24 April 2013

605 : Ikut Saja Seperti Kerbau Dicucuk Hidung... Selagi Hidung Masih Melekat Di Kepala

Tengahari semalam aku mendapat makluman bahawa opis aku ni akan berpindah ke satu premis yang lain. Sebenarnya, memang dah lama dengar bahawa opis aku ni akan dipindahkan dan ubahsuai sedang dijalankan di premis baru. Dengar macam best jer kan, berpindah ke opis baru. Tapi bagi kami, berpindah ke opis baru bagaikan berpindah dari rumah banglo dua tingkat, 5 bilik tidor 3 bilik air ke sebuah bilik sewa.

Lebih malang lagi, kami diarahkan pindah tanpa notis. Diarahkan pindah secepat yang mungkin, dalam minggu ini jugak. Kalau nak suruh pindah pon berpada-pada lah, jangan lah ingat kami pindah ni cume bawak bontot je. Cuba lah guna akal fikiran dan kepala hotak korang yang bergelar professor itu, atau sekurang-kurangnya menggunakan belas kasih. Ini tidak, sudah lah sebelum ini kami bergantung tidak bertali hampir setengah tahun, tak tahu kami nak dengar arahan. Orang itu kata begini, orang ini kata begitu. Sampai satu ketika, orang tanya siapa Ketua Jabatan pon kami tak tahu. Alih-alih... GET OUT!!

Janjinya, kami akan berada di tempat itu hanya untuk empat hingga lima tahun. Tetapi, segala janji dari pihak pengurusan hanya dicapati saja. Satu pon tak boleh pakai dan hanya kencing semata-mata. Sama seperti tempat aku sekarang ni, janji yang dicapati hanya untuk tiga empat tahun, tapi sekarang sudah hampir 10 tahun dan kami sudah selesa di sini. Kecewa dengan itu, aku sudah pon menghantar borang Permohonan Tukar Jabatan. Percubaan aku untuk melepaskan diri dari kemelut ini. Tiada masa depan aku terus di sini.

Tak boleh nak buat ape dah. Kami mentimun mereka durian. Menggolek pon kami cedera, digolek ape tah lagi. Ikut saja seperti kerbau dicucuk hidung selagi hidung dicucuk masih di situ.


~Salam Sayang~

20 April 2013

604 : Pecah Tabung

Memula nampak ada sorang teman kat FB dok kira duit dalam tabung. Kira duit dalam tabung nak kawen katanya. Pastu nampak Cikgu Mas plak pecah and kira duit dalam tabung. Kata Cikgu Mas plak, nak buat belanja pergi melancong. Jeles dengan mereka, aku pon dok pecah tabung gak. Semata-mata nak kira duit dalam tabung jer. Tak terniat nak beli ape-ape pon. Pastu masuk balik dalam tabung. Hehehe ...

 Ini bukan tabung sebenarnya, ini balang Ikea, tapi wat simpan syiling 

 Permulaan proses pengiraan 

 Syiling 20 sen 

 Syiling seposen 

 Syiling 5 sen 

 Syiling 50 sen

 Syiling 1 sen. Tak kira pon, banyak sangat 

  Inilah hasil nya ..

Ada dua lagi tabung yang tidak dikira. Dan jumlahnya agak lumayan. Hehehe....


~Salam Sayang~

18 April 2013

603 : Aktiviti Menjolok

Kat rumah aku ada la sepohon pokok mangga. Tak tau la dari spesis mangga ape, tapi jenis-jenis yang takleh jumpe atau susah nak dibeli di pasaran. Katanya mangga epal, katanya lah. Pokok tak lah berapa besar sebab ditanam dalam lebih kurang 4-5 tahun yang lepas. Ditanam di luar pagar, betul-betul di tepi jalan. 

Rumah aku dengan pokok mangga memang tidak asing. Sejak aku kecil, memang dah ada pokok mangga keliling rumah dari pelbagai spesis. Ada satu pokok mangga di depan rumah, sangat besar pokoknya dan setiap kali berbuah, macam nak patah dahan kerana berat buahnya. Seluruh keluarga ngan jiran sebelah menyebelah puas makan bila pokok tu berbuah. Kadang-kadang sampai tak termakan, gugur dan busuk macam tu jer. Siap ada cina datang nak beli satu pokok untuk dijual buahnya. Lastly, pokok itu terpaksa ditebang kerana sudah terlalu besar takut tumbang menimpa rumah. Tetapi ayah telah menanam baka pokok itu terlebih dahulu sebelum pokok itu ditebang. 

