27 February 2013

585 : Mari Menonton - Beautiful Creatures

Ahad lepas, on my birthday eve, aku dengan seorang sahabat telah berpeluang untuk menonton sebuah lagi filem terbaru di pawagam. Sebenarnya tak berniat pon nak menonton wayang pada hari tu, tapi since dan terlanjur ke Mid Valley, kami pon meluangkan masa untuk menonton filem ni, Beautiful Creatures.

Di sebuah pekan kecil bernama Gatlin, South Carolina, USA, tinggal seorang remaja bernama Ethan Wate yang memendam rasa untuk keluar dari pekan itu. Dia kemudiannya telah berkenalan dengan sorang gadis baru di pekan dan sekolahnya bernama Lena Duchannes. Walaupon baru di pekan itu, Lena amat dikenali kerana dia merupakan seorang ahli keluarga Ravenwood yang terkenal di pekan itu sebagai sebuah keluarga yang memuja syaitan. Sejak kehadiran Lena, banyak perkara aneh yang berlaku di pekan itu dan ramai yang menuding jari ke Lena bahawa dialah punca kejadian aneh tersebut. 

Ethan kemudiannya jatuh cinta kepada Lena dan mereka terus menjalinkan hubungan cinta walaupon dilarang oleh pakcik kepada Lena. Sepanjang percintaan mereka, Ethan telah mendapat tahu bahawa Lena merupakan seorang Caster (macam witch lah) yang mepunyai kuasa yang sangat kuat. Di luar pengetahuan Lena, Lena menanggung satu sumpahan yang disebabkan oleh kejadian yang menimpa keluarganya di masa lampau.

Dapatkah perhubungan cinta antara Ethan dan Lena dipertahankan ataupon sumpahan Lena itu akan memakan mereka berdua. Bagaimanakan jalan cerita cinta mereka seterusnya?

Bagi aku, cerita ini menarik, tetapi banyak sangat adegan bercakap2 yang membuatkannya agak membosankan. Kurang pulak adegan aksi atau pon lawan2 menggunakan kuasa sakti di antara Lena dengan watak2 jahat yang lain dalam filem tersebut. Kalau ade, mungkin cerita ini bertambah menarik. Bagi aku lah. Hehehe... Aku ratingkan filem ini 3/5 bintang.


~Salam Sayang~

2 comments:

  1. Salam.. lamanyer tak gi Mid Valley.. uhuu.. tak tgk JACK THE GIANT SLAYER ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      tak kuar lagi. klu tak silap kuar 28/2 nnt. mmg dah plan nak pi tgk... jom manjer

      Delete