28 November 2013

665 : Mee Udang - Yang Mana Lebih Sedap?


Gambar di atas adalah Mee Udang yang pernah aku rasa di tiga kedai yang berbeza dan pada waktu yang berlainan. Semuanya ada rasa yang tersendiri, ada yang sedap ada  yang tidak, terserahlah pada tekak masing-masing. 

Mee Udang dalam gambar pertama adalah Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang, Perak. Aku menikmati juadah ini lebih kurang 2 minggu yang lepas. Aku ambil Mee Udang Biasa saja dan harganya RM9 semangkuk. Ada juga Mee Udang Spesial dengan udang yang lebih besar pada harga RM13 semangkuk (kalau tak silap). Ada juga menu-menu lain di kedai ini macam Mee Goreng Udang, Udang Goreng Tepung dan sebagainya yang berasaskan udang dan ketam. Semasa aku sampai dalam pukul 8.00 malam, pelanggan agak ramai. Yang bagusnya, servis amat cepat. Dalam 10 minit, makanan kami sudah terhidang. Tumb Up untuk servis. Dari segi rasa, kuahnya agak cair dan bagi aku, takde la sedap mane pon seperti yang digembar-gemburkan. Hehehe...

Mee Udang yang kedua adalah Mee Udang Banjir Kuala Selangor di Kuala Selangor, Selangor. Aku menikmati Mee Udang ini dalam awal tahun ini. Tak ingat harga dia berapa tapi lebih kurang RM8 jugak lah semangkuk. Yang lain sikit Mee Udang ni berbanding Mee Udang lain yang pernah aku rasa adalah, Mee Udang ini ada telur di dalamnya dan juga ada tauhu goreng di samping sayur-sayuran. Rasa agak sedap dan servis juga agak baik.

Mee Udang seterusnya adalah Mee Udang Mak Teh di Kuala Sepetang, Perak. Aku menikmati mee ini pada tahun lepas dengan harga RM10 semangkuk. Semasa aku sampai di kedai tersebut, lebih kurang pukul 4.00 petang, pelanggan sangat ramai dan susah nak dapat tempat duduk. Hati berkata mesti sedap mee udang di sini. Apabila berjaya mendapat tempat duduk, kami terpaksa menunggu lama untuk order diambil. Kemudian kami dimaklumkan, hanya mee udang berharga RM10 saja yang ada, yang lain sudah habis. Hati terus mengata, 'berniaga ape macam ni, baru pukul 4, semua dah habis'. Nak tak nak terpaksa order aper yang ada. Kemudian terpaksa menunggu lebih kurang 1 jam untuk mendapatkan makanan yang diorder. Hati mengata lagi, 'menu ada satu pon macam ni punya lembab, itu belum lagi aku order macam-macam'. Dari segi rasa, kerana sudah sakit hati menunggu lama, mee udang itu sudah menjadi tidak sedap. Hehehe... 

Sebenarnya, aku ni bukan pandai pon nak menilai sesuatu makanan tu sedap atau tidak. Bagi aku, selagi aku boleh makan, dan aku habiskan, itu maknanya sedaplah bagi aku. Apa-apa pon kalau nak tau Mee Udang yang mana lebih sedap, korang kene la pi rasa sendiri. Lain orang lain citarasanya. 


~Salam Sayang~

25 November 2013

664 : Hello World ...


Assalamualaikum semua. Nama saya Adam. Nama saya diambil sempena nama Nabi Adam a.s, manusia dan nabi pertama yang diutuskan Allah s.w.t kepada umat manusia. Tetapi saya ni anak ketiga. Saya ada seorang kakak dan seorang abang. Ibu saya diaorang panggil Ninie dan ayah saya bernama Amril. Hari ini saya umur saya 25 hari. Saya lahir di sebuah hospital di Puchong. Saya tak tahu plak nama hospital tu pasal takde sape bagitau saya. Saya merupakan cucu ke 11 kepada tok saya, Tuan Haji Affal. Saya tak kenal nenek saya. Apa-apa pon saya gembira dilahirkan ke dunia ini kerana ramai yang menyayangi saya, ibu saya, ayah saya, tok saya, nenek saya, kakak dan abang saya, pakcik-pakcik dan makcik-makcik saya. Semua orang sayang saya. Mesti la kan, pasal saya seorang baby yang cute. Siapa yang tak sayang baby kan...