Di masa yang sama juga, ada sebatang pokok mangga lagi di hadapan rumah dari spesis yang lain yang tidak lah aku tahu namanya. Kami menggelarnya Mangga Muzal, sempena nama sepupu aku kerana pokok itu ditanam semasa dia dilahirkan. Isi buahnya berwarna oren dan sangat manis dan sedap. Pokok mangga ini juga terpaksa ditebang kerana sudah terlalu besar dan tidak lagi mengeluarkan buah yang baik. Tiada baka pokok ini yang ditanam ayah.

Dalam masa yang sama juga, di belakang rumah ade sebatang lagi pokok mangga berlainan spesis yang juga aku tak tahu namanya. Buahnya besar lebih kurang 3-4 penumbuk, isinya oren, manis dan sangat sedap. Tak pernah aku nampak mangga serupa itu lagi sekarang. Sayang... pokoknya juga telah ditebang dan tiada baka yang ditanam ayah.

Di tempat yang sama, ayah telah menanam baka pokok mangga dari spesis yang kat depan rumah tu. Alhamdulillah, pokoknya sihat, berbuah lebat. Sampai kami di rumah ni dah tak pandang pon buah tuh. Setiap kali berbuah, jiran-jiran ngan kawan-kawan akan dapat rezekinya. Banyak kali jugaklah aku bawa ke ofis beri kepada kawan-kawan ofis. Pokok ini juga akhirnya terpaksa ditebang untuk membesarkan rumah.

Baka pokok mangga itu ayah tanam di depan rumah, pokok yang ada sekarang ini. Sekarang kami telah mengutip hasilnya, walaupon bukan kami yang merasanya. Pokok tu ditanam di luar pagar, mungkin ada orang yang lalu lalang telah mengambil sebiji dua buahnya. Biarlah, aku halalkan, jangan ko tebang pokoknya dah la. 

Hujung minggu lepas ada sahabat yang bermalam di rumah. Pagi esoknya, kami mulakan aktiviti menjolok buah mangga. Hehehe... 

Dari bawah susah nak nampak buahnya kerana daunnya yg lebat ... 

Agihan tugas, sorang menjolok sorang mengumpul ...

Sorang lagi tengok jer ...


Pokoknya terlalu tinggi untuk dijolok, tetapi terlalu kecil untuk dipanjat ... 


~Salam Sayang~

17 April 2013

602 : Jalan - Jalan Cari Makan... Katanya... (Episod Akhir)

Program Jalan-Jalan Cari Makan di hari kedua diteruskan. Untuk sarapan pagi, kami telah menuju lagi ke Stesen Bas Bentayan ke sebuah restoran bernama R&H Cafe Sate Maharani. Orang Muar pagi-pagi makan sate woi.. Sana sini orang bakar sate. Harum semerbak bau sate dan arang di setiap ruang. Untuk sarapan pagi itu, kami telah order sate ayam, daging dan perut. Selain itu ada juga yang ambil Mee Soto, Mee Rebus, Nasi Lemak dan untuk aku, Lontong. Nyam2... Lama dah tak makan Lontong, sangat sedap Lontong di sini. Sate plak, bagi aku, sedap lagi satu di KL. Hehehe ...

R&H Cafe Sate Maharani, Muar 

 
Lontong 

 Sate Daging dan Sate Perut 

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kami ke majlis perkahwinan sepupu kami. Majlis perkahwinan ala kampung yang sangat meriah. Masih lagi wujud konsep gotong royong di sini. Makanan yang dihidangkan tidak kurang hebatnya - Nasi Minyak, ayam goreng, daging masak ape ntah, nenas masak ape ntah dan acar buah. Memang sedap masakan orang kampung.

