24 April 2013

605 : Ikut Saja Seperti Kerbau Dicucuk Hidung... Selagi Hidung Masih Melekat Di Kepala

Tengahari semalam aku mendapat makluman bahawa opis aku ni akan berpindah ke satu premis yang lain. Sebenarnya, memang dah lama dengar bahawa opis aku ni akan dipindahkan dan ubahsuai sedang dijalankan di premis baru. Dengar macam best jer kan, berpindah ke opis baru. Tapi bagi kami, berpindah ke opis baru bagaikan berpindah dari rumah banglo dua tingkat, 5 bilik tidor 3 bilik air ke sebuah bilik sewa.

Lebih malang lagi, kami diarahkan pindah tanpa notis. Diarahkan pindah secepat yang mungkin, dalam minggu ini jugak. Kalau nak suruh pindah pon berpada-pada lah, jangan lah ingat kami pindah ni cume bawak bontot je. Cuba lah guna akal fikiran dan kepala hotak korang yang bergelar professor itu, atau sekurang-kurangnya menggunakan belas kasih. Ini tidak, sudah lah sebelum ini kami bergantung tidak bertali hampir setengah tahun, tak tahu kami nak dengar arahan. Orang itu kata begini, orang ini kata begitu. Sampai satu ketika, orang tanya siapa Ketua Jabatan pon kami tak tahu. Alih-alih... GET OUT!!

Janjinya, kami akan berada di tempat itu hanya untuk empat hingga lima tahun. Tetapi, segala janji dari pihak pengurusan hanya dicapati saja. Satu pon tak boleh pakai dan hanya kencing semata-mata. Sama seperti tempat aku sekarang ni, janji yang dicapati hanya untuk tiga empat tahun, tapi sekarang sudah hampir 10 tahun dan kami sudah selesa di sini. Kecewa dengan itu, aku sudah pon menghantar borang Permohonan Tukar Jabatan. Percubaan aku untuk melepaskan diri dari kemelut ini. Tiada masa depan aku terus di sini.

Tak boleh nak buat ape dah. Kami mentimun mereka durian. Menggolek pon kami cedera, digolek ape tah lagi. Ikut saja seperti kerbau dicucuk hidung selagi hidung dicucuk masih di situ.


~Salam Sayang~

2 comments: