29 September 2013

652 : Langkah Pertama - Berangan (Episod 3)

Aku ni memang suka berangan. Tapi bagi aku disebalik berangan itu sebenarnya aku sedang merancang sesuatu. Tengahari aku tadi aku dengan beberapa orang sahabat pergi melihat rumah contoh di Selayang Mutiara. Dah lama sebenarnya aku nampak pembangunan kawasan perumahan baru tu, tapi baru semalam aku dan sahabat berniat untuk pergi tengok. Besar kawasannya, aku ingatkan di Bandar Baru Selayang sahaja, tetapi kawasannya seluas dari Bandar Baru Selayang hingga ke Kampung Nakhoda Batu Caves. Meliputi kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Botak. Dahulunya kawasan ni adalah kawasan kejiranan setinggan yang agak popular yang terdiri dari Kampung Lembah Mutiara, Kampung Seri Cendana, Kampung Bukit Perwira dan Kampung Kok Doh. 


Sebenarnya hanya mampu berangan jer untuk memilikinya. Harga pasaran katanya RM300,000.00++ untuk sebuah rumah dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Tetapi bagi aku harga itu agak murah kerana ia rumah atas tanah dan ada halaman lagi. Mana nak cari rumah macam ni sekarang kat KL? Banyak yang kene aku hitung sebelum aku membuat keputusan memilikinya. 


~Salam Sayang~

25 September 2013

651 : Oh My English ... (Final Episode Continues)

Semalam aku menerima sepucuk surat bertaraf 'Sulit' dari Bahagian Sumber Manusia. Aku dapat agak dah isi kandung surat tu, since beberapa orang rakan telah menerima e-mel yang agak serupa tapi berbeza. Pada 31 Januari 2013 lepas, aku telah menduduki peperiksaan untuk Certificate of Proficiency In English Language Course, Level Upper Intermediate. Dan semalam baru aku menerima keputusannya. A- untuk Alhamdulillah....


Harap-harap lepas ni takde la kene attend kelas lagi... huhu ...


~Salam Sayang~

23 September 2013

650 : Ambil Iktibar Atas Apa Yang Telah Berlaku (Episod 2)

Pengalaman mengajar erti kehidupan, ada betul juga kata-kata itu. Kadang-kadang dengan pengalaman kita dapat belajar, terutama ilmu-ilmu yang tidak di ajar oleh mana-mana guru. Kadang-kadang pengalaman lah guru yang terbaik bagi kita. Bagi aku, apa yang terjadi itu jangan dipandang buruk, ambil iktibar dan belajar lah dari apa yang terjadi. 

Kejadian berlaku pada 31 Ogos 2013 yang lepas. Tatkala warga Kuala Lumpur sedang bergumbira menyambut Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, aku dan beberapa orang rakan bersiap-siap untuk menghadiri majlis rumah terbuka seorang rakan di Jalan Klang Lama dan seterusnya akan ke Nilai. Kami pergi dengan menaiki kereta aku dan aku sebagai pemandu mereka hari itu. Kami telah singgah di Shell Jalan Ipoh untuk mengisi petrol. Selesai mengisi petrol, tiba-tiba ... enjin kereta tidak boleh dihidupkan. Pulak!! Apa sudah jadi ni? Memang sebelum ni kereta ni ada menunjukkan masalah susah nak dihidupkan. Mungkin bateri dah nak kong. Tapi aku wat derk jer... sekarang ni langsung tak boleh dihidupkan. Hehehe.. padan muka aku... 

Lama jugak lah kami melepak kat situ dan terus mencuba tetapi setiap percubaan gagal. Aku cube menelefon adik ipar aku yang berada di rumah, malangnya dia sudah pon keluar dan sudah jauh untuk berpatah balik. Sahabat pula menelefon abangnya di rumah. Tidak lama kemudian, abang dan ayahnya tiba ditempat kejadian. Percubaan untuk membuat 'jump start' juga gagal. Nak tak nak terpaksa mencari bateri baru, kalau itulah masalahnya.