Dalam pukul 3.00 petang, kami meminta diri dan bergerak pulang ke KL. Tapi sebelum itu, kami singgah di sebuah restoran di Muar untuk menikmati keenakan Murtabak Singapura. Nama restoran tu Restoran Murtabak JD di Tanjung Agas. Murtabak Singapura sangat berbeza dengan murtabak kita di sini. Ape-ape pon, bagi aku, murtabak kita lagi sedap. Hehehe...

Restoran Murtaba JD, Tanjung Agas, Muar 

 
Murtabak Singapura 

Dengan itu, tamatlah sudah Program Jalan-Jalan Cari Makan kami... Katanya la...


~Salam Sayang~

15 April 2013

601 : Jalan-Jalan Cari Makan... Katanya... (Episod 1)

Minggu lepas, Jalan - Jalan Cari Makan, katanya lah. Sebab, minggu lepas aku telah menghadiri tiga jemputan kahwin di tiga negeri, KL, Melaka dan Johor. Pergi kenduri maksudnya makan kenduri lah. Hehehe. Dalam masa yang sama gak, aku telah mengikuti program Jalan - Jalan Cari Makan di daerah Muar, Johor.

Semuanya bermula pada hari Sabtu, 6 April 2013, aku menghadiri kenduri perkahwinan anak kepada salah seorang teman sepejabat. Hidangan kenduri kahwin yang disediakan sangat sedap - nasi beriyani, ayam masak merah, dalca, sambal sotong, acar buah, sehingga aku sendiri tak ingat dah ape yg aku makan di sana.  Ape-ape pon, hidangan yang disediakan, amat menyelerakan. 

 Hidangan Kenduri Kahwin (gambar ehsan google) 

Kemudian pada hari yang sama, aku berjaya juga menghadiri sebuah lagi jemputan kenduri kahwin, anak kepada seorang teman maya di Air Molek, Melaka. Walaupon kehadiran kami agak lewat, tetapi masih banyak lagi hidangan yang disediakan - nasi beriyani (kot), daging masak lemak dan beberapa hidangan lain yang aku dah tak ingat (hehehe.. klu tak amik gambar memang tak ingat la aper yg di makan). Ape-ape pon, hidangan yang disediakan juga amat menyelerakan. Sangat rosak program diet aku dibuatnya.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan kami ke Muar, Johor. Keluarga telah menunggu di sana. Kami berjumpa di Tanjung Mas, Muar. Dah lama aku tak datang ke Tanjung Mas, seingat aku, kali terakhir aku ke Tanjung Mas adalah semasa aku bersekolah rendah lagi. Banyak yang sudah berubah, pengunjung pon semakin ramai. Kemudian, kami beramai-ramai ke Stesen Bas Bentayan. Katanya ada Mee Bandung Muar yang sedap. Gerainya buruk giler, kalau aku, memang tak tau la kat situ ada Mee Bandung Muar yang sedap. Mungkin melihatkan gerainya, memang aku tak singgah. Ape-ape pon, mee bandungnya sedap dan harganya murah, sepinggan RM4 sahaja. Mana nak cari kat KL? Kan.. Perut dah penuh, tetapi habis jugak pasal sedap. Kalau perut kosong mau order 2-3 pinggan. Hehehe...

 
 
Permandangan Tanjung Mas, di tepian Sungai Muar 

 
Stesen Bas Bentayan, Muar 

Mee Bandung Muar 

Program Jalan - Jalan Cari Makan diteruskan dengan program mencari Mee Siput yang membawa kami hampir ke Parit Jawa. Mee Siput yang dibeli adalah mee yang perlu digoreng dahulu sebelum dimakan. Katanya, sedap dimakan bersama sambal. Ape-ape pon, aku pernah makan Mee Siput ni, dah... tak sedap!! Hehehe...

Mee Siput dengan sambal (gambar ehsan google)

Kemudian kami ke sebuah kampung di situ, singgah di rumah saudara yang akan melangsungkan kenduri kahwin esok. Kami dipelawa nasi bersama lauk-pauk tetapi aku menolak kerana perut sudah penuh dan minta dikosongkan. Hanya menjamu sedikit rempeyek dan pelbagai jenis kek. Tetapi... air kopi yang makcik buat itu sangat sedap.. hampir habis seteko aku bedal. Hehehe. 

