11 July 2013

629 : 1 Ramadhan Berlalu Sudah

Assalamualaikum, tak jawab dosa, kalau jawab... sayang. 1 Ramadhan telah berjaya aku tempuhi semalam, walaupon dengan tidak berapa jayanya. InsyaAllah apa yang aku lakukan semalam mendapat keberkatan dan perkara-perkara yang telah mengurangkan pahala puasaku diampuni Allah swt. 

Seawal pukul 4.45 pagi, ayah telah mengejutkan aku bersahur. Senang pulak aku bangun semalam, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, 3-4 kali kejut baru nak bangun. Sayang sungguh rasanya nak meninggalkan katil. Hehehe... Kami bertiga bersahur ala kadar sahaja, nasi putih yang dibeli ayah berlaukkan ikan asam pedas. Dah besar panjang macam ni jangan lah nak mengada-ngada mintak makanan yang sedap-sedap plak. Makan je lah aper yang ade. Alhamdulillah, kenyang perut untuk pagi dan hari itu. Selepas bersahur, aku hanya bergolek-golek di atas katil menanti azan subuh. Kalau terlelap time tu, ada harapan sampai keje lewat. Selesai subuh, aku terus bergerak ke pejabat. lebih kurang pukul 6.15 pagi.

Alhamdulillah, jalan tidak jem langsung pagi itu. Best sangat. Pukul 6.45 aku sudah berada di kawasan pakir kenderaan Bangunan Peperiksaan. Aku ingatkan aku awal, tetapi kawasan pakir itu telah pon separuh penuh dek disebabkan ada peperiksaan pagi itu. Ada lagi yang lagi awal rupenye, sahur kat situ kot? Hehe. Aku hanya lepak-lepak di dalam kereta wat seketika, pukul 7.15 aku bergerak ke pejabat. 

Di pejabat aku wat keje ala kadar jer. Kemalasan melanda dengan kemengantukan yang amat teruk. Lambat benar nak menunggu kan jam 4.30 petang.

Cukup masa, 4.30 petang aku terus cabut. Ingatkan keluar awal dapat la sampai rumah awal. Malangnya, nak keluar dari UM sahaja sudah mengambil masa 30 minit. Bengang aku sekejap. Sampai Selayang lebih kurang pukul 6.00 petang. Singgah Pasar Ramadhan kat Bandar Baru untuk membeli sedikit kuih. Pukul 6.30 petang baru sampai rumah. Penatnye...


~Salam Sayang~

6 comments:

  1. sabau la afeez. Ujian bulan puasa tuh. Puasa itu kesabaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. memey banyak bersabar ni... sabar jer lah

      Delete
  2. Replies
    1. waalaikumsalam mama ju

      banyak ganjarannya kalau lulus ujian tu kan... insyaAllah

      Delete
  3. Bnyakan lah bsbar..

    Eja ramli ;-)

    ReplyDelete