12 June 2013

618 : Susah Payah Untuk Mencari Sesuap Rezeki

Sejak-sejak opis aku berpindah ke PPUM ni, terasa mencabar sangat bila nak ke tempat kerja. Masakan tidak, dulu masuk kol 8.30 pagi, sekarang masuk pukul 8.00 pagi. Oleh yang demikian, semuanya kene dimulakan setengah jam lebih awal. Dulu set alarm kol 6.20 pagi tapi kol 6.40 pagi baru nak bangkit. Sekarang terpaksa set alarm kol 6.00 pagi untuk bangkit pukul 6.15 pagi. Dulu kol 7.00 pagi baru terhegeh-hegeh nak gerak pi kene, sekarang 6.45 pagi mesti dah kene keluar, kalau tak ade kemungkinan sampai lewat kat tempat keje.

Dulu, masuk Gate Damansara tak sampai 5 minit dah sampai opis. Sekarang terpaksa masuk kat Gate Fakulti Bahasa, wat satu pusingan round UM baru sampai tempat pakir. Pastu kene menapak, panjat bukit, mengharung semak samun, merentasi parit, longkang dan sebagainya, naek tangga baru sampai opis. Sekarang baru aku rasa begitu susah untuk mencari rezeki sesuap nasi. 

 Inilah bukit yang terpaksa aku daki dan jalan yang terpaksa aku lalui setiap hari untuk ke tempat kerja 

 Tempat pakir kenderaan di bawah bukit. Kene rebut ngan staf PPUM, kalau lambat tak dpt tempat. 

 Dah sebulan daki bukit ni, tak kurus pon aku... hehehe


~Salam Sayang~

6 comments:

  1. Salam dekk afezz

    Positifkan minda bayangkan masa jalan2 tu macam buat ibadah saei umrah/haji...insyallah hilang gundah gulana tu. Badan pun boleh jadi sihat...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak shami

      memang think positive jer.. dok fikir berjalan tu adalah senaman. alhamdulillah, takde la semput daki bukit tuh

      Delete
  2. Assalamualaikum Afeezz

    tercapai la 1000 langkah satu hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk

      alhamdulillah... hari2 tercapai. rasa-rasanya lah.. hehehe

      Delete
  3. afeez
    bercintanya nak ke ppum besok pasal parking ni. nak parking kat mana yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm... ntah la AZ. sy pon pakir kat UM menapak masuk PPUM. Malas nak rebut2 kat PPUM tu

      Delete