642 : Syawal Ke 17 dan Syawal Ke 18

Masih lagi di dalam bulan Syawal yang mulia ini. Adat kunjung mengunjung dan rumah terbuka masih lagi diteruskan selagi tidak habis Syawal. 

17 Syawal, selepas selesai urusan aku di Pejabat Imigresen Putrajaya aku berkunjung ke rumah seorang sahabat baik aku semasa belajar di ITM Perlis dahulu di Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya. Ini merupakan kali pertama aku berkunjung ke rumah beliau, walaupon boleh dikirakan hampir setiap tahun sejak bujang sampai beranak dua dia berkunjung ke rumah aku untuk berhari raya. Maka, dah terlanjur aku ke Putrajaya, aku pon mengambil peluang untuk berkunjung ke rumah nya. Kami tiba lebih kurang pukul 1.30 petang tanpa kesesatan yang serius. Kehadiran kami dijamu dengan mee goreng dan murtabak. Terima kasih Zam dan Elly.

Kemudian, kami dan Zam sekeluarga menuju ke rumah seorang lagi sahabat baik aku semasa belajar di ITM Perlis dan juga teman sebilik aku selama 3 semester di Bandar Baru Salak Tinggi. Dah lama rasanya aku tak jumpa dia ni walaupon KL ngan Putrajaya takde la jauh mane pon. Kami tiba lebih kurang pukul 4.00 petang dan kami dijamu dengan spegetti, lemang dan serunding, kek dan durian. Hidangan istimewa katanya, lemang makan dengan durian. Aku try, ermmm... pelik rasanya. Tak jadi aku nak teruskan, jadi aku belasah durian je lah. Raya tahun ni aku tak jumpa lemang langsung, mungkin raya tahun ni lemang naik harga. Katanya ada yang sampai RM14 sebatang. Makanya aku makan dengan banyak lemang di rumah dia. Sedap plak lemang tuh. Hehe.. Terima kasih kepada Adon dan isteri kerana menerima kunjungan kami.

18 Syawal yang lepas tidak kurang hebatnya aku dalam memenuhi undangan ke rumah terbuka. Hari ke-18 Syawal ini dimulakan dengan mengunjungi ke rumah besan kepada bapa aku di Bandar Seri Putra, Bangi. Aku membawa bersama ayah dan beberapa orang sahabat since selepas itu ada lagi undangan yang cuba dipenuhi. Kami sampai di tempat yang dituju lebih kurang pukul 1.00 petang tanpa kesesatan. Tetamu telah pon ramai. Makanan yang dihidangkan sangat mewah dari nasi beriyani ayam masak merah, sate ayam dan daging, kambing golek, laksa, lemang dan rendang, kuih muih, ABC dan ais krim dan pencuci mulut. Nasi beriyani dia sangat sedap dan sate menjadi target utama aku. Huhu.. Terima kasih Dato' kerana sudi mengundang. 

Kemudian kami bergegas ke undangan rumah terbuka ke dua di Taman Cheras Jaya. Rumah kepada salah seorang rakan sepejabat aku. Tatkala kami tiba, rakan-rakan sepejabat yang lain baru sahaja hendak berangkat pulang. Di sini tuan rumah telah menghidangkan kami dengan nasi arab dan ayam kabshah, laksa, spegetti dan kuih muih. Aku hanya makan nasi arab sahaja kerana telah rasa kenyang makan di rumah pertama tadi. Huhu... Terima kasih kak Saadi ...

Lebih kurang pukul 4.00 petang kami meminta diri. Undangan ke tiga adalah di Hulu Langat. Terasa jauh betul perjalanan ke rumah ketiga ni, rumah rakan sepejabat sahabat aku. Tidak susah mencari rumahnya, since sahabat aku pernah sampai ke sini. Ketika kami tiba, hujan mula turun membasahi bumi. Tetamu sangat ramai semasa kami tiba. Makanan ala kampung disediakan, nasi putih, sambal ikan bilis, sambal ikan bilik tempoyak, kurma daging, ikan masin dan telur dadar serta pucuk ubi rebus. Aku sekadar menjamah mana yang larat. Terasa penuh gila sudah perut ketika itu. Tak mampu nak sumbat lagi. Terima kasih Jasmin kerana menerima kehadiran kami.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

2 comments

  1. Assalamualaikum Afeezz

    Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 56

    Boleh naik badan tu nanti

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam atuk

    selamat menyambut hari kemerdekaan

    selagi tak habis syawal, tiap2 minggu ade jemputan open house. mmg dah naek pon ni.. hahaha

    ReplyDelete