18 April 2013

603 : Aktiviti Menjolok

Kat rumah aku ada la sepohon pokok mangga. Tak tau la dari spesis mangga ape, tapi jenis-jenis yang takleh jumpe atau susah nak dibeli di pasaran. Katanya mangga epal, katanya lah. Pokok tak lah berapa besar sebab ditanam dalam lebih kurang 4-5 tahun yang lepas. Ditanam di luar pagar, betul-betul di tepi jalan. 

Rumah aku dengan pokok mangga memang tidak asing. Sejak aku kecil, memang dah ada pokok mangga keliling rumah dari pelbagai spesis. Ada satu pokok mangga di depan rumah, sangat besar pokoknya dan setiap kali berbuah, macam nak patah dahan kerana berat buahnya. Seluruh keluarga ngan jiran sebelah menyebelah puas makan bila pokok tu berbuah. Kadang-kadang sampai tak termakan, gugur dan busuk macam tu jer. Siap ada cina datang nak beli satu pokok untuk dijual buahnya. Lastly, pokok itu terpaksa ditebang kerana sudah terlalu besar takut tumbang menimpa rumah. Tetapi ayah telah menanam baka pokok itu terlebih dahulu sebelum pokok itu ditebang. 

Di masa yang sama juga, ada sebatang pokok mangga lagi di hadapan rumah dari spesis yang lain yang tidak lah aku tahu namanya. Kami menggelarnya Mangga Muzal, sempena nama sepupu aku kerana pokok itu ditanam semasa dia dilahirkan. Isi buahnya berwarna oren dan sangat manis dan sedap. Pokok mangga ini juga terpaksa ditebang kerana sudah terlalu besar dan tidak lagi mengeluarkan buah yang baik. Tiada baka pokok ini yang ditanam ayah.

Dalam masa yang sama juga, di belakang rumah ade sebatang lagi pokok mangga berlainan spesis yang juga aku tak tahu namanya. Buahnya besar lebih kurang 3-4 penumbuk, isinya oren, manis dan sangat sedap. Tak pernah aku nampak mangga serupa itu lagi sekarang. Sayang... pokoknya juga telah ditebang dan tiada baka yang ditanam ayah.

Di tempat yang sama, ayah telah menanam baka pokok mangga dari spesis yang kat depan rumah tu. Alhamdulillah, pokoknya sihat, berbuah lebat. Sampai kami di rumah ni dah tak pandang pon buah tuh. Setiap kali berbuah, jiran-jiran ngan kawan-kawan akan dapat rezekinya. Banyak kali jugaklah aku bawa ke ofis beri kepada kawan-kawan ofis. Pokok ini juga akhirnya terpaksa ditebang untuk membesarkan rumah.

Baka pokok mangga itu ayah tanam di depan rumah, pokok yang ada sekarang ini. Sekarang kami telah mengutip hasilnya, walaupon bukan kami yang merasanya. Pokok tu ditanam di luar pagar, mungkin ada orang yang lalu lalang telah mengambil sebiji dua buahnya. Biarlah, aku halalkan, jangan ko tebang pokoknya dah la. 

Hujung minggu lepas ada sahabat yang bermalam di rumah. Pagi esoknya, kami mulakan aktiviti menjolok buah mangga. Hehehe... 

Dari bawah susah nak nampak buahnya kerana daunnya yg lebat ... 

Agihan tugas, sorang menjolok sorang mengumpul ...

Sorang lagi tengok jer ...


Pokoknya terlalu tinggi untuk dijolok, tetapi terlalu kecil untuk dipanjat ... 


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. Nampak tenang tgk pokok2 dikeliling rumah Afez. Byk betul mangga.Mama sgt suka mangga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah satu2nya pokok mangga yang ada....

      Delete
  2. Bestnya mangga... nak sikit (serius nie)... hantar sg besi sikit... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tol sungai besi ka?? hehehe

      Delete
    2. kalau nak datg la selayang belakang NSK

      Delete
  3. suami suka mangga cecah kuah rojak.. lagi plak Manjer tengan camni.. mcm dia lak yg ngidam.. hee.. tapi selalu kalau jumpa mangga muda suami suka suh wat kerabu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak suke mangga muda.. masam.....

      Delete