14 August 2013

639 : Bila Kedai Makan Ditutup

Selepas raya selalu nya susah kalau nak cari makan. Kebanyakkan kedai-kedai makan terutama milik orang Melayu akan ditutup kebiasaannya selama seminggu, ada juga yang dua minggu dan ada juga yang berminggu-minggu hingga tidak dibuka kembali. Kepada yang bergantung sepenuhnya kepada khidmat kedai-kedai makan ni, macam aku, alternatif lain adalah kedai makanan segera ataupon mamak. Tapi jemu la plak tekak kalau hari-hari mau makan burger, kfc dan mamak. Bak kata orang, kalau dah orang melayu tu, mesti akan lapar nasik. Kadang-kadang baru raya pertama sudah nak cari nasik. 

Perkara yang sama berlaku di opis. Kebanyakkan kedai makan dan cafe dan kantin ditutup selama seminggu. Parah la kami yang bekerja di sini. Kedai makan yang paling dekat, ditutup sehingga hari selasa (semalam la tu). Yang kedua dekat, tak pasti la plak hari ni bukak ke tak. Yang ketiga dekat kira-kira 10 minit berjalan kaki, semalam sudah bukak, tapi bila kami pergi ke sana, semua makanan telah habis di jual. Nak tak nak terpaksa membeli sandwich tuna dengan harga RM6.90 satu.

Tetapi aku sudah pon bersedia menghadapi perkara ini. Hari isnin aku sudah pon mula bertugas. Dalam perjalanan ke tempat kerja, aku singgah di Petron, mengisi minyak dan membeli 2 buku roti bun dan 2 sandwich buat bekalan makan hari itu. Alhamdulillah, dapat menahan diri dari lapar. Seorang kawan sepejabat, terpaksa menapak jauh untuk mencari lunch. Diceritakan olehnya, sampai di tempat yang dituju, punyalah ramai manusia. Tak sanggup rasanya dia nak beratur membeli makanan. Akhirnya, dia beli waffle sahaja, dimakannya separuh, separuh lagi diberikan kepada aku. Rezeki aku, alhamdulillah. 

Semalam pula, ada kawan sepejabat datang membawa nasi impit dan rendang daging untuk sarapan pagi. Tengahari pula kami menapak kira-kira 10 minit ke sebuah cafe di Menara Timur. Malang nasib kami, makanan semua dah habis, tinggal kuah-kuah jer. Terpaksa la kami membeli sandwich sahaja. Jadilah.. hehehe. Hari ini pula... Kantin dah buka... yahoo....


~Salam Sayang~

2 comments:

  1. Wah tukar2 header.
    Mcmana ya tutup kedai sampai tak bukak2 kembali?
    Apa-apapun kantin dah bukak, bersyukurlah..
    Kat petronas ada kek coklat moist sedap rm 3! sedap sgt!mesti beli!

    ReplyDelete
  2. hehehe.. header tu bertukar mengikut keadaan dan musim. pasni nak tukar tema merdeka plak..

    alhamdulillah kantin tu dah bukak, tak susah2 nak pi cari makanan walaupon situ mahal.

    sy guna petron, tak guna petronas... hehehe... tp mmg ade kawan ckp kek coklat kat petronas tu sedap. tp tak penah cuba plak

    ReplyDelete