30 November 2012

553 : Tahniah

 

Tahniah kepada Encik Hafizan bin Pal @ Affal di atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 Universiti Malaya. Segala jasa dan sumbangan anda kepada kecemerlangan Universiti Malaya amatlah dihargai.


~Salam Sayang~

29 November 2012

552 : Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show (MAHA 2012)

Semalam petang selepas waktu pejabat sempat jugak aku ke MAHA 2012 di Serdang. Setelah beberapa tahun MAHA ni diperkenalkan, baru itu pertama kalinya aku menjejakkan diri ke ekspo tersebut. Bagi aku memang menarik. Disebabkan pergi selepas waktu pejabat, maka tak banyak yang dapat aku jelajahi. Kata orang, kalau nak pergi ke semua pertunjukkan yang ada, kite perlukan satu hari atau lebih. Memang betul kata orang tuh. Aku cume sempat ke kawasan pameran dan perjualan buah2an dan bunga2an sahaja. Itu pon aku dah rasa sangat teruja. Masuk ke dewan B2 dan Agrobazaar, kebanyakkan booth telah ditutup memandangkan waktu pon sudah pukul 9.00 malam lebih. Niat di hati, hari Sabtu nanti nak datang kembali. Nak beli sepasang anak kambing yang kuit. Hahaha...

 Kawasan MAHA 2012 dari kejauhan di waktu malam


Kawasan perjualan dan pameran bunga orkid 


Kawasan perjualan dan pameran buah-buahan. Durian all-you-can-eat only for RM9/pax


~Salam Sayang~

27 November 2012

551 : Terkenang Semasa Dahulu - Terkunci Di Luar Rumah Di Negara Orang

Mendapat ide untuk menulis entry ini setelah membaca entry dengan tajuk yang serupa di sini. Bila baca teringat pula kejadian yang sama telah menimpa diri pada tahun 2008 semasa aku pergi melawat kakak dan keluarganya di Nottingham, England.

Tak ingat tarikh tepat hari itu. Pada hari kejadian, kakak telah meminta pertolongan aku untuk menarik tong sampah dari belakang rumah ke kawasan yang telah ditetapkan kerana malam itu adalah malam pungutan sampah. Tak sama macam kat Malaysia ni, waktu pungutan sampah di sana adalah pada waktu malam dan tong sampah perlu dikeluarkan dan diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan. Kalau tak, memang pekerja sampah tu takkan angkat sampah kite. 

Nak dijadikan cerita, pada pikiran aku yang kerja itu boleh diselesaikan dalam beberapa minit saje, maka aku keluar rumah hanya berbaju t-shirt sehelai, seluar track dan berselipar berbunga2 siap dengan bling2 lagi (selipar kakak aku). Manakala kakak aku pulak siap berbaju tebal. Sebaik saja kakak aku menutup pintu, baru dia sedar yang dia tidak membawa kunci bersama. Pintu dia tu dah lah jenis canggih, tutup jer terus terkunci. Kami menyelesaikan dulu tugas yang dirancang. Kemudian kami mengetuk pintu rumah kerana anak2 kakak aku berada di dalam rumah. Tiada jawapan. Aku dah kesejukan di luar, menggigil kesejukan aku. Kami pergi ke belakang rumah pula dan mengetuk tingkap ruang tamu kerana di situlah anak kakak aku sedang menonton Hanna Montana di laptop. Tiada jawapan juga. Mungkin kerana dia memakai earphone, sebab tu lah dia tak dengar. Sudah....

Kakak aku kata, kalau macam ni terpaksalah tunggu sampai suami dia balik dari kerja pukul 12.00 malam nanti. Mak ai.. mati kesejukan lah aku macam ni. Tiba2 kakak aku teringat rumah sekeluarga rakyat Malaysia yang tinggal selang 5-6 rumah dari rumahnye. Kami bergegas ke rumah itu, nasib baik tuan rumah ada. Kami dijemput masuk kerana kesejukan dan kakak aku meminta izin untuk meminjam telefon. Kakak menelefon rumahnya dan bernasib baik anaknya yang berusia 6 tahun menjawap panggilan telefon tu. Setelah memberikan arahan kepada anaknya supaya mengeluarkan kunci melalui lubang surat di pintu, kami segera meminta diri. Akhirnya kami dapat juga masuk ke rumah setelah bersejukkan di luar. Alhamdulillah.. heheheh...

Inilah rumah kakak aku semasa di Nottingham, England


~Salam Sayang~

26 November 2012

550 : Oh My English ... - Part III

Kelas Bahasa Inggeris untuk Certificate  Of Proficiency In English Language Course, Level Upper Intermediate telah pon bermula minggu lepas. Maka dengan ini bermulalah sesi aku menghadiri kelas dua kali seminggu hingga ke akhir tahun ini dan tiga kali seminggu bermula tahun depan hinggalah ke bulan Februari tahun hadapan. Nak tak nak terpaksa juga hadir kelas2 tu, kalau tak mungkin akan dikenekan tindakan tatatertib. Hehehe....

Kelas pertama minggu lepas agak membosankan. Mungkin kerana kelas pertama kot, cikgu dan anak murid masih malu2. Menurut cikgu yang mengajar, kelas ini akan menumpukan kepada aspek perbualan, maka dalam setiap kelas mesti ada latihan perbualan dan percakapan macam public speaking, conversation dan sebagainya. Berabuk jugak lah bile aku kene cakap masa kelas kertama tu, tonggang langgang ayat dibuatnya. Hehehee..

Kelas kedua jumaat lepas agak menarik. Semuanya dah serasi nampaknya dan bila kene turn bercakap, semuanya dah tak malu2. Belasah jer.. kalau salah cikgu akan betulkan. Ape2 pon harap kelas ni akan menjadi lebih menarik. Klu tak, mati kutu aku nak menunggu kelas terakhir Februari 2013 nanti. 

Till then...


~Salam Sayang~

19 November 2012

549 : Oh My English ... - Part II

Saat berduka telah berlalu, yang pergi itu kite redhakan dia pegi. InsyaAllah, dia telah bergembira bersama Penciptanya. Kita yang masih hidup, perjuangan perlu diteruskan. 

Baru jer nak bersenang-senang tiba2 dapat e-mail mengatakan bahawa aku harus menghadiri kelas2 bahasa inggeris anjuran Universiti Malaya sebagai salah satu langkah meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan staf agar ranking Universiti Malaya di dalam world ranking dapat dipertingkatkan. 

Seperti yang telah aku ceritakan sebelum ini (di sini), kelas2 untuk Beginner dan Intermediate telah hampir ke kemuncaknya. Maka dengan itu bermula minggu ini, Kelas Advance pula akan dimulakan. Kelas aku akan bermula pada hari Rabu, 21 November 2012. Kelas2 akan diadakan setiap Rabu dan Jumaat sehingga akhir tahun ni. Pada tahun hadapan pula kelas akan dijalankan tiga kali seminggu setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu sehingga Februari 2013.

Pagi ni punya la teruja nak pi kelas. Sampai2 opis terus check e-mail nak tengok kelas kat mana. Pastu ingatkan kelas start kol 9.00 pagi, rupa2nya kelas start pukul 3.00 petang, hehehe. Pastu entah macam mana, terlintas plak nak tengok jadual tu lagi sekali. Rupa2nya kelas aku start hari Rabu, bukannya hari ini. Huh... sib baek la start kol 3.00 petang, klu start pukul 9.00 pagi, sure2 aku dah pegi kelas pagi ni. Sib baek kan...

Until then, wish me luck.


~Salam Sayang~

17 November 2012

548 : Al-Fatihah Buat Ibu

 

Al-Fatihah buat ibu. Siksa ibu di dunia telah Allah ringankan dan Allah telah memanggil ibu kembali dengan aman pagi semalam lebih kurang pukul 11.30 pagi. Pergilah ibu menghadap Maha Pencipta. Kami lepaskan ibu pergi dengan sendu dan air mata. Tiada lagi bicara antara kita, hanyalah doa yang kami panjatkan kepada Yang Esa untuk ibu tersayang. Bahagialah ibu di sana sehingga kita diketemukan semula. Kami merindui ibu. Rumah ini sepi tanpa ibu...