OK cukuplah sayang menulis di blog pakcik saya ni, kang dia marag plak sayang. Babai...


~Salam Sayang~

20 November 2013

663 : Walimatulurus (Episod 2)

16 November 2013 aku ke Kulim, Kedah untuk memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan seorang teman sepejabat. Kami pergi beramai-ramai menyewa sebuah bas. Kami bertolak dari UM lebih kurang pukul 8.00 pagi dan tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 2.30 petang. Terasa begitu jauh perjalanan kami hari itu. Sesampai saja di majlis, sang mempelai sedang menikmati hidangan. Kami dijemput masuk dahulu ke dalam rumah untuk menunggu si pengantin. Selesai pengantin bersantap, kami pon 'beramas mesra' dengan kedua mempelai. Setelah bersalaman serba sedikit, kami pon terus ke khemah jamuan. Dah pukul 2.30 petang, perut pon sudah berasa lapar yang amat. Alhamdulillah, sedap nasi dan lauk pengantin. 

Kepada kawan aku dan suaminya, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Semoga kalian berbahagia sehingga ke akhirnya dan terus ke Jannah. InsyaAllah.


Lebih kurang pukul 4.00 petang, kami meminta diri dan menuju ke sebuah homestay yang disewa khas untuk kami. Kami berehat sebentar dan menunaikan solat, ada juga yang menukar pakaian. Selesai semuanya kami bergerak pulang. 

Persinggahan seterusnya alang-alang dah terlanjur ke sini adalah untuk menikmati mee udang di Kuala Sepetang. Memandangkan aku ada pengalaman buruk dengan Mee Udang Mak Teh, maka aku mencadangkan kita cube try test Mee Udang Mak Jah plak. Kami tiba di Restoran Mee Udang Mak Jah lebih kurang pukul 8.00 malam. Servis dia sangat pantas. Tak sempat duduk lagi, waitress dah sampai bagi dan terus ambil menu. Menu dia juga ada pelbagai, pilih saja yang mana berkenan. Aku order Mee Udang Biasa saja memadangkan aku sudah banyak makan hari itu dan perut pon sudah rasa tak sedap. Mee dia ok je lah tapi servis bagus dan tandas boleh lah dikatakan bersih. 

Lebih kurang pukul 9.30 malam, kami bergerak pulang ke KL. Sampai di UM lebih kurang pukul 1.30 pagi. Perghh.. jauh perjalanan, penat badan.


~Salam Sayang~

17 November 2013

662 : Damailah Engkau Di Sana


16 November 2013.. genap satu tahun ibu meninggalkan kami. Pemergian ibu amat kami rasa. Tiada lagi gelak ketawa, marah dan bebelan ibu di rumah. Kalau tidak, ada saja yang ibu nak bebelkan. Itu tak kene, ini tak boleh. Kadang-kadang kami buat lawak lagi pada bebelan ibu. Tapi, itulah yang paling kami rindukan.

Ibu, damailah ibu di sana. Akan kami taburkan dia mewangi untuk ibu, hadiah dari anak-anak mu. Al-fatihah.


~Salam Sayang Untuk Ibu~

13 November 2013

661 : 14 Tahun, Aku Semakin Tiada

14 tahun aku sudah di sini, dan aku masih lagi di sini. Sampai bilakan aku akan berada di sini? Mungkinkah untuk 14 tahun lagi? 14 tahun, hati aku sudah tiada di sini, fikiran aku sudah tiada di sini, semangat aku sudah tiada lagi di sini. Genap ulang tahun aku yang ke 14 di UM pada 15 November 2013 akan datang. Akhir-akhir ini, aku rasa aku sudah takde semangat untuk meneruskan kerja aku di sini. Letih rasanya selama 14 tahun itu aku mencurah bakti yang tidak dihargai. Sekadar dapat gaji pada cukup harinya. 

