Posts

Showing posts from May, 2013

615 : Step In To My Office Please ...

Image
Ini adalah perbandingan pejabat aku semasa di UM dan PPUM. Ape-ape pon, aku rindu pada pejabat aku yang lama tu yang sekarang dah jadi tempat berhantu (walaupon sebenarnya memang berhantu)... hihihi...
 Tempat bekerja aku semasa di pejabat di Universiti Malaya 
Tempat bekerja aku sekarang di Pusat Perubatan Universiti Malaya. 
Walaupon pejabat baru, tapi perabot lama.. kedeks sungguh UM dan PPUM.


~Salam Sayang~

614 : Langkah Pertama - Berangan

Image
Bila cuti lama macam ni (tiga hari jer bukan lama mana pon) dan takde bende nak dibuat, kadang-kadang fikiran mula berangan yang bukan-bukan. Kali ni aku berangan-angan nak masak plak. Actually aku memang tak reti masak, cube memasak pon tak pernah. Setakat masak megi utk hidup sendiri tu boleh lah. Nak masakkan untuk orang laen tu idak pernah la kome mencobe nye. 
Wat masa sekarang ni aku nak cube masak lebih kepada desserts, yang simple-simple jer, takde la aku nak wat creme brule ker ape, macam puding roti ke, cheese cake ke atau cream caramel. Hehehe... 
Makanya, langkah awal untuk aku merealisasikan cita-cita aku tu adalah dengan 'berangan-angan'.
 Gambar hiasan - Puding roti.   Gambar hiasa - Cream Caramel  Gambar hiasan - Cheese Cake 

~Salam Sayang~

613 : Mari Berhibur - Promentory

Image
Mari berhibur seketika sempena cuti Hari Wesak hari ini. Kali ini aku hiburkan kalian dengan muzik dari soundtrack filem The Last Of The Mohicans yang diberi jodol Promentory. Aku sendiri gagal untuk mencari makna sebenar Promentory itu. 
The Last of the Mohicans adalah sebuah filem yang diterbitkan pada tahun 1992 yang diadaptasi dari sebuah novel yang bertajuk The Last of the Mohicans : A Narrative of 1757 (1826), ditulis oleh James Finemore Cooper. Filem ini telah memenangi Anugerah Oscar pada tahun 1993 bagi kategori Best Sound. 
Aku rasa aku pernah tonton filem ni, tapi tak ingat jalan cerita nya. Mungkin tahun 1992 tu aku masih kecil lagi. Hehehe...
Kita saksikan ending filem ni di mana muzik Promentory dimainkan ...


~Selamat Berhibur ~

612 : Mandi - Manda @ Ulu Yam

Image
Hari Sabtu yang lepas, aku dengan tiga orang sahabat yang lain telah berkelah di Ulu Yam. Kawasan perkelahan ni kira-kira setengah jam perjalanan jer dari rumah aku. Cantik kawasan perkelahan ni dan bersih jugak. Masa aku sampai, tak ramai pengunjung yang sedang berkelah di situ, makanya dapatlah kami memilih port yg paling best untuk melepak. Air sungai sangat deras masa tu sehinggakan boleh terasa pasir di dasar sungai yang di bawa arus. Cuaca pon sangat baik hari itu. Kami sangat enjoy....


Kawasan perkelahan yang masih terpelihara hutannya. Kebanyakkan pokok kat sini ditanda nama dan spesisnye.. 
Air sungai yang bersih dan deras. Ada sesetengah bahagian sungai agak dalam...
Tak tahulah samada ini anak sungai atau air mata air. Yg pasti bukan air longkang pasal airnya jernih dan tidak berbau.. 
Batu-batuan di tebing sungai 
Sahabat... mesti tengah bergossip... 
Yang penting... kita Happy!! 

~Salam Sayang~

611 : Republik Taman Hijau

Image
Mintak maaf Mama Ju, pinjam tajuk entry blog mama tanpa kebenaran terlebih dahulu. Sekarang ni dok minat kat Aquascaping. Ape itu Aquascaping? Menurut Mr. Wiki Apedia, Aquascaping adalah "the craft of arranging aquatic plants, as well as rocks, stones, cavework, or driftwood, in an aesthetically pleasing manner within an aquarium—in effect, gardening under water. Walaubagaimanapun, aku belum lagi mahir dengan aquascaping ni dan belum lagi mencuba untuk bercucuk tanam dalam air ni. InsyaAllah, satu hari nanti aku aku cuba juga.
Sebagai permulaan, ini je lah Republik Taman Hijau Bawah Air aku.






Aquascaping memerlukan kemahiran dan pengalaman dan pengetahuan. Buat masa sekarang, Tiub Anda dot com menjadi guru aku dalam bidang ini. Banyak lagi yang perlu dipelajar. InsyaAllah, satu hari nanti, teringin gak nak Republik Taman Hijau Bawah Air macam ni .... 



