31 July 2013

634 : Iftar @ Berbuka Puasa

Hari ni merupakan hari yang ke 22 umat Islam di Malaysia berpuasa. Alhamdulillah, puasa ku masih lagi terpelihara, cume percentage pahala amalan sepanjang bulan puasa ni yang kadang-kadang agak kurang. Walaubagaimanapon aku tetap meneruskan kewajiban ini tanpa masalah, alhamdulillah.

Sepanjang 22 hari yang lepas, aku cume berbuka puasa di luar sebanyak 3 kali sahaja. Aku lebih selesa berbuka di rumah walaupon makanan di rumah takde lah sehebat makanan di luar sana. Tetapi makan di luar pon bukannya aku berbuka puasa di tempat-tempat yang hebat. Cukup lah sekadar makan untuk berbuka dan mengalas perut.

Untuk kali pertama dan julung-julung kalinya, aku berbuka puasa di hospital pada 18 Julai 2013. Merasa jugaklah berbuka dengan nasi dan lauk Pusat Perubatan Universiti Malaya. Telah sedia maklum, makanan sihat yang dihidangkan, tidaklah sesedap mana, tetapi cukup untuk berbuka puasa. Balik rumah malam itu, aku belasah plak sebungkus nasi beriyani. Huhu...

Nasi hospital

Kali kedua pula, aku dengan beberapa orang rakan yang lain telah berbuka di kedai seorang sahabat blog di Rawang, Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak. Dah lama nak makan nasi nya yang memang memenuhi selera aku. Untuk bulan Ramadhan ni, hidangan secara buffet disediakan dengan nasi beriyani, ayam dan kambing panggang, ayam masak merah, dalca dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, siap dapat tapau lagi untuk bersahur. Terima kasih kak Shami...

Amik gambar pinggan kosong jer, pasal syok sangat makan, sampai lupe nak amik gambar.. hehehe

Kali ketiga pula, kami telah berbuka puasa di Laman Perdana, Putrajaya secara piknik. Bukannya ape, dah sampai lambat, maka meja semua dah penuh. Nasib baik dalam kereta ada tikar, maka kami bentangkannya dan berbuka di tengah-tengah laman itu. Malam itu, seorang sahabat telah sudi untuk masak berbuka. Masakan simple sahaja, sambal ikan bilis, ayam goreng dan sayur masak lemak. Ditambah pula dengan ayam Uncle Bob dan kuih-muih yang di beli di Bazar Ramadhan Seri Serdang. Terima kasih kepada sahabat yang sudi menyediakan hidangan kami petang itu.

Laman Perdana waktu malam (google)

Bile la pulak nak dapat berbuka di tempat yang best-best macam kat hotel ke? Ade sesiapa nak belanja saya?

(p.s : kalau berbuka puasa terlupa baca doa berbuka, terbatal tak puasa?)


~Salam Sayang~

No comments:

Post a Comment