14 tahun itu sepatutnya aku sudah berada pada satu tahap yang aku rasakan, tugas itu tidak sepatutnya menjadi masalah. Tetapi pada tahun ke 14 ini, aku masih dibebani dengan tugas demi tugas demi tugas sehingga aku telah ditegur kerana gagal melaksanakan tugas dengan sempurna. Sejak pejabat aku dipindahkan ke PPUM, beban tugas aku semakin bertambah. Aku sekarang melakukan tugas yang pernah dilakukan oleh 4 orang, tetapi sekarang semua itu diletakkan di bahu aku. Dan minggu lepas aku dibebani lagi dengan tugas orang yang ke 5. Susah rasanya bekerja dengan seorang ketua yang mempunyai angan-angan setinggi langit tetapi lupa kaki hanya bertahankan tongkat usang. 

Tiada lagi kalimah semangat untuk aku, tiada lagi kata motivasi untuk aku mencari hati yang telah pergi. Ada yang akan kata, bersabarlah. Tapi sampai bila?


~Salam Sayang~

06 November 2013

660 : Walimatulurus

Sempena Hari Deepavali pada 2 November 2013, aku telah diundang ke satu majlis perkahwinan seorang sahabat yang dikenali melalui laman blognye di Rembau Most Wanted Yo! Walaupon Kuala Lumpur dengan Rembau Most Wanted Yo! itu takde la berapa nak jauh, disebabkan cuti sempena Deepavali, kami terperangkap dalam kesesakan yang teruk dari Kajang hingga ke Seremban. Nak patah balik masuk Lekas pon rasanya dah tak berbaloi dan tak tahu jalan. Nak taknak terpaksa diredahin juga. Alhamdulillah, kami selamat tiba di destinasi tanpa kesesatan walaupon tidak menggunakan mana-mana pepijat GPS.

Kami tiba hampir pukul 2.00 petang. Kelibat sahabat alam maya yang aku nampak of koz la si pengantin yang sedang dok pulun makan, tak pandang kiri dan kanan. Kemudian berjumpa pula dengan AZ, Pijal, CM, Kak Ngah, Kak Taj, Tikah, Tuan Puteri Elaira, Mama Ju, Mama Sidah sekadar menyebutkan beberapa nama. Sempat juga aku sampai masa diaorg ada, bole la gak beramas mesra. Apa-apa pon, kalau ada majlis macam ni lah baru aku dpt jumpe mereka dan  dapat beramas mesra.

Terima kasih diucapkan kepada pengantin yang sudi menjemput. Semoga kalian berbahagia hingga ke akhirnya. InsyaAllah.


Selepas ini aku telah menerima 3 lagi undangan ke majlis perkahwinan sahabat-sahabat. InsyaAllah, buat masa ni tiada lah aral melintangan dan aku boleh memenuhi kesemuanya. Yang terdekat adalah pada 16 November 2013, undangan ke majlis perkahwinan kawan sepejabat di Kulim, Kedah. Akan menaiki bas beramai-ramai bersama kawan-kawan opis ke sana. Jemputan berikutnya adalah pada 1 Disember 2013, jemputan dari seorang lagi kawan maya bertempat di Kuala Lumpur dan kemudiannya jemputan dari Tuan Puteri pada 28 Disember 2013 juga bertempat di Kuala Lumpur.


Ucapan aku, semoga kalian berbahagia hingga ke akhirnya, InsyaAllah, aminn.


~Salam Sayang~

03 November 2013

659 : Melaka 2013 - Bengkel, Suka-Suki dan Makan-Makan (Hari Kedua)

... sambungan

Hari kedua Bengkel Penambahbaikan kami di Melaka. Kalau ikutkan aturcara majlis, pagi ni ada Pembentangan Hasil Perbincangan semalam. Tetapi itu hanyalah di atas kertas. Pagi ni kami anjurkan acara indoor games dan cabut bertuah. Ada tiga sahaja acara indoor games yang dirancang dan cabutan bertuah. Alhamdulillah, aku mendapat tempat kedua dalam acara Telur Emas dan dapat juga cabutan bertuah.



Dalam pukul 11.30 pagi selesailah semua aktiviti kami. Makan tengahari pada pukul 12.00 tengahari dan bergerak pulang ke Kuala Lumpur lebih kurang pukul 1.30 petang.


~Salam Sayang~