Memandangkan hari itu hari cuti sempena Hari Merdeka, tiada kedai kereta dan bengkel yang buka sepanjang Jalan Ipoh dari Selayang ke Sentul, kecuali satu, itu pon takde jual bateri. Akhirnya, sebuah kedai spare part kereta yang bukak di Selayang. Melayang RM180. Setelah dipasang, Alhamdulillah.. bole dihidupkan dengan mudah. Memang bateri tu dah kong.


Iktibar yang aku pelajari dari kejadian ini adalah agar menukar bateri secepat yang mungkin jika kenderaan telah menunjukkan tanda-tanda susah untuk dihidupkan.

Apa yang aku dapat pelajari dari kejadian ini adalah aku belajar cara nak buat 'jump start' dan aku belajar cara nak tukar bateri. 

Terima kasih kepada mereka yang membantu.


~Salam Sayang~

20 September 2013

649 : Jumaat Di Bandung, Serupa Tapi Berbeza

Nak cerita lagi pasal percutian aku di Bandung. Sepanjang aku di sana, aku perasan juga, takda masjid yang besar pon di sini. Yang aku nampak cume masjid-masjid kecil di celah-celah kawasan perumahan, yang pada pandangan aku amat tidak sesuai lokasi itu. Kalau time solat jumaat, sure orang akan pakir kereta tepi jalan dan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Dah ler jalan raya kat sana kecil-kecil belaka. 

Jumaat merupakan hari terakhir aku di Tanah Jawa. Terfikir jugak kat mana aku nak solat Jumaat nanti. Tapi syaitan di dalam hati cakap, 'tak payah lah solat jumaat, ko kan sedang bermusafir'. Huh... Alhamdulillah, hidayah dan petunjuk Allah datang di mana-mana pada hambaNya yang sedang digoda hebat. Disaat-saat sang syaitan hendak berjaya, aku terpandang sekumpulan hamba Allah ni, berbondong-bondong bergerak menuju puncak ke tingkat paling atas Pasar Baru sambil membawa sejadah. Hati berkata-kata, 'pegi semayang jumaat ke?' Pak Supir memberitahu, di tingkat atas ada masjid dan ada solat jumaat. Makanya, kami berhajat untuk menunaikan solat jumaat terlebih dahulu sebelum bergerak ke airport.

Masjid Kantor Pengelola Pasar Baru (begitulah namanya), tidaklah begitu besar. Di saat kami tiba, ruang solat dalam sudah pun dipenuhi dan kami terpaksa bersolat di bahagian luar, bersejadahkan kain pelikat yang aku bawa. Aku lihat ramai juga jemaah yang bersejadahkan surat khabar atau kotak. Nampaknya bukan perkara pelik di sini. (Ada ke shopping kompleks di Malaysia ni yang ada masjid di dalamnya yang menganjurkan solat jumaat?...)

Khutbah dalam Bahasa Indonesia dibacakan. Boleh juga aku memahaminya. Tatkala mendengar khutbah, aku turut mendengar sayup-sayup khutbah dibaca dari masjid berhampiran. Bezanya di sini, khutbah diakhiri dengan salam, tiada doa untuk ketua negara, tiada doa untuk kesejahteraan negara, tiada doa untuk rakyat jelata dan tiada doa untuk whatsoever. Selepas salam dari khatib, terus solat jumaat. 

Assalamualaikum warahmatullah... Assalamualaikum warahmatullah... Selesai sudah solat Jumaat. Tiada wirid, tiada doa. 

Begitulah kisahnya. Aku tak cakap mereka salah, cuma berbeza dari kita di Malaysia.


~Salam Sayang~

16 September 2013

648 : Catatan Perjalanan - Bandung, Indonesia : Sedih Untuk Meninggalkanmu (Hari Terakhir)

... sambungan

Hari kelima kami di sini merupakan hari terakhir. Flight kami telah dijadualkan pada pukul 3.45 petang. Kami check-out dari hotel lebih kurang pukul 9.00 pagi. Rp2,080,000 untuk penginapan 5 hari 4 malam di hotel tersebut bertukar tangan. Tergamam aku seketika bila sampul untuk wang bayaran hotel yang telah diasingkan hanya tertulis Rp1,080,000. 'Mati aku kalau aku salah kira, mana nak cari duit?', detik hati. Tapi Alhamdulillah, aku hanya tersalah tulis, jumlah di dalamnya adalah betul. Ada balance Rp20,000 lagi.

