Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog saya. Tiada apa yang menarik di sini. Saya hanya menulis mengenai saya. Saya hanya menulis mengenai persekitaran saya. Saya hanya menulis tentang kehidupan saya. Jika anda minat cerita-cerita politik, maaf, saya tidak suka kepada politik dan saya tidak akan menulis mengenai politik. Jika anda peminat dunia hiburan, maaf, saya tidak suka dunia hiburan dan gosip-gosip artis dan saya tidak akan menulis mengenai dunia hiburan dan gosip-gosip artis. Apa yang saya tulis adalah mengikut kehendak akal dan hati dan tangan saya sahaja. Jika anda berminat, sila teruskan membaca posting-posting di dalam blog ini, jika tidak, anda bolehlah melayari laman-lama blog lain yang bersepah di alam siber ini.

Sekian, terima kasih.

21 January 2013

570 : Alhamdulillah, Masih Ada Yang Sayang


Alhamdulillah, aku telah dikurniakan sahabat yang amat aku senangi. Sudi membantu tatkala aku hampir rebah ke bumi. Sudi menghulurkan bantuan tanpa aku meminta. Sanggup bersusah payah kerana aku. Ucapan terima kasih tidak mencukup dengan apa yang kalian berikan kepada aku.

Sabtu lepas aku bersama sahabat2 telah pegi ke Taman Botani Putrajaya sekadar untuk beriadah. Sudah lama tidak melakukan aktiviti riadah ni, kalau keluar bersama pon, asik makan jer. Sungguh tidak sihat kan. Kami telah menyewa basikal, dan kami ronda2 satu taman bersama2 dengan riang dah gumbira.

Tiba2 aku berasakan sesuatu. Pandangan ku menjadi kabur walau bagaimanapu aku masih dapat berdiri dan berjalan. Aku menguatkan diri. Perut menjadi sebu dan tekak menjadi mual. Aku hanya terduduk, tidak mampu berdiri aper tah lagi bergerak. Sahabat yang tadinya bergelak jenaka menjadi risau melihatkan aku sudah mula pucat. Sahabat membantu setakat yang terdaya, mengurut2 belakangku dan akhirnya aku muntah mengeluarkan makanan yang aku makan pagi tadi. Aku ingin muntah beberapa kali selepas itu tetapi tiada apa yang keluar melainkan angin.

Sahabat mendesak aku menguatkan diri untuk menuju ke kenderaan. Aku menguatkan diri, mengayuh basikal dengan dibantu oleh sahabat. Sampai sahaja di tempat pemulangan basikal, aku segera ke tandas. Aku cirit birit, dalam masa itu juga aku muntah untuk kali kedua mengeluarkan makan yg aku ambil pagi tadi.  Aku meminta maaf kepada cleaner tandas itu, kerana aku terpaksa muntah di lantai. 

Selepas itu aku hanya mampu duduk di tembok berhampiran tandas itu. Badan terasa sangat lemah. Sahabat membelikan aku air 100plus memandangkan aku telah tiada tenaga lagi. Aku minum sedikit utk menggantikan kehilangan air oleh muntah dan cirit birit tadi. Beberapa minit kemudian, aku muntah lagi di luar tandas sambil disaksikan seorang budak lelaki yg curious nak tau aper yg terjadi. Aku menjadi sangat tidak berdaya. Aku cirit dan muntah sekali lagi selepas itu. Aku tidak berdaya, hanya terbaring di tembok berhampiran. Beberapa pertanyaan sahabat tidak aku hiraukan.

Sahabat memujuk aku untuk bangun menuju ke kereta untuk dibawa ke klinik. Seorang sahabat telahpon naek ke pejabat untuk meminjam kerusi roda. Aku minum sedikit air untuk menambah sisa tenaga yang ada, naik di atas kerusi roda  yang ditolak sahabat. Sebelum aku memasuki lif, aku telah muntah sekali lagi mengeluarkan air yang aku minum tadi. 

Di dalam kereta menuju ke klinik aku muntah lagi sebanyak dua kali. Aku menjadi amat tidak bermaya. Aku dibawa ke klinik di Bandar Tun Hussien Onn. Doktor yang melakukan pemeriksaan tidak dapat memastikan sebab sebenar aper yg berlaku tetapi beliau menjangkakan keracunan makanan. Doktor telah memberikan aku satu suntikan penahan muntah dan memberikan bekalan ubat. Doktor juga berpesan kepada sahabat aku, jika aku masih lagi muntah sehingga pukul 5.00 petang, mesti dibawa ke hospital. 

Aku hanya mampu terbaring dan menahan kesakitan di rumah sahabat aku. Aku muntah sekali lagi lebih kurang pukul 3.30 petang dan selepas itu aku tertidor. Aku terjaga lebih kurang pukul 5.00 petang dan aku merasakan lega sedikit. Setelah dipaksa, aku makan bubur yang dibeli oleh sahabat. Alhamdulillah aku berasa lega selepas itu.

Terima kasih kepada sahabat2 yang membantu aku tempoh hari. Pertolongan kalian kepada aku pasti dibalas sebaiknya oleh Allah.


~Salam Sayang~

6 comments:

  1. Alhamdulillah piz takde pe2 yg teruk.. Mungkin lepas ni perlu lebih jaga kesihatan dan pemakanan. Alhamdulillah juga piz ada sahabat yg begitu baik dan mengambil berat.. Mungkin juga dah sampai masa ada "INSAN" selain sahabat untuk menjaga apiz kerana usia kita akan semakin meningkat .. ♥♥♥ HEEEEEEE.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. mungkin ada la tu salah makan kat mana2 tu kan..

      Delete
  2. Replies
    1. insyaAllah... kene lebih berhati2 la skrg spy tak berlaku lagi...

      Delete
  3. Salam dekk afezz

    Semoga ikatan persahabatan bertambah erat lagi, kalu ada yang sesuai untuk dijadikan teman hidup eloklah tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... talian persahabatan sentiasa saya jaga

      Delete