657 : Melaka 2013 - Bengkel, Suka-Suki dan Makan-Makan (Hari Pertama)

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu bertungkus-lumus, Bengkel Penambahbaikan yang dirancang berjaya dijalankan. Tak sia-sia usaha para AJK, bengkel tersebut dapat memenuhi kepuasan kebanyakkan kakitangan.

26 Oktober 2014

Terlewat sedikit dari masa yang dirancang, bas bergerak meninggalkan Universiti Malaya menuju ke Bandar Melaka, lokasi yang dipilih untuk menganjurkan bengkel kami. Perjalanan santai sahaja kerana kami tidak mengejar masa. Berhenti sebentar di R&R Seremban untuk makan pagi dan rehat walau pon kebanyakkan dari kami telah pon bersarapan pagi dalam perjalanan tadi. 

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami tiba di Melaka dan terus menuju ke destinasi pertama yang dirancang, Gerai Assam Pedas Hajjah Rahmah, Bukit Katil Melaka. Tempahan awal telah dibuat kerana kami memang menjangka pengunjung mesti ramai time-time lunch hour macam ni. Alhamdulillah, kami sampai, meja pon telah disediakan. Makanan yang telah diorder oleh kami simple jer mengikut bajet yang telah diberikan, assam pedas ikan jenahak (kot), sayur kacang goreng, telur masih, ulam-ulam serta sambal belacan dan air tebu. Nasi ngan kuah assam pedas bole tambah, no limit. Alhamdulillah, kenyang perut suka hati.


Destinasi kedua dalam perancangan yang dijadualkan adalah ke Gerai Kuih Tradisional Melaka di Ujung Pasir. Disebabkan kebanyakkan kami masih kenyang, kami terus ke Masjid Selat di Pulau Melaka untuk rehat dan solat.

Lebih kurang pukul 2.00 petang kami tiba di Hotel Mahkota, Melaka, lokasi bengkel dan penginapan kami. Setelah mendapat bilik masing-masing kami diminta turun semula pukul 3.30 petang untuk aktiviti berikutnya. Aktiviti kami petang itu adalah jalan-jalan, kami menaiki Melaka Duck Tour dan Menara Taming Sari. Walaupon aku dah banyak kali ke Melaka, tapi aku belum lagi pernah naik Melaka Duck Tour ngan Menara Taming Sari ni.


Lebih kurang pukul 6.00 petang, tamat lah aktiviti kami petang itu. Kawan-kawan membawa diri masing-masing. Ada yang terus balik ke penginapan, ada yang masih meneruskan jalan-jalan dan yang lepak minum kat mamak.

Lebih kurang pukul 7.30 malam, semua turun makan malam dengan tema makan malam adalah Red and Black. Kebanyakkan kakitangan turun dengan gaya masing-masing untuk memenangi Anugerah Best Dress for Man and Woman. Meriah sangat restoran tu dengan merah dan hitam. Selesai makan lebih kurang pukul 9.00 malam, kami semua naek ke Bilik Seminar untuk aktiviti yang tidak dirancang untuk malam itu, Fashion Show. Semua kakitangan diberi peluang untuk memperagakan pakaian masing. Memang gamat malam itu. Memang terhibur.



... bersambung 

You Might Also Like

2 comments

  1. Aktiviti cam ni kalau semuanya sporting memang best....meriah

    ReplyDelete