627 : Mee Udang Mak Teh - Servis Lembab, Kedai Kotor, Tak Sedap Tapi Disukai Ramai

Baru-baru ni berkesempatan ke Kuala Sepetang untuk menikmati mee udang. Katanya mee udang kat sini popular, tapi aku tak tahu lah kan. Aku pon konfius mane satu yang sedap, ade orang kata Mak Jah ada orang kata Mak Teh. Dan ada orang kata Mee Udang Sg. Dua. 

Dari Bandar Taiping kami berpandukan GPS. Terus ke Kedai Mak Teh Mee Udang Banjir. Rasanya, aku pernah ke sini beberapa puluh tahun yang lalu. Tak ingat dah macam mana rasanya. Sesampai saja di sana, kedai tu penuh dengan pelanggan. Nampaknya susah nak dapat meja kalau macam ni. Tapi nasib kami baek, ade pelanggan yang sudah selesai dan kami mendapat meja. 

Kami termenung seketika. Takde orang nak amik order ke? Meja pon tak bersihkan lagi, bukan meja aku jer.. meja sebelah pon. Ermmm... Aku masuk ke dalam kedai, mane la tau, kene order kat kaunter. Nampaknyer kaunter pon takde orang. Akhirnya datang la seseorang mengambil order setelah kami termanggu dalam 10 minit. 

Kemudian kami dimaklumkan cume mee dan koay teow udang RM10 jer yang tinggal, yang lain sudah habis. Aik?? Camne punya berniaga la ni, baru kol 4.00 petang semuanya dah habis. Nak tak nak, sudah datang dari jauh, kami order jer lah yang RM10 tu sebanyak empat mangkuk.


Sementara menunggu minuman dan tiba, aku ke tandas, sudah lama menahan ni. Tandasnya di dalam dapur. Sementara menunggu si pulan yang membuang di dalam, sempat juga aku memerhatikan suasana dapur di situ. Ermm... Kalau aku Inspektor Kebersihan, selayaknya aku memberi 'F' kepada tahap kebersihan dapur kedai itu. Kalau ada 'G' atau 'H' aku akan aku bagi 'K' jer... Sangat kotor dan berair diseluruh kawasan. Bahagian tandas jangan cakap la. Cukuplah aku menggambarkan keadaan dapur kedai itu.

Menunggu dan terus menunggu tidak kunjung tiba juga mee udang yang telah diorder. Apasal lambat sangat? Menu satu jenis jer pon lambat macam kami order macam-macam. Sabar je lah. Setengah jam kemudian, air pon tiba. Itu pon tiga jer, sorang sahabat tak dapat air dia. Air sirap yang dioder laen plak rasanya, tak macam sirap. Sorang sahabat lagi, air minumannya nampak minyak di atas air. Nampak benar, tahap kebersihan tidak diutamakan di kedai ni. Lebih kurang 10 minit kemudian, minuman sahabat sorang lagi pon sampai, itupon selepas ditanya. 

1 jam selepas order kami pon dapat lah mee udang kami. Udang 4 ekor jer, mee sejemput harga RM10 semangkuk. Markup gile-gile. Pastu rasanya tidaklah seperti yang diharapkan, takde lah sedap mane pon. InsyaAllah, tak datang lagi.

Hairan aku, macam mana kedai tu boleh terima begitu ramai pelanggan walaupon servis dia super slow dan mee udang dia tak sedap. Kalau ada yang berhajat nak ke sana, aku cadangkan... baek pergi jer kedai laen. Tak berbaloi dengan harga RM10 semangkuk dan satu jam menunggu itu.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

2 comments