26 June 2013

624 : Selamat Hari Lahir Ibu


26 Jun merupakan tarikh ulang tahun kelahiran ibu. Tahun ini merupakan tahun pertama kami menyambutnya tanpa ibu. Sudah tujuh bulan ibu meninggalkan kami. Pemergian ibu amat kami rasai. Kehilangan yang terlalu besar bagi kami. 

Walaupun amat jarang kami memberi hadiah kepada ibu pada hari lahir ibu ketika ibu masih ada, pada tahun ini kami hadiahkan, kami sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yaasin untuk ibu. Semoga ibu berbahagia walau di mana ibu berada. Damailah ibu di sana bersama Sang Maha Pencipta.

Al-Fatihah


~Salam Sayang~

25 June 2013

623 : Oh My English ... (New Season)

Oh My God, my English sucks.. Hehehe. Kadang-kadang bagi aku, menulis dalam Bahasa Inggeris adalah lebih mudah dari Bahasa Melayu terutama sesuatu yang formal. Kadang-kadang aku lebih faham sesuatu di dalam Bahasa Inggeris dari Bahasa Melayu. Aku ni bukan pandai sangat bahasa Inggeris ni. Masa SPM dulu pon aku cume dapat C4 jer. Masa belajar kat ITM dulu, amik empat paper Bahasa Inggeris ni, paling bagus dapat A- paling teruk dapat B. Jadilah kan.... 

Tugas Ayam Jantan? : Gambar ni aku amik di opis aku. Kurang pasti plak tulisan tangan saper tuh. Kan senang kalau tulis Jadual Tugas... 

Jangan Mati Di Sini? : Gambar ni plak aku amik kat Pasaraya NSK Selayang. Pastu dok pikir, aper ayat yang sesuai dengan maksud yang ingin disampaikan. Seorang sahabat kemudian mencadangkan 'Do not pass by here'. Hahaha... Good girl!! 


~Salam Sayang~

24 June 2013

622 : Original Klebang Coconut Shake


Minggu lepas sempat singgah di tempat ni untuk menikmati minuman ni. Sebelum ni lalu jer walaupon tau shake ni agak femes. Ape-ape pon boleh tahan sedap gak lah. Dalam pada dok beratur lama untuk membelinya, aku pi la tengok-tengok dua orang mamat hensem ni dok membuat shake ni. Senang jer resepi dia, wat sendiri kat rumah pon boleh. Lagi puas minum nanti...


Ia bukan rahsia lagi. Bahan-bahan adalah ...

  • Isi kelapa muda
  • Air kelapa muda
  • Air gula
  • Ais krim perisa vanilla
  • Air batu

Semua bahan-bahan di atas kemudiannya dikisar. Kemudian, ia dimasukkan pula ke dalam bekas berbentuk kon yg aku tak pasti aper fungsinye. Mungkin untuk memudahkan shake itu dimasukkan ke dalam gelas-gelas plastik. Shake itu kemudian dihidangkan bersama ais krim vanilla. Sekian, terima kasih.


~Salam Sayang~

21 June 2013

621 : Mari Menonton - Man Of Steel

Semasa berada di Melaka tempoh hari, aku bersama-sama sahabat sempat untuk menonton sebuah filem terbaru di pawagam iaitu filem Man of Steel. Semua orang mungkin dah tau yang filem Man of Steel ini adalah filem Superman yang menceritakan kisah hidup Superman atau nama Kryptonnya adalah Kal-El dan nama buminya Clark Kent dari beliau masih kecil hinggalah besar.

Kal-El telah dihantar ke bumi oleh ibu bapanya dari planet Krypton kerana telah berlaku malapetaka dan rampasan kuasa di Krypton. Di bumi, Kal-El atau Clark Kent cuba untuk membesar sebagai seorang manusia normal tetapi sering berlaku perkara-perkara yang tidak diingini ke atas beliau yang dia sendiri tidak memahaminya. Kehidupan Clark Kent berubah setelah kehadiran Jeneral Zod dari Krypton ke bumi untuk menangkap Clark Kent. Clark Kent pula terperangkap di antara untuk menyelamatkan dirinya dan menyelamatkan penduduk bumi.

Bagaimanakah kisah seterusnya? Dapatkah Clark Kent menewaskan Jeneral Zod untuk menyelamatkan penduduk dan bumi? Saksikan di pawagam-pawagam berhampiran anda.

Bagi aku, filem ni biasa-biasa saja dan pada permulaannya agak slow dan membosankan. Pengakhiran filem ni penuh aksi dan ada satu ketika aku berfilir, kalau Superman lawan Superman saper yang akan menang? Pasal sama-sama SUPER. Renung-renungkan... huhuhu

Filem ini boleh lah aku beri 3.75/5 bintang.