Lebih kurang pukul 10 malam, kami meminta diri. Dalam perjalanan pulang, kami singgah pula di Medan Ikan Bakar Sabak Awok. Ados.. makan lagi ke. Medan Ikan Bakar ni agak terpencil bagi aku lah, kalau aku memang tak tau kat situ ade kedan ikan bakar. Dek kerana perut sudah tiada ruang untuk diisi lagi, makan selera makan pon kurang. Aku makan sedikit sahaja. Malam itu kami telah order, Ketam Cili, Udang Butter, Sotong Celup Tepung dan Kepah masak aper ntah. Bagi aku semuanya biasa-biasa sahaja.  Mungkin perut sudah terlalu kenyang...

 
Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar

... bersambung

10 April 2013

600 : Tiga Negeri, Tiga Majlis, Dua Hari

Dengan bangganya aku ingin menyatakan bahawa entry ini merupakan entry yang ke-600 aku di blog ini. Yeehaa... tepuk.. tepuk.. tepuk..

Bunga Manggar...

Hujung minggu lepas aku telah menerima tiga undangan ke majlis walimatulurus di tiga buah negeri. Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk memenuhi semua undangan. Undangan yang pertama pada hari Sabtu, 6 April 2013. Undangan dari seorang teman sepejabat ke majlis perkahwinan anak perempuannya. Majlis diadakan di Dewan Sri Tanjung, Kolej Kediaman ke-9, Universiti Malaya. Aku dan beberapa orang sahabat tiba awal kerana mahu memenuhi satu lagi undangan, tak sempat pun nak melihat pengantin bersanding. Seawal 1.15 petang kami telah meninggalkan majlis. Takut tak sempat pulak untuk memenuhi satu lagi undangan. Terima kasih diucapkan kepada Kak Ani kerana sudi menjemput.

Pelamin di majlis perkahwinan anak perempuan Kak Ani

Undangan kedua diterima dari seorang sahabat maya, Ayah Zain, yang juga diadakan pada 6 April 2013 bertempat di Taman Air Molek, Melaka. Kami sampai lebih kurang pukul 4.15 petang tanpa sebarang kesesatan serius. Alhamdulillah, masih ramai lagi tetamu yang sedang menikmati hidangan yang disediakan termasuklah Mama Ju dan suami yang juga aku kenal di alam maya ni. Sempat juga berbual dengan mama yang baru pertama kali bersua muka. Tak sempat berbual lama juga dengan tuan rumah, kerana tuan rumah masih sibuk melayan tetamu yang masih datang. Terima kasih kepada Ayah Zain dan Mrs. Zain kerana sudi menjemput saya.

Majlis perkahwinan anak lelaki Ayah Zain 

Terpaksa juga memohon diri awal dari tuan rumah kerana kami terpaksa meneruskan perjalanan ke Muar, Johor untuk aktiviti keluarga yang telah dirancang.

Pada 7 April 2013 kami meneruskan perjalanan untuk satu lagi undangan ke majlis perkahwinan di Muar, Johor (tak ingat plak nama kampung tu), perkahwinan sepupu kepada sahabat aku. Kami tiba di majlis lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Meriah majlis di kampung, masih lagi mengekalkan tradisi gotong royong dan rewang. Sekarang ni susah nak jumpe majlis yang makan berhidang. Hehehe

 
Permandangan ladang nenas di kawasan rumah pengantin 

Majlis perkahwinan sepupu sahabat di Muar 

Alhamdulillah.. tak sangka, ketiga-tiga majlis yang aku hadiri menghidangkan hidangan yang sangat sedap. Kenyang perut sebab makan free selama dua hari. 


~Salam Sayang~

08 April 2013

599 : Catatan Perjalanan Road Trip 2013 - Kuala Selangor - Sabak Bernam - Hilir Perak - Manjung (Episod Akhir)

Lebih kurang pukul 10.00 pagi selepas kami bersarapan di sebuah restoran mamak berhampiran, kami meneruskan perjalanan kami ke Daerah Sabak Bernam seterusnya ke Hilir Perak dan Daerah Manjung. Perjalanan santai sahaja sambil kami menikmati permandangan kampung sepanjang perjalanan. Rindu pulak rasanya pada kampung mak dan ayah di Johor. Lama sudah tidak pulang ke kampung sejak nenek telah tiada. Kami melewati pekan-pekan seperti Sungai Besar, Sekinchan dan Sabak Bernam sebelum memasuki negeri Perak dan kami meneruskan perjalanan sehingga ke Teluk Intan.