Untuk sisa-sisa masa yang ada ini kami sekali lagi ke Pasar Baru. Ada pesanan kawan di Malaya yang perlu aku cari, T-Shirt Hard Rock Cafe Bandung. Hari rabu tempoh hari telah cuba cari, tapi tak jumpa apa yang seperti dia nak, i mean tiada warna dan saiz yang dikehendaki. Setelah berbincang, carilah apa yang ada katanya. Alhamdulillah, dapat juga aku memenuhi permintaan dia. Disamping itu kami mencari lagi kain ela , selendang, dan kerepek untuk di bawa pulang.

Saat-saat terakhir membeli belah di Pasar Baru

Lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami telah dapat semua yang kami cari, Alhamdulillah. Senang hati. Kemudian kami nampak ramai orang berjalan membawa sejadah ke tingkat paling atas Pasar Baru itu. Kami dimaklumkan oleh supir kami, ada masjid di tingkat atas untuk solat Jumaat. Kami bercadang untuk solat dahulu sebelum berangkat ke airport.

Selesai solat, kami terus ke Bandara Hussein Sastranegara. Kami mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada supir dan dan dia terus berlalu meninggalkan kami. Sebelum check-in flight, kami makan tengahari dahulu di sebuah rumah makan di hadapan airport. Memandangkan baki wang yang ada cuma Rp100,000 kami terpaksa berkira-kira dahulu untuk makan tengahari itu. Kami bertanya harga dahulu sebelum membuat pesanan. Nasi putih 3, ayam 3 ketul, sedikit kuah gulai dan ulam serta sambal, air mineral. Semuanya dalam Rp113,000. Korek beg punya korek, adalah semua Rp110,000, kurang Rp3,000. Cari lagi, tapi tak ada. Alternatif, kene kurangkan apa yang telah diorder. Tetapi akhirnya, kasir kedai tu kata, 'tidak mengapalah.. Rp110,000 sahaja'. 'Wah... terima kasih banyak-banyak', hanya itu yang mampu aku balas. Masih ada lagi orang yang sudi membantu.. Alhamdulillah..

Makan tengahari kami di hari terakhir, terima kasih kepada kasir Rumah Makan Singgalan Jaya kerana belanja kami Rp3,000.

 Permandangan hadapan Badara Hussein Sastranegara

Flight terbang meninggalkan Kota Bandung tepat pada masanya meninggalkan seribu kenangan suka duka manis pahit lawak jenaka kami di sana. InsyaAllah, ada masa ada rezeki kita akan ketemu lagi. Kami tiba di Malaya lebih kurang pukul 7.00 malam.

Telah berada di dalam flight. 

Permandangan terakhir Kota Bandung. Selamat tinggal sehingga kita bertemu lagi


... Salam Sayang

14 September 2013

647: Catatan Perjalanan - Bandung, Indonesia : Mencari Damai Di Hati (Hari Keempat)

... sambungan

Hari keempat kami di Kota Bandung, Indonesia. Perjalanan kami pada hari keempat ini agak jauh. Kami ke Ciwidey, sebuah kecamatan di Kabupaten Bandung (what ever that mean). Kata supir baru kami, kami agak kesiangan untuk ke sana, sebaiknya kami perlu keluar lebih awal. Perjalanan kami memakan masa lebih 2 jam. Perjalanan panjang itu amat berbaloi apabila kami disajikan dengan keindahan Kawah Putih. Kawah Putih adalah sebuah kawah yang terhasil akibat letusan gunung berapi ratusan tahun yang lampau. Ia terletak lebih kurang 2,100 meter dari aras laut dan ianya lebih tinggi dari Tangkuban Perahu.

