18 March 2013

592 : Dinner Bersama Kawan-Kawan

Sabtu lepas aku bersama dengan empat orang sahabat yang lain telah pergi ke Red Wok Restaurant Bangi untuk makan malam. Ada orang nak belanja, jadi kami pon makan dengan senang hati. Menu kami pada malam itu adalah Sizzling Steamboat. Ini merupakan kali kedua aku makan malam di restoran ini. Pertama kali dulu, tak ingat bila, aku makan malam di sini bersama keluarga.

Untuk menu Sizzling Steamboat, ada banyak bahan yang disediakan dari ayam, daging, ikan, udang, ketam, kepah hinggalah makanan lain seperti nasi dan mee gorang, spegetti, sayur campur, buah-buahan dan ais krim. All you can eat for RM33 per head. Malam itu, restoran penuh dengan pelanggan, tapi kami bernasib baek mendapat meja tanpa menunggu lama. Datang time peak hour memang la camtu. Dah nama pon All You Can Eat, kami pon belasahlah segalanya. Amik semua ayam, ikan, udang, ketam. Yang fish ball fish cake tu semua tak pandang dah. Amik yang sedap2 jer. Tapi bagi aku, yang paling sedap adalah spegeti ngan tembikai dia. Nyam3... Steamboat dia biasa-biasa jer.

Walaupon harganya agak mahal, tapi ia bukanlah steamboat yang sedap yang pernah aku makan. Cuma pilihan nya yang banyak dan makanan sampingan yang juga banyak. Kalau nak dibandingkan, Sizzling Steamboat kat Asapanas Selayang lagi sedap. Di Asapanas, ayam dan dagingnya telah diperap, ada yang diperap dengan rempah sate, black pepper dan sebagainya, tetapi di Red Wok, ayam dan daging semata tanpa perasa. Ape-ape pon, lain orang lain tastenya kan.


~ Salam Sayang ~

8 comments:

  1. Salam dekk afezz

    lain tukang masak lain pulak idea diakan...hehe
    psst asapanas tu kat mane tolong explain, teringin nak singgah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak shami

      itu lah pasal, laen tempat laen style
      asapanas tu dekat bandar baru selayang, dekat ngan stadium
      barisan bangunan pertama sebelah jalan besar
      kat situ klu tak naek harga RM19.90 sekepala

      Delete
  2. Salam,
    Gambar cantik! mcm boleh rasa kesedapannya. tapi kalau rasa ayam dll tanpa perasa apa2, rasa apa?
    oklah tu org belanjakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam ulfa

      cantik ke? hehehe.. gambar dari internet tu
      gambar yang diambil semua tak cantik...
      hehehe ...

      Delete
  3. assalamualaikum bro..

    aku tak reti makan ketam mcm tue...keras nk gigit hihihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam bro..

      kalau pakai gigi palsu baek jangan makan ketam, mau tercabut dibuatnya...

      Delete
  4. Salam piz.. teringat time mengandung anak pertama tak dpt nak makan steamboat time ngidam.. uhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer...

      siannya mengidap tapi tak dapat. skrg ni ngidam lagi tak? hehe ...

      Delete