~Salam Sayang~

20 June 2013

620 : Jalan - Jalan Hujung Minggu - Melaka Bandaraya Bersejarah (Episod Akhir)

... sambungan

Hari kedua kami di bumi Melaka. Cuaca hari ini tidak begitu baik. Dari pagi nampaknya jerebu telah melanda Bandar Melaka. Matahari terik tetapi suasana semacam kelam. Pagi ini dua orang dari sahabat aku telah check-out awal, nak ke A-Farmosa Theme Park katanya. Pergh.. pergi berdua-duaan jer, takmo ajak kami pon. Takmo kawan korang lagi. Makanya kami yang tinggal ni pon bersarapan di sebuah kedai mamak berhampiran.

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami check-out dan terus menuju ke sebuah restoran berhampiran untuk makan tengahari. Memang sudah target untuk makan tengahari di restoran ni, Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Macam biasa, restoran ni sudah penuh dengan pelanggan. Nasib baek kami dapat meja tanpa perlu menunggu lama. Menu kami tengahari ini, ketam masak lemak, udang galah masak lemak, sotong dan kerabu mangga. Memang sudah lama mengidap mau makan ketam masak lemak di restoran ni. Bole tahan sedap juga makanan kat sini, alhamdulillah kenyang perut suka hari. Harga agak mahal jugak lah, total semua RM107.00 sahaja, hehehe. Sekali sekala takpe, lagi pon makan empat orang.

 
Menu makan tengahari kami di Restoran Asam Pedas Selera Kampung 

Selepas selesai bersantap, kami meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke KL. Dalam perjalanan kami singgah di Klebang, katanya ada minuman Kelapa Goncang yang sangat sedap dan femes di sini. Tak susah mencari kedainya, jika anda drive menuju Pantai Klebang, tiba-tiba anda terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, itu bermakna, anda sudah hampir dengan kedai itu. Mau membelinya pula, kalau nasib tak baik, kene lah beratur. Kami terpaksa beratur lebih kurang 1/2 jam sebelum dapat menikmati Original Klebang Coconut Shake ini.

 
Suasana di gerai Klebang Original Coconut Shake

Kami tapau sahaja Coconut Shake kami dan meneruskan perjalanan ke persinggahan seterusnya, Tanjung Bidara. Pantai Tanjung Bidara taklah berapa cantik dan taklah berapa bersih. Tapi kalau nak mandi boleh saja. Ramai gak pengunjung petang itu. Kami just lepak-lepak di deretan kedai berhampiran dan menikmati ABC dan air kelapa serta pisang goreng dan keropok yang tak berapa nak sedap.

  
Pantai Tanjung Bidara 

Selepas puas berehat dan membuang apa-apa yang patut kami bergerak pulang ke KL. Dalam perjalanan kami berhenti di satu kawasan di Simpang Ampat, tujuan utama nak buang air di stesen minyak tetapi kami terbeli lagi keropok dan pisang goreng dan nangka untuk di makan di dalam kenderaan. Ermm....


~Salam Sayang~

18 June 2013

619 : Jalan - Jalan Hujung Minggu - Melaka Bandaraya Bersejarah (Episod 1)

Hujung minggu lepas aku dengan beberapa orang sahabat telah berkunjung ke Melaka. Sekadar memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan kawan kepada sahabat di Batu Berendam. Dah terlanjur ke sama, kami panjangkan tempoh kami berada di sana. Memandangkan Melaka bukanlah asing bagi kami, maka kami takde lah memanjangkan kaki kami ke tempat-tempat menarik di sana. Kami sudah pon melakukannya pada tahun 2011, jadi rasanya tidak perlulah kami melawat tempat-tempat bersejarah itu dalam masa terdekat ini. Hehehe..

Kami tiba di Melaka lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan kami terus menuju ke Bandar Hilir untuk mencari penginapan untuk malam itu. Sudah terlalu banyak penginapan di sini dari yang bajet hinggalah yang mewah, buat lah pilihan sendiri. Kami hanya mencari hotel bajet sahaja dan akhirnya kami telah memilih Hotel Mesra Mutiara dengan kadar RM110 sebilik untuk 3 orang. Kira ok je lah bilik dia di tingkat 3 itu. Disediakan hanya kemudahan asas tanpa tuala dan sabun mandi (kami pon tak tanya ade disediakan ke tak). Nasib baik aku bawa tuala dan kemudahan kebersihan diri sendiri.

