05 May 2013

607 : Pindah Itu Bukan Satu Perkara Mudah

Selamat mengundi kepada semua. Buatlah pilihan yang bijak. Gunakan pertimbangan akal, fikiran dan hati masing-masing. Semoga kemakmuran dan keamanan negara dapat dikekalkan. InsyaAllah.

Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk dan memenatkan bagi aku. Seminggu bertungkus lumus untuk berpindah ke pejabat baru walaupon kami semua agak keberatan untuk melakukannya. Banyak faktor yang menyebabkan kami berat hati untuk berpindah. Walau bagaimanapun, kami berdoa agar semuanya baik.

Jumaat lepas, lebih kurang pukul 4.00 petang kami telah menerima arahan untuk berpindah secepat yang mungkin. Tak tahu apa salah kami, dihalau begitu hina. Dengan berat hati, hari Ahad kami bertungkus lumus memindahkan apa jua peralatan dan perabut pejabat. Bukan senang nak pindah, kami berhenti pada pukul 4.00 petang walaupon masih banyak perkara yang belum selesai.

Hari Selasa, proses perpindahan masih dilakukan. Seharian aku berulang alik dari pejabat lama ke pejabat baru. Itu pon masih belum sempurna 100%. Esok aku akan memulakan tugas di pejabat baru dengan keadaan serba kekurangan. Dalam hati ini, kami saja yang tahu.

Pejabat lama yang membawa pelbagai kenangan pahit dan manis. Selama lebih 5 tahun aku bertugas di sini. Akan sentiasa aku ingati dan rindui.

 
 

Proses perpindahan pada hari Ahad. Hanya sebuah lori sahaja yang disediakan. Lori terpaksa melakukan  tiga trip ulang alik. Ditambah dua lagi trip ulang alik pada hari Selasa. Itu pon masih banyak lagi barang yang tidak diangkut, terpaksa ditinggalkan.

 


 ~Salam Sayang~ 

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam.. kalau pindah rumah lagi meletihkan woooooooo......... demam seminggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      sy tak pernah ade pengalaman pindah rumah
      pindah opis dah 2 kali
      tp rasanya, same jer penatnye

      Delete