Selamat Datang ke Kawah Putih 

Untuk ke Kawah Putih kenderaan awam ini disediakan untuk membawa pengunjung. Bayaran masuk sebanyak Rp30,000 seorang dikenakan dan tambang kenderaan ini juga akan dikenakan. Tapi kene tunggu dan berkongsi dengan penumpang lain, bila dan penuh baru kenderaan ini jalan. Oleh kerana kami telah kesiangan, maka tiada pengunjung lain dan kami kene tunggu lama untuk naik ke atas. Oleh kerana itu, kami bawa kenderaan persendirian ke atas dengan bayaran Rp150,000 sebuah.

 
  

 Permandangan dan keindahan Kawah Putih 

Setelah puas menikmati keindahan Kawah Putih dan setelah tidak tahan lagi sakit hidung akibat bau sulfur yang kuat, kami pon bergerak meninggalkan Kawah Putih lebih kurang pukul 2.00 petang. Destinasi kami seterusnya adalah ke Situ Patenggang, sebuah tasik tidak jauh dari Kawah Putih. Situ Patenggang adalah sebuah tasik dan di tengah tasik ini ada sebuah pulau. Di pulau ini ada sebuah batu yang digelar 'Love Stone'. Katanya, jika kita ke pulau itu dan menyentuh 'Love Stone' itu, kita akan mendapat cinta yang berkekalan sehingga ke akhir hayat, katanya lah. Dengar boleh, percaya jangan.

Permandangan sepanjang perjalanan dari Kawah Putih ke Situ Patenggang.
Terasa macam kat Cameron Highland plak, tapi sini lebih cantik dan lebih sejuk 

Permandangan tasik. Cuaca sejuk di sini. 

Terdapat banyak gerai menjual pelbagai jenis cenderahati sepanjang jalan ke tasik

Makan tengahari kami hari itu, pisang dan keledek goreng. 
Satu cume Rp1,000, tapi BESAR!

 Mitos Situ Patenggang


Permandangan dan kedamaian tasik. 
Sesuwai untuk mereka yang sedang frust menonggeng.

 Aku dan Situ Patenggang

Kami meninggalkan keindahan Situ Patenggang lebih kurang pukul 4.00 petang dan kembali ke Kota Bandung. Kami terpaksa menempuh kesesakan jalan raya Bandung buat pertama kalinya. Kata supir kami, waktu itu waktu orang ramai pulang kantor, orang balik kerja lah tuh. 

Sebelum pulang ke hotel, kami singgah di BIP sekali lagi. Masih ada barang yang perlu dicari dan kami makan malam juga di BIP malam itu.


... bersambung 

12 September 2013

646 : Catatan Perjalanan - Bandung, Indonesia : Pasar Baru Bandung (Hari Ketiga)

... sambungan

Hari ketiga kami di Kota Bandung. Hari ini kami menghabiskan sehari suntuk membeli belah di Pasar Baru. Masih banyak yang menarik minat dan wang kami di sana. Masih ada lagi yang hendak dibeli, untuk diri sendiri dan untuk orang yang ditinggalkan di Tanah Melayu. Bekalan wang berjumlah Rp1.7 juta yang dibawa nampaknya tidak mencukupi. Kami ke sebuah bank di Pasar Baru untuk mendapatkan lebih banyak wang. Rp2.08 juta bertukar tangan. Aktiviti bershopping pon bermula.

 Pasar Baru, syurga membeli belah

 Kota Bandung dari Lantai 5 Pasar Baru

Aktiviti masyarakat tempatan. Belum rancak lagi kerana masih lagi awal pagi

Banyak benda yang dapat aku perhatikan di Pasar Baru ni. 

