24 March 2013

594 : Mari Menonton - The Groods

Berpeluang sekali lagi untuk menonton sebuah lagi filem terbaru di panggung. Kali ini aku telah menonton sebuah filem animasi yang bertajuk The Groods.

Pada suatu masa dahulu, atau dengan lebih tepat lagi, pada zaman batu, ada sebuah keluarga manusia purba yang terdiri daripada Eep (watak utama - anak perempuan), neneknya, ayahnya, emaknya, seorang adik lelaki dan adik perempuan. Mereka hidup dengan kehidupan primitif dengan memburu untuk mendapatkan makanan dan tinggal di dalam gua. Ayah Eep adalah seorang yang sangat sayangkan keluarganya dan sangat mementingkan keselamatan keluarganya. Dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan keluarganya selamat. 

Eep pula adalah seorang gadis remaja yang inginkan kebebasan tetapi dikongkong oleh ayahnya yg sangat primitif dan tidak mahu menerima perubahan. Pada suatu malam, Eep telah menyelinap keluar dari gua keluarganya dan secara tidak sengaja telah terjumpa Guy, seorang jejaka purba yang pada firasat aku dari spesis manusia purba yang laen (kalau tak silap aku, dua spesis manusia purba yang aku tau adalah Neanderthal iaitu manusia purba macam keluarga Eep dan spesis Cro-Magnon, spesis manusia purba yang lebih maju dari spesis Neanderthal yang telah berevolusi menjadi manusia moden seperti kita, opps... cukup pasal sejarah). Guy telah mengajak Eep untuk mengikutnya mengejar matahari kerana akan berlaku bencara di kawasan di mana Eep dan keluargnya tinggal. Cadangan Guy telah dibantah keras oleh bapa Eep kerana bimbang akan keselamatan Eep dan keluarganya. Akhirnya, keluarga Eep terpaksa mengikut Guy setelah gua tempat tinggal mereka musnah kerana gempa bumi.

Saksikanlah pengembaraan Guy, Eep dan keluarganya menuju ke arah matahari. Dapatkah mereka mengejar matahari itu? Saksikan di pawagam2 berhampiran anda. Selamat menonton.

Bagi aku, jalan cerita ini ringan dan mudah difahami. Aku terhibur menonton filem ini kerana banyak adegan yang melucukan. Rating yang bole aku berikan adalah 4/5 bintang. 


~Salam Sayang~

4 comments:

  1. Salam.. aritu anak ajak tgk bola kampung.. setelah sekian lama tak tgk wayang, layankan jerk.. sib baik anak pun ok jerk tgk wayang walaupun 1st time

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...

      hehehe... best ke bola kampung?

      Delete
    2. Ok la animasi malaysia bleh berkembang lagi kot.. cuma cerita dia mcm byk pengembaraan skit dari dia main bola..

      Delete
    3. hehehe... oklah tu.. sesuai untuk tontonan kanak2

      Delete