11 August 2013

638 : Satu Hari Di Hari Raya 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin aku ucapkan kepada semua. Semoga kalian semua bergumbira menyambut hari lebaran. Kata orang, puasa sebulan maka raya pon sebulan, selagi tak habis Syawal selagi tu lah orang akan beraya. Kadang-kadang ada gak yg terlajak hingga ke bulan Zulkaedah. Bagi aku, raya cume satu hari saja. Sedih kan.


Menjelang Hari Lebaran

Hari ni sengaja aku ambil cuti. Sebab dah tau, pentadbiran opis sekarang takkan lepaskan kakitangan untuk cuti separuh hari walaupon circular dah keluar membenarkannya. Pagi itu aku merajinkan diri mengemas rumah. Dah takde siapa nak buat maka terpaksalah aku melakukannya. Buat ala kadar sahaja, lap habuk, vakum lantai dan mengatur ape yg pada pandangan aku yg tidak teratur. Penat jugak lah dibuatnya.

Lepas zuhur, famili kakak pon sampai, bermula lah pula tugas-tugas menyediakan juadah hari raya. Aku macam biasa, tugas aku hanya membantu menyediakkan bahan-bahan mentah. Tugas-tugas memasak diserahkan kepada yang pakar. Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, menu kami hanya nasi impit, kurma ayam dan kuah kacang. Kakak ipar pula telah volunteer untuk menyediakan rendang. Menjelang waktu berbuka puasa, semuanya telah selesai. 

Malam pula macam biasa, sudah menjadi tradisi Kampung Selayang Indah, ade takbir dari rumah ke rumah. Dalam pukul 10.00 jemaah takbir datang, bertakbir dan membaca doa. Kami menjamu mereka dengan juadah yang telah disiapkan siang tadi. Dalam pukul 11.00 lebih, kawan-kawan baik arwah ibu a.k.a jiran-jiran pula datang bertandang. Sayu jer hati bila ada seorang kawan ibu tu berkata, "tahun lepas berempat, tahun ni bertiga, tahun depan tak tau la giliran siapa pula".


1 Syawal

Selepas solat sunat Aidilfitri kami berkumpul adik beradik kecuali abg sulung dan adik di rumah. Bersarapan bersama-sama. Kemudian kami adakan sesi bergambar, sesi bermaaf-maafan dan sesi memberi duit raya kepada yang layak menerimanya. Kemudian kami ke pusara arwah ibu, ingatkan nak pergi semalam, tapi tak berkesempatan dan cuaca tidak mengizinkan. Kami sedekahkan al-Fatihan, baccan surah Yassin dan doa untuk ibu. Semoga ibu berbahagia di sana.

Menjelang petang, sahabat baik aku datang berkunjung seorang diri. Nak pergi cuci kereta katanya, tapi semua kedai cuci tutup. Memey lah, orang sibuk nak raya, dia sibuk nak cuci kereta.. hahaha. Last-last dia lepak umah aku jer. Selepas tu, aku membalas kunjungan dia ke rumah dia di Bandar Baru Selayang. Terpaksa la membantu dia mencuci kereta, cis... Selepas itu baru kami menjamu selera. Macam-macam ada dirumahnya, ketupat, nasi tomato, nasi kerabu, roti jala dan macam-macam lagi. Tapi aku hanya makan nasi tomato dengan bubur kacang durian jer. Jadilah, perut dah rasa sebu, banyak yang masuk dari keluar. 

Kemudian kami meneruskan agenda hari raya kami ke rumah seorang kawan di Jeram. Perjalanan agak panjang dan tak susah mencari rumahnya. Kehadiran kami disambut dengan jelingan maut beberapa penghuni rumah. Ape tidaknya, dah pakir depan rumah pastu wat-wat bodo, takmo bg salam ke ape. First time sampai rumah beliau, pasal tu la kami kemaluan sket. Hehehe.. Bila kawan kami keluar, barulah kami tersengih-sengih keluar kereta dan masih ke rumah. Kami terlewat ke rumah dia maka sate dah habis... uhuks... Sebelum maghrib kami meminta diri...


2 Syawal

Takde wat ape, tak ke mana. Dok umah jer...


3 Syawal

Takde wat ape juga, tak ke mana juga. Dok umah jer ...


4 Syawal

Esok aku dah mula keje. Cukuplah cuti 4 hari saja...


Keluarga kecilku. Mari berkenalan dengan mereka. Depan kiri, baju biru laut, saya, ayah (Tuan Haji Affal Bahrom), abang no. 2 (Hammizzul bin Affal). Belakang dari kiri baju hijau, anak buah (Ilyas Hakimi bin Hammizzul), kakak ipar (Nor Aizan), anak buah (Nureen Ilyana bt. Hammizzul), kakak (Hannyzzura bt. Affal), anak buah (Mishael Damia bt, Hairunnizam), abang ipar (Hairunnizam), anak buah (Leia Susannah bt. Hairunnizam) dan anak buah lagi (Diya Khadeeja bt. Hairunnizam). Tiada dalam gambar, keluarga abang sulung (Hazzimee b. Affal) dan keluarga adik (Harneza bt. Affal)

~Salam Sayang~

4 comments:

  1. Salam Aidilfitri Pakcik..

    Yang baju biru laut tuh Hafizan Affal kan? Hik hik hik

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri Cik Sinomosa

    yaaa... itu lah encik hafizan affal yg kacak dan gagah tuh. selamat berkenalan.. huhu

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya ke 6. Maaf zahir batin.
    Lawa header.
    Sukakan dpt berkumpul adik beradik. Moga ukwah sentiasa berpanjangan.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya mama ju. maaf zahir dan batin wat mama sekeluarga...

    ReplyDelete