28 November 2013

665 : Mee Udang - Yang Mana Lebih Sedap?


Gambar di atas adalah Mee Udang yang pernah aku rasa di tiga kedai yang berbeza dan pada waktu yang berlainan. Semuanya ada rasa yang tersendiri, ada yang sedap ada  yang tidak, terserahlah pada tekak masing-masing. 

Mee Udang dalam gambar pertama adalah Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang, Perak. Aku menikmati juadah ini lebih kurang 2 minggu yang lepas. Aku ambil Mee Udang Biasa saja dan harganya RM9 semangkuk. Ada juga Mee Udang Spesial dengan udang yang lebih besar pada harga RM13 semangkuk (kalau tak silap). Ada juga menu-menu lain di kedai ini macam Mee Goreng Udang, Udang Goreng Tepung dan sebagainya yang berasaskan udang dan ketam. Semasa aku sampai dalam pukul 8.00 malam, pelanggan agak ramai. Yang bagusnya, servis amat cepat. Dalam 10 minit, makanan kami sudah terhidang. Tumb Up untuk servis. Dari segi rasa, kuahnya agak cair dan bagi aku, takde la sedap mane pon seperti yang digembar-gemburkan. Hehehe...

Mee Udang yang kedua adalah Mee Udang Banjir Kuala Selangor di Kuala Selangor, Selangor. Aku menikmati Mee Udang ini dalam awal tahun ini. Tak ingat harga dia berapa tapi lebih kurang RM8 jugak lah semangkuk. Yang lain sikit Mee Udang ni berbanding Mee Udang lain yang pernah aku rasa adalah, Mee Udang ini ada telur di dalamnya dan juga ada tauhu goreng di samping sayur-sayuran. Rasa agak sedap dan servis juga agak baik.

Mee Udang seterusnya adalah Mee Udang Mak Teh di Kuala Sepetang, Perak. Aku menikmati mee ini pada tahun lepas dengan harga RM10 semangkuk. Semasa aku sampai di kedai tersebut, lebih kurang pukul 4.00 petang, pelanggan sangat ramai dan susah nak dapat tempat duduk. Hati berkata mesti sedap mee udang di sini. Apabila berjaya mendapat tempat duduk, kami terpaksa menunggu lama untuk order diambil. Kemudian kami dimaklumkan, hanya mee udang berharga RM10 saja yang ada, yang lain sudah habis. Hati terus mengata, 'berniaga ape macam ni, baru pukul 4, semua dah habis'. Nak tak nak terpaksa order aper yang ada. Kemudian terpaksa menunggu lebih kurang 1 jam untuk mendapatkan makanan yang diorder. Hati mengata lagi, 'menu ada satu pon macam ni punya lembab, itu belum lagi aku order macam-macam'. Dari segi rasa, kerana sudah sakit hati menunggu lama, mee udang itu sudah menjadi tidak sedap. Hehehe... 

Sebenarnya, aku ni bukan pandai pon nak menilai sesuatu makanan tu sedap atau tidak. Bagi aku, selagi aku boleh makan, dan aku habiskan, itu maknanya sedaplah bagi aku. Apa-apa pon kalau nak tau Mee Udang yang mana lebih sedap, korang kene la pi rasa sendiri. Lain orang lain citarasanya. 


~Salam Sayang~

6 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    menelan air liur ni....
    kuala selangor tu kat mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk

      tak igt kat mana tp dia on the way ke pekan kuala selangor, tepi jalan besar jer

      Delete
  2. Salam Abe Apiz,

    Ermm selalu dgr orang gembar-gemburkan citer pasal mee udang nie, belum pernah rasa pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam puan sinomosa

      nak tau sedap ke tak, kene la pegi rasa sendiri. pada tekak sy ok-ok jer, tekak org lain tak tau lah...

      Delete
  3. Assalamualaikum afeezz,
    PT dah makan kedua-dua mee udang kat Kuala Sepetang tu....
    yang first tu, betul kuahnya cair dan dari segi rasa kurang mengancam. Mee udang yang best bergantung pada kuah, kalau kuah agak pekat, baru kita dapat menikmati rasa bahan-bahannya. Bukannya nak kondem tapi PT fikir mereka nak cepat, jadi mee dah siap disediakan, bila org order, cuma masukkan kuah je, kuahnya pun tak berapa panas.
    Mee udang yang ke-3 pulak, PT makan bln lepas, dari segi servis, dah cepat, cuma rasanya hampir sama dengan yg pertama, kuah pun kureng...PT ambil yg spesial,udang memang byk tapi tak segar dan tak manis...makan pun tak boleh habis, sayang juga, paksa tekak habiskan udang je, mee separuh pun dah tak leh jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak PT

      semuanya bergantung pada tekak orang yg membuat dengan org yg memakan. tp sekurang2nya, tuan punya kedai kene lah jaga kualiti produk masing2. jgn nak untung semata2..

      Delete