581 : Mari Menonton - A Good Day To Die Hard

Semalam aku dengan seorang sahabat telah berpeluang untuk menonton sebuah lagi filem aksi terbaru di pawagam, A Good Day To Die Hard lakonan pelakon veteren handalan Bruce Willis. A Good Day To Die Hard adalah filem edisi ke lima filem Die Hard lakonan Willis yang mana aku hanya ingat filem Die Hard 4.0 saje. Seperti filem2 sebelumnya, filem ini padat dan penuh dengan adegan2 aksi.

A Good Day To Die Hard mengisahkan bagaimana McClaen, lakonan Willis, seorang polis telah pergi ke Moscow, Russia untuk membawa balik anak lelakinya yang terlibat dengan aktiviti  keganasan. Apabila berjumpa dengan anaknya, barulah dia mengetahui bahawa anaknya adalah seorang agen perisik CIA yang sedang bertugas untuk menyelesaikan kes letupan loji nuklear Chenobyl. Dengan tidak disengajakan, McClaen juga terlibat dengan kes ini walaupon dia sebenarnya sedang bercuti.

Bagaimanakan kisah ini selanjutnya? Biasalah kalau filem2 barat ni, hero mesti menang. Jadi McClaen telah berjaya membantu anaknya mengendalikan kes ini. Untuk menyaksikan filem ini sepenuhnya, kunjungilah pawagam2 berhampiran anda. Walaupon aku sendiri menyaksikannya di pawagam yang lebih kurang 30km dari rumah aku. Huhu..

Komen aku... i like. Penuh dengan aksi!! Tu je. Aku beri 4/5 bintang untuk filem ni.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

6 comments

  1. Dah tua pun berlakon cite aksi ek BRUCE WILLIS ni .. Kalau pelakon Msia umo 50 jerk dah kena jadi bapak-bapak jerk.. Hee..

    ReplyDelete
  2. ohhh..bruce willis is my hero hehehehe..aku suka watak dia berlakon dgn demi moore huhuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita aper ye dia berlakon ngan demi moore tuh?

      Delete