  1. Pasar Baru ni aku rasa macam takde penyelenggaraan bangunan. Kawasan dalamnya agak kotor dan kadang-kadang bole jumpa longgokan sampah di sana sini. Walaupon begitu, ia tetap meriah dengan aktiviti berjual beli.
  2. Kebanyakkan pekedai atau pekerja kedai akan menyapa pengunjung yang sedang lalu lalang di hadapan kedai. Mengajak masuk ke kedai dan membeli belah di kedainya. Susah nak jumpa keadaan ni di Malaysia.
  3. Aku rasa pekedai-pekedai kat sini berpakat. Semua barang yang sama jenis akan dijual dengan harga yang sama di mana-mana kedai. Terpulanglah kepada kepandaian kita dalam tawar menawar.
  4. Kebanyakkan kedai menjual kain di sini menyediakan tempat duduk untuk pelanggan di kedai mereka. Ada kedai yang siap menyediakan air minuman dan kuih-muih lagi. Jakel ada wat camtu tak?
  5. Kalau dahaga, tak perlu cari kedai untuk beli air tetapi orang menjual air akan datang mencari kita. Tapi aku tak penah beli pon air dari mereka, pasal aku dah siap-siap bawak air masak dari hotel. 
  6. Penjaja kecil yang menjual barangan seperti fridge magnet, key-chain, kopiah, beg dan sebagainya takkan mengganggu kita sewaktu kita berada di dalam kedai. Walau bagaimanapun mereka tetap cube menarik perhatian kita dari luar kedai.
  7. Walaupon keadaan dalam Pasar Baru agak kotor, tetapi tandasnya bersih dan selesa untuk menunaikan hajat kecil dan besar. Bayaran masuk cuma Rp1,000. 
  8. Ada sebuah masjid di roof top Pasar Baru yang menganjurkan Solat Jumaat. Oleh yang demikian, takde sebab nak kantoi Solat Jumaat.
  9. Walaupon seorang Security di bank, beliau telah membantu kami dengan sangat baik. Bertanya apa yang bole dibantu tatkala kami terhendap-hendap mengintai exchange rate. Mendapatkan rate terkini dari pegawai bank dan memberikan kepada kami. Menjemput kami masuk dengan membukakan pintu dan terus membawa ke pegawai di kaunter. Susah nak dapat security bank yang macam ni kat Malaysia.
Kami menghabiskan masa dari pukul 10.00 pagi hingga tak sedar Pasar Baru sudah hendak ditutup pada pukul 5.00 petang. Banyak jugak yang diborong dari kain ela, tudung dan selendang, jubah, baju melayu dan t-shirt Bandung. Untuk makan tengahari kami hari itu, kami makan di food court Pasar Baru saja. 

 Food court Pasar Baru 

Menu makan tengahari kami. Set makan tengahari - nasi putih, ayam penyet, 2 jenis sayur, sambal, sup dan teh jasmin berharga Rp75,000 sahaja. 

Batagor, Rp20,000 

Selepas itu kami ke Bandung Indah Plaza sekadar untuk memenuhi baki masa yang masih ada. Kami makan malam di McD sahaja malam itu dan singgah di factory outlet di hadapan BIP. Kalau berminat untuk membeli haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, burung hantu, ular dan cicak tokek, ada dijual waktu malam di hadapan BIP. Casing handset pon banyak..


... bersambung

10 September 2013

645 : Catatan Perjalanan - Bandung, Indonesia : Terbaliknya Perahu Si Sangkuriang (Hari Kedua)

... sambunganya

Hari kedua di Kota Kembang, Bandung. Seawal pukul 8.00 pagi kami telah turun ke lobi hotel untuk bersarapan. Santapan pagi kami pagi itu tidaklah mewah, cukuplah sekadar nasi dan mee goreng bersama sayur campur, roti dan secawan kopi luwak. Agenda kami pagi itu adalah untuk melawat Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Parahu. Satu kawasan perlancongan yang wajib lawat jika ke Kota Bandung. Perjalanan dari pusat bandar ke Gunung Tangkuban Perahu memakan masa lebih kurang 1 jam bergantung kepada keadaan jalan.

Bayaran masuk sebanyak Rp50,000 seorang dan Rp15,000 untuk kenderaan dikenakan.

