586 : Mari Menonton - Jack The Giant Slayer

Hari Khamis lepas, sempat aku dengan seorang sahabat menonton sebuah lagi filem terbaru di pawagam yang berjudul Jack The Giant Slayer. Filem ini diadaptasi dari sebuah cerita dongeng kanak-kanak yang bertajuk Jack and the Beanstalk atau dalam bahasanya Jack Dengan Kacang Ajaib. Seperti yang diketahui ramai, cerita Jack and the Beanstalk mengisahkan bagaimana Jack, seorang kanak-kanak dari keluarga miskin, diminta oleh bapanya untuk menjual seekor lembu/kuda di pasar. Jack kemudiannya telah menjual kuda atau lembu itu dengan harga beberapa biji kacang yang dikatakan ajaib. Bapa Jack sangat marah dan membuang kacang-kacang tersebut ke luar rumah. Keesokan paginya, Jack dapati telah tumbuh pokok kacang gergasi yang sangat tinggi sehingga ke langit. Jack memanjat pokok kacang itu hingga ke langit dan bertemu dengan sebuah rumah yang didiami oleh gergasi. Jack kemudiannya mencuri harta milik gergasi itu dan di bawa pulang. Kemudian aku tak ingat aper yang terjadi sehinggalah Jack kantoi dengan gergasi itu. Gergasi itu mengejar Jack turun melalui pokok kacang gergasi itu. Jack kemudiannya menebang pokok kacang gergasi itu sebelum sempat gergasi itu sampai ke bawah, menyebabkan gergasi itu jatuh dan mati. 

Jack the Giant Slayer mengisahkan bagaimana Jack secara tidak sengaja telah menerima kacang-kacang yang dikatakan telah disihir dari seorang sami, dan telah membuka laluan dari bumi ke Gantua, dunia gergasi melalui sebatang pokok kacang gergasi. Untuk menyelamatkan seorang puteri raja yang terperangkap di Gantua, Jack telah menawarkan diri untuk turut serta menyertai pasukan penyelamat untuk naik ke Gantua dan menyelamatkan puteri raja tersebut. Dalam masa yang sama juga ada pihak yang cuba untuk memulakan perang antara gergasi dan manusia yang pernah terjadi sebelum ini. 

Dapatkan pasukan penyelamat yang disertai oleh Jack menyelamatkan puteri yang terperangkap itu. Adakah perang yang pernah terjadi antara manusia dan gergasi dapat dielakkan. Saksikan filem terbaru ini di pawagam berhampiran anda.

Bagi aku filem ni biasa-biasa sahaja. Jalan cerita yang mudah dan banyak efek canggih yang digunakan. Tidak membosankan kerana terselit beberapa adegan lucu. Rating boleh kiranya aku bagi 3.5/5 bintang. Selamat menonton.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

2 comments