Kami tiba di Teluk Intan lebih kurang pukul 1.00 petang. Cuaca sangat terik petang itu. Teluk Intan hanyalah sebuah pekan biasa bagi aku. Tak tahulah aper yang istimewa di sini. Kami singgah di Menara Condong Teluk Intan, mercu tanda pekan ini yang diketahui ramai. Kami mengambil peluang untuk masuk dan menaiki menara ini. Tiada bayaran yang dikenakan, sekadar perlu menulis nama sahaja pada buku pelawat. Terdapat ruang pameran mengenai sejarah menara ini dan juga sejarah Teluk Intan. Terasa diri macam senget sebelah ketika kita berasa di atas, maklumlah, menara ni kan condong, maka tak stabil lah orang yang berada di atas.  Kami berlegar-legar di menara ini lebih kurang 30 minit, dan menyambung perjalanan kami ke Lumut.

 
Sejarah Menara Condong Teluk Intan 

 
Menara Condong Teluk Intan - Mercu tanda pekan Teluk Intan 

 
Ruang dalam menara 

Kami tiba di Lumut lebih kurang 1 jam kemudian dan terus mencari tempat untuk kami menginap malam nanti. Akhirnya kami telah memilih untuk menginap di kawasan Teluk Batik, di chalet-chalet berhampiran pantai. Kami berjaya mendapat sebuah chalet di Chalet Impian Teluk Batik dengan harga RM120 semalam. Chalet dia agak luas dan cuma ade kemudahan asas sahaja seperti katil, kipas angin dan air-con. Tiada TV dan alatan elektrik yang laen. Bilik air yang tidaklah berapa bersih. Nampaknya penyelenggaraan kawasan chalet ini tidaklah berapa baik, dan lanskap memang fail. Kalau dititik beratkan perkara-perkara ini, mungkin chalet ni nampak lebih menarik. Ape-ape pon, janji bole tidor.

Chalet Impian 

Kami makan tengahari dahulu sebelum masuk ke bilik. Makan nasi campur di kawasan perjualan berhampiran. Tak sedap, tapi perut dah lapar, maka belasah je lah. Kemudian kami berjalan sekitar kawasan itu sekadar melihat-lihat aper yang dijual kemudian kami lepak sebentar di tepi pantai mencuci mata. Kemudian kami masuk bilik dan membuta sampai ke petang. 

 
 Permandangan Pantai Teluk Batik

Dalam pukul 5.30 petang kami semua turun laut. Masa untuk mandi laut!!! 

Malam pula, kami makan malam di Restoran Teluk Muroh dan selepas itu kami melepak di pekan Lumut. Malam tu meriah pulak pekan Lumut, mungkin sebab ada fun fair kot. Sebelum ni, aku pergi, pekan Lumut tu macam mati jer, semua kedai ditutup awal, orang pon takde. Tapi malam itu, meriah suasana.

Keesokan harinya, lebih kurang pukul 10.30 pagi, kami check-out penginapan kami. Singgah di sebuah restoran mamak untuk makan tengahari dan selepas itu terus pulang ke KL.


~Salam Sayang~

05 April 2013

598 : InsyaAllah... Kalau Ada Rezeki, Dapatlah ...


Permohonan aku untuk pertukaran jabatan telah diterima oleh pihak Bahagian Sumber Manusia. Kalau ada rezeki, dapatlah ke jabatan lain. Memulakan tugas baru, tempat, suasana baru, sahabat-sahabat baru. Kalau permohonan ni tak diluluskan, anggap saja rezeki aku masih di sini. Teruskan usaha. 


