595 : Perjuangan Sudah Selesai Di Arena Catur Campuran

Tahun ni aku tak join langsung karnival sukan staf yang sedang berlangsung. Tak tahu la kenapa, tahun ni punya karnival sukan staf macam tak meriah seperti tahun-tahun yang lepas. Acara Bola Jaring Lelaki yang selalunya aku join tidak dipertandingkan tahun ini. Katanya takda penyertaan, entah betul entah tidak. Kalau ikutkan tahun-tahun sebelum ni, cuma satu zon jer yang tidak menghantar pasukan dan acara Bola Jaring Lelaki sangat meriah. Ada juga ura-ura yang berkata, Bola Jaring Lelaki tidak dipertandingkan tahun ni sebab, tahun lepas Zon Pusat Sukan kalah, sebab tu lah tahun ni, Pusat Sukan tidak menyenaraikan acara ni. Hehehe.. Harap-harap tahun depan dipertandingkan semula.

Satu lagi acara yang aku sentiasa join adalah Bola Tampar Lelaki. Tak tahu lah aper yang berlaku dengan pasukan Bola Tampar Lelaki Zon 6. Macam tak wujud jer, pemain-pemain lama tidak dipanggil bermain. Mungkin pengurus dah ada team yang bagus kot, sebab tu kami dilupakan. Ape-ape pon aku doakan yang terbaik untuk team.

Lagi satu acara yang aku join adalah Catur Campuran. Aku telah dilantik menjadi pengurus pasukan untuk tahun ni. Pertandingan telah dilangsungkan pada hari sabtu lepas. Malangnya, player lelaki sekor pon tak turun. Message langsung tak jawab, buat aku termanggu. Kalau tak dapat datang, bagitau la, jangan senyap jer. Akhirnya, aku terpaksa jadi player. Zon 6 cume dapat turunkan 2 daripada 3 player yang bertanding. Seperti yang dijangka, Zon 6 mendapat tepat pertama dari bawah dengan mengutip 5 mata sahaja. Aku rasa kami bermain dengan baik. Daripada 6 round yang dipertandingkan (3 player bermain setiap round), kami berjaya mendapat 1 mata di setiap round kecuali round terakhir. Itu pon kami bermain dengan 2 orang player di setiap round. Kalau kami full team, rasanya kami lebih mencabar. Ape-ape pon kami telah berusaha, setidak-tidaknya kami masih mampu memberi cabaran.


Peserta-peserta sedang khusyuk menyusun strategi masing-masing.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

2 comments

  1. salam.. lama dah tak main catur ni.. selalu main kat video game dulu2 kot rasanya.. tapi ok la, Manjer suka catur dari dam aji ke.. uhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      suke gak maen catur, tp kadang2 malas nak fikir. then selalunye kalau nak maen takde gang.. so maen online je lah, lawan komputer...

      Delete