 Kawah Ratu, satu dari sepuluh kawah yang terdapat di Taman Wisata Alam Tangkuban Parahu

 Dikatakan telah berlaku letupan di Kawah Ratu beberapa bulan lepas yang menyebabkan Taman Wisata Alam ini ditutup kerana pelepasan gas beracun dari gunung berapi. Kawasan yang meletup itu masih mengeluarkan asap dan boleh didengari pendidihan laharnya

 Terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis barangan sepanjang perjalanan 

 Mitos Tangkuban Perahu diceritakan di dinding bangunan ini

 Nak berjalan sampai ke hujung sana pon boleh...

Tiba-tiba ada satu lembaga hitam di tepi sana... 

Setelah puas menikmati keindahan taman wisata ini, kami kembali ke Pusat Bandar Bandung. Kami telah dibawa ke factory outlet, Rumah Mode. Kami makan tengahari dahulu di Rumah Mode sebelum kami melihat barang-barang yang dijual di sini. Untuk santapan tengahari kami hari itu, kami telah makan nasi ayam penyet dan nasi kuning.

 Rumah Mode 

 Nasi Kuning

Ayam Penyet makan bersama nasi putih

Selepas itu, kami dibawa pula ke factory outlet sepanjang Jalan Dago

Salah satu facory outlet di Jalan Dago

Sebelum pulang ke hotel penginapan, kami singgah di KFC Dago untuk makan malam. Kalau makan KFC di sini, jangan lah order snack plate atau dinner plate. Memang takde di sini, lain bebenor menu dia. Untuk makan malam, kami telah menikmati set Super Besar yang mengandungi 2 ketul ayam dan nasi putih beserta soft drink. Tak cukup dengan itu, selepas makan KFC kami order plak Domino's Pizza yang terletak bersebelahan saja. Kami telah order set 2 For Tuesday, buy one get one free, for Tuesday only, only Rp60,000. 


... bersambung

08 September 2013

644 : Catatan Perjalanan - Bandung, Indonesia : Kota Kembang (Hari Pertama)

Perancangan kira-kira setahun yang lepas akhirnya sampai pada waktunya. Perancangan untuk pergi berempat terpaksa ditukar menjadi bertiga pabila seorang sahabat tidak dapat turut serta. Kota Kembang, nantikan kehadiran kami.

Pada awalnya, flight kami akan berlepas ke Kota Kembang pada pukul 6.50 pagi, tetapi telah dijadualkan semula dan kami akan terbang pada pukul 6.20 pagi. Seawal pukul 2.00 pagi kami telah bersiap-siap untuk menuju ke LCCT. Lebih kurang pukul 3.00 pagi, kami meninggalkan rumah sahabat di Cheras dan tiba di LCCT lebih kurang satu jam kemudian. Semua urusan check-in berjalan lancar. Sebelum terbang kami bersarapan di Marry Brown LCCT. AK1328 berlepas mengikut jadual. Lebih separuh seat dalam flight ini kosong membolehkan kami menukar tempat duduk sesuka hati. Hehehe.. Mungkin kerana selepas berhari raya, sebab tu flight ini banyak seat yang kosong.

Permandangan matahari terbit dari dalam kapalterbang. 

 Sudah menghampiri destinasi

AK1328 mendarat di Bandara Hussein Sastranegara juga mengikut jadual lebih kurang pukul 7.30 pagi waktu Indonesia. Urusan imigrasi semuanya berjalan lancar. Happy sangat kami ketika itu. Masing-masing merupakan kali pertama menjejakkan kaki di Pulau Jawa. Sehinggalah kami melewati sebuah pintu yang membawa kami terus keluar, baru aku perasan yang bagasi kami tiada bersama kami. Kebingungan sekejap, kalau keluar ikut pintu depan tu maka akan terus keluar dari bangunan lapangan terbang. Di mana tempat mengambil bagasi? Pandang kiri, pandang kanan memang tak ada. Kemudian aku bertanya pada seorang brother yang kebetulan merupakan orang terakhir melewati kaunter imigrasi itu. Dia menunjukkan ke arah tempat mengambil bagasi yang terlindung dari pandangan aku. Nampaknye terpaksalah aku masuk semula melalui kawasan imigrasi itu untuk mengambil bagasi aku. Melihatkan  berlaku sedikit kekeliruan itu, seorang pegawai imigrasi segera bertanya, tetapi belum sempat aku menjawab, seorang pegawai lain pula berkata, "Ini bagasinya, mengapa tidak diambil?" (lebih kurang camtulah katanya). Sambil tersenyum sumbing, aku datang mengambil bagasi aku. Nampaknya ada 2 bagasi lain yang tidak diambil yang telah dibawa keluar oleh pihak imigrasi.

