01 May 2013

606 : Mari Menonton - Iron Man 3

Semalam aku berpeluang untuk menonton satu lagi filem terbaru di pawagam yang bertajuk Iron Man 3. Sebelum ini aku tak pernah pon menonton filem-filem Iron Man ni di pawagam mahupon di astro. Macam tak berminat jer untuk tengok... Huhu...

Iron Man 3 mengisahkan bagaimana Tony Stark seorang jutawan industri teknologi tinggi yang juga digelar Iron Man telah berusaha untuk menghalang pengganas yang bergelar Mandarin yang telah menimbulkan kekacauan dengan serangan bom berteknologi tinggi. Matlamat kumpulan pengganas Mandarin ini adalah untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat ketika itu. Disamping itu, Iron Man juga terpaksa menangani masalah peribadinya sendiri. Dapatkan Iron Man menumpaskan kumpulan pengganas Mandarin ini? Saksikan di pawagam-pawagam berhampiran anda.

Pada pendapatan aku, permulaan filem ini agak membosankan dan jujur aku katakan aku tak paham aper yg cube disampaikan. Permulaan bila masa filem ini agak menarik apabila rumah Tony Stark diserang oleh pengganas Mandarin. Terdapat juga adegan-adegan melucukan yang membuatkan aku ketawa. Ending filem ini sangat menarik. Rating dari aku untuk filem Iron Man 3 adalah 4/5 bintang.


~Salam Sayang~

2 comments:

  1. suami dah d/l .. dia kata kurengg skit mcm yg 1 dan 2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tak tgk lagi yg no. 1 ngan no. 2
      terus2 tgk yg no. 3
      tak tau aper kesinambungannya...

      Delete