19 March 2013

593 : TV

 

TV atau televisyen sekarang ni bukan lagi satu barang elektrik yang kite bole anggap mewah. Kebanyakkan rumah di Malaysia ni, malah tak keterlaluan kalau aku katakan semua rumah di Malaysia ni mempunyai sekurang-kurangnya satu set tv. Itu belum lagi tv yang disambungkan dengan Astro, HyppTv, speaker sound system canggih dan sebagainnya. 

Kalau zaman aku kecik-kecik dulu, tv merupakan barang mewah. Tak semua rumah ada tv. Tapi aku tak berpengalaman duduk di rumah orang lain tengok tv beramai-ramai. Ayah aku bukannya kerja senang, tapi dia masih mampu membelikan kami tv kotak macam gambar kat atas tu. Masa ayah beli, dah ada dah versi tv kaler. Best sangat layan kartun tiap-tiap petang start pukul 5.30 petang. Masa tu siaran tv bermula pukul 5.00 atau 5.30 petang yang dimulakan dengan bacaan Al-Quran.  Sekarang ni tv 24 jam. Panjang usia tv kotak ayah aku tuh. Rasanya sampai besarlah kami masih lagi menonton tv kotak tu sebelum ayah membeli tv moden kecil, 14 inci kot.


Bila aku dah keje, aku cakap kat ayah dan mak yang aku nak beli tv baru. Mereka setuju jer since aku yang akan keluar duit. Bertemankan ayah ngan mak, hari sabtu selepas aku habis kerja, aku tunggu ayah ngan mak kat satu kedai elektrik sebelah Warta Lama Selayang. Kedai tu masih ada lagi sekarang ni. Akhirnya kami memiliki sebuah tv 29 inci jenama Sony dengan harga lebih kurang RM2,000++. Jakun jugaklah dibuatnya bila dpt tengok tv besar. Seingat aku, tahun 1998. 

Lama si Sony ni berjasa kepada aku. Sehingga kini, baru dua kali rosak. Itu lah bak kata bidalan, alah membeli menang memakai.


Alhamdulillah, ada rezeki aku datang bergolek. Niat di hati nak mengganti si Sony yang telah 15 tahun berjasa pada aku dan keluarga. Pada 10 Mac 2013, aku telah berjaya memiliki Samsung Smart TV 46 inci. Barulah aku dapat menikmati keindahan siaran berdefinisi tinggi walaupon aku dah lama subscribe Astro Beyond. Jakun jugak la bila boleh nampak semua noda-noda hitam di kulit muka pelakon tv tuh. Hehehe ...


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. wah dia punya lagi besarlah, numpang tgk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... alang2 beli yg besar dan canggih dan yang terkini di pasaran kan...

      Delete
  2. Salam Dekk afezz

    Nostalgia tv kotak tak berwarna...hehee tahun 70an...masa tu elektrik pun tak dak lagi. Bila masuk ja letrik terus tuk wan beli tv kotak...dapatlah kami 3 beradik tengok tv masa tuh. Kecik sangat lagi cuma ingat P Ramlee jer..itupun muka dia ja, tajuk filem tak tau pun.

    Sejak 16 tahun kawin baru 2 kali beli tv jenama sony jugak. Yang pertama rosak sebab 2 kali petir kuat, rumah sewa black out masa tu. Yang ada sekarang ni masih elok lagi baru sekali rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak shami

      masa dulu2 tu, ade gak tv kotak hitam putih. tak tau la tv sape yg letak kat umah tuh..

      Delete
  3. salam.. dulu Manjer merasa gak tgk tv lama cam gambar apiz tu.. nak alih siaran lain kena pusing, sekarang pakai remote jerk.. cun ar tv 46inci ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      tv kotak saya dulu moden sket, nak tukar cenel picit2 butang jer. remote?? ape tuh kan...

      cun ke? hehehe... terima kasih...

      Delete
  4. Salam,

    Saya hanya ada TV macam tuh tapi kecik je hehe
    tapi masih lum gantung lagi hehe
    jangankan astro, beyond pun takde haha
    syukur, alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam cik sinomosa

      esok lusa ade astrok beyong la tu... hehehe

      Delete