Group photo with the pengantins 

Selepas mendapat penginapan kami terus menuju ke Batu Berendam untuk menghadiri majlis perkahwinan itu. Tidak susah mencari rumahnya since ada sahabat yang pernah ke sana. Majlis nampaknye agak mewah, dah makanan yang disediakan nampak malam ala kampung sahaja. Ade nasi putih dan nasi tak putih, ayam masak merah, masak lemak pucuk paku, masak lemak daging salai dan masak lemak pisang sekarang menyenarai beberapa yang aku ingat. Agak sedap jugak lah, especially pucuk paku tuh. Hehehe... Selepas beramas mesra dengan pengantin, kami pon meminta diri.

Hidangan yang tidak kurang enaknya 

Kami balik ke hotel penginapan, dan kami pon tertidor dengan sendirinya. Lebih kurang pukul 5.30 petang kami keluar berjalan-jalan di kawasan berhampiran seperti Mahkota Mall dan Dataran Pahlawan. Sekadar membeli beberapa jenis barang makanan seperti cencaluk (aku tak beli), keropok dan kerepek dan jajan-jajan yang lain. Yang penting kami telah mendapat tiket wayang untuk sesi midnight malam itu. Lebih kurang pukul 8.00 malam kami menapak balik dan singgah di sebuah restoran untuk makan malam ala kadar sahaja. 

Malam di Bandar Melaka 

Pukul 10.00 malam kami turun semula. Menunggu geng perempuan turun, kami telah dijemput oleh tuan punya hotel untuk menjamah kenduri yang diadakan di luar hotel. Katanya, kenduri kesyukuran sempena pembukaan hotel baru keluarganya yang terletak bersebelahan dengan hotel beliau. Isk.. rugi jer makan tadi, kalau tau, baek makan kat kenduri tu jer. Makanan pon nampak sedap, ade sate lagi. Oleh kerana kami dah makan malam, kami cume menjamah serba sedikit sekadar menjaga hati tuan yang menjemput. 

Waktu tayangan Man of Steel yang kami beli adalah pada pukul 11.10 malam. Terlelap jugak aku masa menonton. Hehehe ...


... bersambung

12 June 2013

618 : Susah Payah Untuk Mencari Sesuap Rezeki

Sejak-sejak opis aku berpindah ke PPUM ni, terasa mencabar sangat bila nak ke tempat kerja. Masakan tidak, dulu masuk kol 8.30 pagi, sekarang masuk pukul 8.00 pagi. Oleh yang demikian, semuanya kene dimulakan setengah jam lebih awal. Dulu set alarm kol 6.20 pagi tapi kol 6.40 pagi baru nak bangkit. Sekarang terpaksa set alarm kol 6.00 pagi untuk bangkit pukul 6.15 pagi. Dulu kol 7.00 pagi baru terhegeh-hegeh nak gerak pi kene, sekarang 6.45 pagi mesti dah kene keluar, kalau tak ade kemungkinan sampai lewat kat tempat keje.

Dulu, masuk Gate Damansara tak sampai 5 minit dah sampai opis. Sekarang terpaksa masuk kat Gate Fakulti Bahasa, wat satu pusingan round UM baru sampai tempat pakir. Pastu kene menapak, panjat bukit, mengharung semak samun, merentasi parit, longkang dan sebagainya, naek tangga baru sampai opis. Sekarang baru aku rasa begitu susah untuk mencari rezeki sesuap nasi. 

 Inilah bukit yang terpaksa aku daki dan jalan yang terpaksa aku lalui setiap hari untuk ke tempat kerja 

 Tempat pakir kenderaan di bawah bukit. Kene rebut ngan staf PPUM, kalau lambat tak dpt tempat. 

 Dah sebulan daki bukit ni, tak kurus pon aku... hehehe


~Salam Sayang~

10 June 2013

617 : A Picture Is ...

A Picture Is A Poem Without Words by Horace. What poem can we made for this pictures? I'm not a poet and I'm not good in poem, so I can't write one. 


A Picture Is Worth A Thousand Words by Napoleon Bonaparte (ye ke?). How many words can we describe for this picture if this picture worth a thousand word? 


How about this picture?



~Salam Sayang~

03 June 2013

616 : Wahai Sang Pelangi Indah

"Wahai... Sang pelangi indah
Muncul seketika
Sayang tak ku lihat
Kini tiada" 

 Keindahan sang pelangi yang diambil dari dalam bot tambang di Sungai Sarawak. Diambil pada tahun 2012 semasa bercuti di Kuching. 

Sang pelangi yang terhasil oleh pembiasan cahaya dari percikan air Danau Toba. Diambil dari atas bot di Danau Toba menuju ke Pulau Samosir pada tahun 2011 semasa bercuti di Medan, Indonesia

Sang pelangi indah hasil pembiasan cahaya matahari dari titis-titis hujan. Diambil pada awal tahun ini dari Lebuhraya PLUS berhampiran Ipoh, Perak semasa aku menuju ke utara untuk bercuti di Pulau Langkawi.


~Salam Sayang~