~Salam Sayang~

610 : Cinta Beralih Arah Walaupun Tidak Seindah Yang Diharapkan

Image
Proses perpindahan pejabat aku ke premis yang baru telah selesai walaupun tidak berapa sempurna. Banyak kerja yang terpaksa diselesaikan. Mana tak nya, tempat masih dalam proses renovasi, tapi kami telah diarahkan pindah. Pihak kontraktor dengar khabarnya masih belum lagi menyerahkan tempat itu, tetapi kami telah pon masuk dan telah memulakan operasi di sana. Boss pulak tak boleh nampak muka aku, ada jer nanti yang dia akan suruh buat. Kadang-kadang membuatkan aku bosan nak datang kerja.
Kami sekarang ni bukan lagi UM tetapi PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Atau lebih tepat aku katakan, kami ni UM dalam masa yang sama adalah PPUM. Susah aku nak ceritakan bende ni. Makanya berlaku berubahan cara kerja yang sangat drastik dari pelbagai aspek. Apa yang UM sekarang ni dibuang dan semuanya nak follow PPUM. Walaupon UM dan PPUM berkongsi nama 'UM' yang sama, tetapi hakikatnya mereka adalah dua entiti yang berbeza dan mempunyai pentadbiran yang juga berbeza. 
Banyak keistim…

609 : Lost On The Way To The Lost World Of Tambun

Image
Hari Sabtu, 11 Mei 2013 aku bersama empat sahabat yang lain telah pergi berjimba-jimba di The Lost World of Tambun. First time kami ke sini setelah mendapat tiket murah dari Groupon.com. Harga asal tiket adalah RM47 seorang tetapi kami dapat harga RM36 seorang.
Perjalanan ke Ipoh dari Selayang dimulakan lebih kurang pukul 8.00 pagi. Berhenti rehat di R&R Tapah untuk berehat dan sarapan pagi lebih kurang satu jam kemudian kami meneruskan perjalanan. Malangnya, kami terlepas susur keluar Ipoh Selatan dan telah menyebabkan kami terpaksa meneruskan perjalanan sejauh lebih 20km untuk susur keluar seterusnya iaitu di Kuala Kangsar. Berpatah balik dan memasuki susur keluar Ipoh Utara menuju ke Tambun. Agak mengelirukan jalan di sana kerana terlalu banyak papan tanda arah ke Tambun. Berpusing sekali lagi kerana GPS yang digunakan menunjukkan jalan yang berlainan. Rupa-rupanya ada papan tanda arah ke Lost World of Tambun tu. 
Kami tiba di destinasi lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Cuac…

608 : Birthday Party

Image
Sepanjang bulan April 2013, aku telah menghadiri atau dijemput ke tiga buah jamuan makan sempena sambutan hari ulang tahun kelahiran. Alhamdulillah, aku doakan semoga mereka yang menyambutnya diberkati dan dilindungi Allah. Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Sambutan yang pertama disambut pada 14 April 2013. Hari ulang tahun kelahiran seorang sahabat. Sambutan dimulakan dengan jamuan makan malam di Suria Station Cafe, Bandar Baru Selayang. Terima kasih kepada sahabat yang sudi belanja kami makan malam itu. Perancangan untuk mengadakan 'prank' kepada birthday boy nampaknya tak jadi atas sebab yang aku tak pasti. Sambutan diteruskan lagi pada malam itu dengan sesi karok di sebuah pusat karaoke keluarga di Batu Caves. Dugaan betul mencari pusat karok ni. Tak tau ape yang 'mengikut', tiga kali kami lalu depan kawasan tu, tapi kami tak nampak pun pusat karok tuh. Setelah berputus asa dan menukar perancangan untuk ke pusat…

607 : Pindah Itu Bukan Satu Perkara Mudah

Image
Selamat mengundi kepada semua. Buatlah pilihan yang bijak. Gunakan pertimbangan akal, fikiran dan hati masing-masing. Semoga kemakmuran dan keamanan negara dapat dikekalkan. InsyaAllah.
Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk dan memenatkan bagi aku. Seminggu bertungkus lumus untuk berpindah ke pejabat baru walaupon kami semua agak keberatan untuk melakukannya. Banyak faktor yang menyebabkan kami berat hati untuk berpindah. Walau bagaimanapun, kami berdoa agar semuanya baik.
Jumaat lepas, lebih kurang pukul 4.00 petang kami telah menerima arahan untuk berpindah secepat yang mungkin. Tak tahu apa salah kami, dihalau begitu hina. Dengan berat hati, hari Ahad kami bertungkus lumus memindahkan apa jua peralatan dan perabut pejabat. Bukan senang nak pindah, kami berhenti pada pukul 4.00 petang walaupon masih banyak perkara yang belum selesai.
Hari Selasa, proses perpindahan masih dilakukan. Seharian aku berulang alik dari pejabat lama ke pejabat baru. Itu pon masih belum sempurna 100%. E…

606 : Mari Menonton - Iron Man 3

Image
Semalam aku berpeluang untuk menonton satu lagi filem terbaru di pawagam yang bertajuk Iron Man 3. Sebelum ini aku tak pernah pon menonton filem-filem Iron Man ni di pawagam mahupon di astro. Macam tak berminat jer untuk tengok... Huhu...
Iron Man 3 mengisahkan bagaimana Tony Stark seorang jutawan industri teknologi tinggi yang juga digelar Iron Man telah berusaha untuk menghalang pengganas yang bergelar Mandarin yang telah menimbulkan kekacauan dengan serangan bom berteknologi tinggi. Matlamat kumpulan pengganas Mandarin ini adalah untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat ketika itu. Disamping itu, Iron Man juga terpaksa menangani masalah peribadinya sendiri. Dapatkan Iron Man menumpaskan kumpulan pengganas Mandarin ini? Saksikan di pawagam-pawagam berhampiran anda.
Pada pendapatan aku, permulaan filem ini agak membosankan dan jujur aku katakan aku tak paham aper yg cube disampaikan. Permulaan bila masa filem ini agak menarik apabila rumah Tony Stark diserang oleh pengganas Mandarin…