

Sabtu lepas aku bersama keluarga seorang sahabat telah singgah di sini. Sekadar melihat keindahan tasik yang ditakung oleh Empangan Batu. Damai suasa di sana ditambah pula cuaca yang lepas hujan. Rasa syahdu la plak. Hehehe ... 

Mungkin tak lama lagi, keindahan tasik ini akan sedikit tercemar. Orang ramai akan hanya boleh menikmati permandangan indahnya dari jauh sahaja. Pihak bertanggungjawab dalam proses pembinaan pagar di sekeliling tasik ini. Tak tahu apa tujuannya. 



#SalamSayang

15 December 2013

667 : Macam Gemuk Jer... Macam Gemuk Jer ...

Ermm... berat badan sudah naik rupanya. Mendadak sungguh. Patut la rasa macam dah gemuk jer. Sekali timbang ari tu.. tuuuu dia... sudah naik 9kg!! Pengsan aku sekejap. 

Itu lah, lately ni selera makan macam menjadi-jadi. Asik lapar jer, asik nak makan jer. Macam tak bole nak kontrol plak nafsu makan ni. Mane tak naek berat badan dengan jayanya. Seluar pon sudah terasa ketatnya. Sampai ada yang tegur. Kawan-kawan lagi lah, siap cakap aku macam bear lagi. Kurengs.. Wat malu aku jer. Hahaha. 

Ape-ape pon, it time to stop eating everything and take care of the my berat. Kalau tak kontrol, mau sampai ke tahap yang aku pernah capai sebelum ni. No more kuih-muih si Maidin petang-petang kat opis. Nak exersice malas, so kite kawal permakanan dan banyakkan minum air kosong. Wish me luck.

Bentuk badan idaman semua..


#SalamSayang

09 December 2013

666 : Walimatulurus (Episod 3)

Minggu lepas aku telah menghadiri majlis perkahwinan sorang lagi kawan aku. Aku dah lama mengenali dia, rasanya lebih 5 tahun. Memula kenal di alam maya, zaman-zaman MiRC menjadi kegilaan remaja masa itu. Sama-sama ligat menjawab soalan di #kuiz. Bermula dari situ kami mula berkawan walaupon tidak rapat. Alhamdulillah persahabatan dengan dia masih berkekalan walaupon #kuiz dan MiRC rasanya sudah berkubur.

Majlis telah diadakan dia Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak. Tersesat jugaklah nak menuju ke sana. Peta kata ikut sana, tapi GPS suruh ikut sini. Tapi akhirnya sampai juga, tatkala sang mempelai sedang bersantapan.

Selamat Pengantin Baru kepada Izzah dan pasangannya. Semoga kebahagian berkekalan sehingga ke akhirnya dan hanya mati yang dapat memisahkan mereka. InsyaAllah.


#SalamSayang