621 : Mari Menonton - Man Of Steel

Semasa berada di Melaka tempoh hari, aku bersama-sama sahabat sempat untuk menonton sebuah filem terbaru di pawagam iaitu filem Man of Steel. Semua orang mungkin dah tau yang filem Man of Steel ini adalah filem Superman yang menceritakan kisah hidup Superman atau nama Kryptonnya adalah Kal-El dan nama buminya Clark Kent dari beliau masih kecil hinggalah besar.

Kal-El telah dihantar ke bumi oleh ibu bapanya dari planet Krypton kerana telah berlaku malapetaka dan rampasan kuasa di Krypton. Di bumi, Kal-El atau Clark Kent cuba untuk membesar sebagai seorang manusia normal tetapi sering berlaku perkara-perkara yang tidak diingini ke atas beliau yang dia sendiri tidak memahaminya. Kehidupan Clark Kent berubah setelah kehadiran Jeneral Zod dari Krypton ke bumi untuk menangkap Clark Kent. Clark Kent pula terperangkap di antara untuk menyelamatkan dirinya dan menyelamatkan penduduk bumi.

Bagaimanakah kisah seterusnya? Dapatkah Clark Kent menewaskan Jeneral Zod untuk menyelamatkan penduduk dan bumi? Saksikan di pawagam-pawagam berhampiran anda.

Bagi aku, filem ni biasa-biasa saja dan pada permulaannya agak slow dan membosankan. Pengakhiran filem ni penuh aksi dan ada satu ketika aku berfilir, kalau Superman lawan Superman saper yang akan menang? Pasal sama-sama SUPER. Renung-renungkan... huhuhu

Filem ini boleh lah aku beri 3.75/5 bintang.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

2 comments

  1. orang kata x sedap langsung. tp kutipannya memecah panggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kureng gak la cerita dia.. tp since dia cerita pasal superman, tu yg boleh memecah panggung kot

      Delete