 Permandangan Kota Bandung dari Udara 

Kota Bandung yang sangat padat

Pak Yoyo, supir kami telah menunggu di luar sambil memegang kertas yang tertera nama aku. Kami dibawa ke kenderaan yang kami akan gunakan selama kami di sini. Memandangkan kami tiada jadual tertentu sepanjang kami di sini, Pak Yoyo mencadangkan kami ke Pasar Baru. Kami setuju dan Pak Yoyo terus membawa kami ke sana. Masih awal lagi ketika kami sampai dan banyak kedai masih belum dibuka. Kami lepak dahulu di food court bahagian atas sambil membuat perkiraan pertukaran wang asing. Apabila kebanyakkan kedai sudah di buka, kami memulakan misi kami. Memang betul orang kata, Bandung ni syurga membeli belah terutamanya di Pasar Baru ni. Aku yang kurang bershopping ni pon rasa macam semuanya aku nak beli. Macam-macam bole di beli dengan harga yang murah terutamanya kain ela, telekung, baju dan macam-macam lagi. Pada hari pertama ni, kami hanya membeli kain-kain ela saje. Next time kami akan datang lagi untuk shopping yang laen.

Aktiviti shopping di Pasar Baru 

 Macam-macam kain ade.. pilih saja mane yg berkenan 

Lebih kurang pukul 2.00 petang kami keluar meninggalkan Pasar Baru. Untuk makan tengahari pada hari pertama ni, Pak Yoyo telah membawa kami untuk makan di sebuah rumah makan masakan Padang. Bagi aku yang dah tau style masakan Padang, takde la terkejut bila diaorang hantar semua lauk yang ada. Kami makan berhati-hati sebab takut terlebih bajet, maklumlah, kami ni pelancong bajet jer. Hehehe.. Ok-ok je lah masakan padang ni, yang penting kenyang. Tengahari tu, harga makan tengahari kami lebih kurang Rp160k. Kemudian kami meminta Pak Yoyo untuk menghantar kami ke hotel penginapan, Hotel Unik untuk check-in dan berehat. Bilik hotelnya basic sahaja, ade hot water, tv dan kemudahan wifi yang macam ada tak ada je. Jadi lah...

Makan tengahari menu Padang di Rumah Makan Padang Sederhana Mistra Pasteur

Lebih kurang pukul 6.00 petang yang mana sudah pon gelap, kami keluar semula. Kami di bawa ke sebuah restoran masakan Sunda untuk makan malam. Malam itu menu kami nasi putih, ayam raja, udang goreng telur masin, tempe penyet dan sup sayur. Memang sedap makanan kat sini terutama udang goreng telur masin tuh. Makan agak mewah dan bayarannya juga mewah. Semua sekali berjumlah lebih kurang Rp200k. Ape-ape pon yang penting, kenyang perut suka hati.

 Makan malam hari pertama kami di Kedai Belacan 

Menu santapan malam kami di Kedai Belacan 

Selepas selesai makan malam, kami dibawa ke Jalan Riau. Di sini terdapat banyak kedai-kedai factory outlet. Tetapi kami tidak masuk semuanya. Penat rasa badan kerana telah berjaga sejak pukul 2.00 pagi semalam. Sudah takde mood dan daya untuk berjalan-jalan lagi. Kami pulang saja ke hotel untuk berehat..


... bersambung