01 September 2013

643 : Mee Bandung dan Sirap Bandung

Mee Bandung adalah salah satu dari makanan kegemaran aku. Tapi sekarang ni memang susah nak cari mee bandung yang sedap dan menepati cita rasa aku. Di musim-musim orang wat open house ni pon susah nak cari rumah yang menyediakan mee bandung. Tak tahulah since aku tak pandai masak, mungkin penyediaanya agak renyah, sebab itu orang jarang nak menyediakannya. Atau pon mungkin, resepi mee bandung ni sedang diancam kepupusan. Jika tidak diturunkan, maka akan hilang lah mee bandung ni dari Tanah Melayu. Hehehe... 

Akan tetapi, air sirap bandung tidak menerima nasib seperti mee bandung. Air sirap bandung tetap menjadi kegemaran ramai. Malah, resepi air sirap bandung telah pon menerima evolusi sejajar dengan perkembangan teknologi. Sekarang sudah ada Soda Bandung dan juga bandung cincau. Mungkinkah satu hari nanti kita akan jumpa Mee Bandung Soda atau Mee Bandung Cincau? 

Sebenarnya aku bukannya nak cerita pasal mee bandung atau air sirap bandung bagai. Aku just nak bagitau yang aku akan berjimba-jimba dan bershopping-shoppang di Bandung. Flight aku dijadualkan pada pukul 6.20 pagi, 2 September 2013. Aku akan kembali ke Tanah Melayu, InsyaAllah pada 6 September 2013. Dapatkan aku menikmati Mee Bandung dan Air Sirap Bandung di Bandung?


~Salam Sayang~

2 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    selamat melancong

    saya nak kirim mee bandung 1 bungkus

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam atuk

    tak jumpe pon mee bandung dan sirap bandung di sana. kat sana banyak masakan padang ngan sunda jer, tak pon lempera. tak pon batagor

    ReplyDelete