568 : Semangat Yang Hilang

Bukan nak salahkan sesiapa, aku juga ada salahnya. Tapi aku rasa, semakin hari semangat untuk kerja tu dah berkurangan. Tiap2 pagi rasa macam berat jer nak pergi menunaikan tanggungjawab kepada diri sendiri. Kalau tak kerja, takde duit pulak. Komitmen makin banyak, nak bayar dengan ape plak nnt kan. Sekarang ni, hidup kat dalam hutan pon perlukan duit. 

Semangat oh semangat, kembalilah kepada ku. Bukannya aku tak suka aper yg aku buat sekarang, aku suka, aku senang dengan ape yang aku buat. Aku suka, aku senang dengan tempat kerja aku sekarang. Walaupon kadang2 stress, tapi stress itu tak la sampai stress mcm sekarang ni. 

Rasanya tak perlulah sampai mencari kerja lain. Bukan senang nak masuk sektor perkhidmatan awam. Rugi pula 12 tahun perkhidmatan sekiranya mencari kerja lain. Rasanya macam nak mintak transfer, bukan transfer ke jabatan perkhidmatan awam yang lain, cukup lah sekarang internal transfer. Tapi perasaan was2 tu ada. Macam mana kalau aku tak suke pula kerja di tempat yang baru? Macam mana pula kalau kerja lebih berat di tempat yang baru tu. Bermacam2 persoalan yang aku fikirkan dan akhirnya jawapan kepada persoalan2 itu bergantung kepada diri sendiri. Selagi langkah pertama tidak diambil, kite masih ditakuk lama. Suka atau tidak, diri sendiri yang menentukannya.

Ada yang mengatakan bahawa hidup ini ibarat roda, kadang2 kite di atas, kadang2 di tepi dan kadang2 di bawah. Bagi aku, aku rasa kehidupan kerjaya aku sekarang ni berada di bawah, setelah aku merasa kemuncaknya. Tak sangka plak begitu cepat roda aku bergerak. Aku harap, InsyaAllah roda aku juga cepat bergerak membawa aku ke atas semula.

Tak perlu rasanya aku menceritakan faktor penyebab kejatuhan semangat aku. Kepada yang sedia maklum, simpan saja untuk diri sendiri. Tak perlulah disebarkan kepada semua, ada perkara di dunia ini yang tak perlu semua orang tahu.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

14 comments

  1. Assalamualaikum Afeezz

    Firman Allah swt:
    Patutkah Manusia menyangka bahawa Mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami Beriman", sedang mereka tidak diUji (dengan sesuatu Cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terDahulu daripada mereka, maka (dengan Ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya Beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang Berdusta.
    (Al-'Ankabuut 2,3)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Atuk

      semoga ini semua adalah ujian pada saya....

      Delete
  2. ingat pesan ibu kita sentiasa kuat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus kuat dan tabah menempuhi segala rintangan
      insyaAllah semua aral bisa diatasi

      Delete
  3. Salam Piz.. Manjer percaya APiz seorang yg kuat.. MESTI KUAT!!! .. Take care ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer

      terpaksa menguatkan diri untuk diri sendiri

      Delete
    2. untuk diri sendiri dan org2 yang awak sayang dan menyayangi awak!

      Delete
    3. ya... untuk orang yang ku sayangi dan yang menyayangi aku juga... muahh

      Delete
  4. Salam

    Perkara biasa tu, walau apa pun masalahnya, sabar dan solat...insyallah semuanya akan kembali ceria...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      ambil iktibar aper yg berlaku, sabar dan solat serta berdoa. insyaAllah dipermudahkan segala urusan

      Delete
  5. Salam anakanda,

    Orang selalu kata sabar...
    org lain tak akan mengerti kita...
    Hadapilah...dan jangan kecewa dgn hidup!
    Moga berbahgaia hendaknya doa byk2.Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...
      kate orang, live life to the fullest.. kan (betul ke?)

      Delete
  6. Sama la kita, saya plak merasakan yang Allah memang tak bagi apa yang saya mintak.....sedih dan semangat saya betul2 hilang. kadang2 bila dikenangkan saya akan menangis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggap lah tu sebagai cabaran dan dugaan dari Allah
      ada hikmah disebaliknya
      insyaAllah

      Delete