~Salam Sayang~

03 April 2013

597 : Catatan Perjalanan Road Trip 2013 - Kuala Selangor - Sabak Bernam - Hilir Perak - Manjung (Episod 2)

Hari kedua kami di Daerah Kuala Selangor. Kami bersarapan pagi, roti canai telur di restoran mamak berhampiran. Lebih kurang pukul 10.00 pagi kami menuju ke destinasi pertama kami di hari kedua ini, Bukit Melawati, untuk melihat tinggalan sejarah Kota Melawati dan zaman kegemilangannya. Tak ramai pelawat pagi itu maka senanglah kami bersantai2 membawa kereta seselow yang mungkin untuk menikmati permandangan indah Kuala Selangor dari bukit itu. Kata seorang sahabat yang tinggal di kawasan berhampiran, kalau hujung minggu, pengunjung tidak dibenarkan membawa kenderaan ke atas bukit, untuk mengelakkan kesesakan, kene naek tram yang disediakan. Banyak juga persinggahan yang kami berhenti seperti kawasan kota yg banyak meriam tu, kawasan Batu Hampar dan kawasan Makam Diraja. Tiga kali kami mengelilingi bukit itu, dan ada satu ketika tersesat di satu kawasan yang agak terpencil. Kami berada di kawasan itu lebih kurang 1 jam dan kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Oh.. ya... tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Bukit Melawati.

 
 
Beberapa permandangan menarik sekitar Bukit Melawati

Destinasi berikutnya adalah ke Taman Alam Kuala Selangor terletak di kaki Bukit Melawati. Bayaran sebanyak RM4 seorang dikenakan. Kepada pencinta alam semula jadi, ini merupakan tempat anda. Kepada yang kurang cinta seperti kami, baek tak payah la masuk. Bukannya aper, perjalanan mengelilingi kawasan Taman Alam ini bole mengambil masa sehingga lebih dari 1 jam, penat jangan cakap la. Hampir dikejar monyet lagi. Jahat monyet tuh. Ape-ape pon, Taman Alam ni masih mengekalkan kehijuaan alam semula jadi dengan banyak ratusan spesis flora. Fauna yg nampak cume monyet, burung-burung dan cicak sahaja. Kami meninggalkan Taman Alam Kuala Selangor dengan kepenatan dan peluh membasahi tubuh lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Balik ke hotel dan berehat.

 
Peta Taman Alam Kuala Selangor 
 
Permandangan di Taman Alam Kuala Selangor

 Kami keluar semula lebih kurang pukul 4.00 petang mencari makan tengahari. Tengahari itu kami makan Mee Udang Banjir Kuala Selangor. Bunyi nye macam sedap dan rasanya pon ok la. Kenyang untuk mengalas perut sebelum makan besar malam nanti. Selesai makan kami meneruskan perjalanan kami ke Pantai Remis. Oh.. ya.. kami ke Pantai Remis Kuala Selangor ye, bukan ke Pantai Remis Perak. Konfius plak bila ada kawan cakap Pantai Remis tu kat area Kuala Selangor, pasal setahu aku Pantai Remis tu ade di Perak. Rupa-rupanya betul-betul kejadian, ada dua tempat nama serupa. Di Pantai Remis kami hanya mengambil angin petang yang bertiup kencang. Pantai Remis bukan tempat untuk bermandi manda, kerana airnya agak keruh. Ada gak gerai-gerai menjual hasil laut seperti kerang, kupang, lala dan ntah aper jenis kerang lagi yg rasanya first time aku tgk. Agak menarik gak lah. Hehehe ... 
Mee Udang Banjir Kuala Selangor
 
 
Permadangan indah Pantai Remis
Gerai perjualan hasil laut sepanjang jalan di Pantai Remis 

Malam pula seperti yang dijanjikan, kami berjumpa di Shell Jeram dan sahabat aku tu pon membawa kami ke Medan Ikan Bakar Jeram. Nama kedai tu Aroma Ikan Bakar. Ramai betul pelanggan masa kami datang sampai kami nyaris tak dapat meja. Untuk malam itu, kami telah order Ikan Cencaru Bakar, Butter Prawn, Kerang Bakar, Chilli Crab, Sotong Goreng Tepung, Kailan Ikan Masin dan Tom Yam Ayam. Makan sampai tak habis dibuatnya. Alhamdulillah, terima kasih kepada yang sudi belanja.

 
 Menu makan malam kami 




... bersambung