~Salam Sayang~

16 November 2012

547 : Undangan Ke Majlis Perkahwinan

Hehehe... Anda diundang ke majlis perkahwinan, tetapi bukan perkahwinan saya ye. Hujung minggu ni aku ade 3 undangan ke majlis perkahwinan. Tak tahulah samada dapat memenuhi kesemua undangan tersebut. Terima kasih kerana mengundang dan mohon maaf sekiranya tidak dapat memenuhi undangan kalian. 

Hari Sabtu, 17 November 2012, ade dua undangan. Satu dari seorang kakak yang akan mengahwinkan anak lelakinya di Semenyih. Kenal kakak ni semasa bertugas di Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya pada tahun 1999. Satu lagi undangan dari seorang rakan yang juga dikenali di Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya lebih kurang pada tahun yang sama, yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya di Shah Alam.

Kemudian, pada Ahad, 18 November 2012 pula aku telah menerima jemputan ke majlis perkahwinan adik kepada seorang rakan sepejabat yang akan dilangsungkan di Kampung Malaysia Tambahan.

Selamat Pengantin Baru kepada kesemua mempelai. Semoga berbahagia ke anak cucu cicit bagai. Murah rezeki dan diberkati Allah hingga ke akhirnya. Amin.

Aku bila lagi?


~Salam Sayang~

12 November 2012

546 : Movie Marathon - Ajiboy dan Skyfall


Semalam berpeluang untuk menonton 2 filem terbaru di pawagan secara berturut2. Baru tonton 2 filem bole ke nak claim movie marathon? Hehehe....


Filem pertama yang telah ditontoni semalam ada sebuah filem komedi tempatan yang bertajuk Ajiboy. Sesekali kene gak menyokong industri filem tempatan, walaupon tak berminat sgt nak menonton filem2 tempatan ni. Huhu...

Ajiboy mengisahkan bagaimana Ajiboy telah dilantik oleh bapanya sebagai pengurus untuk menguruskan sebuah taman tema. Dalam masa itu, Ajiboy telah berjaya menyelesaikan masalah yang berlaku di taman tema tersebut. Apekah masalah tersebut dan bagaimanakan Ajiboy menyelesaikan masalah2 tersebut? Untuk itu, saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda.

Bagi aku macam biasalah, tak berminat sangat filem2 tempatan. Pada awalnya jalan cerita ini agak slow dan membosankan. Sempat gak lah terlelap sekejap dalam panggung. Hahahah. Rating aku untuk filem ini, 2.5/5 bintang. Bagi markah kesian. Hahaha...


Filem kedua yang ditonton selepas menonton filem Ajiboy semalam adalah filem James Bond yang bertajuk Skyfall. 


Sebenarnya aku bukan lah peminat filem2 James Bond ni, tetapi apabila Encik Daniel Craig memegang watak James Bond dalam filem Casino Royale, aku terus berminat untuk menonton filem2 James Bond selepas itu.  

Skyfall bagi aku agak mengecewakan, tidak seperti filem2 James Bond lakonan Encik Daniel Craig di dalam Casino Royale dan Quantum Of Solace. Terlalu kurang adegan aksi kalau ada pon amatlah biasa saja. Terlalu banyak pula adegan cakap2 yang membosankan. Sempat jugaklah melelapkan mata seketika. 

Skyfall mengisahkan bagaimana MI6, iaitu Unit Perisikan Rahsia United Kingdom telah diserang dan digodam oleh pengganas. Beberapa dokumen rahsia juga telah dicuri oleh pengganas dan telah menyebabkan maklumat2 rahsia mengenai ejen2 MI6 terbongkar. Apakah yang diminta oleh pengganas tersebut? Bagaimanakah pula James Bond menangani masalah ini. Saksikan di pawagam2 berhampiran anda. Hehehe...

Rating aku untuk filem Skyfall adalah 3/5 bintang.


~Salam Sayang~

07 November 2012

545 : Makan Free

Alhamdulillah, masih ada lagi yang sudi belanja kami makan. Semalam, seorang opismate telah sudi menjamu kami dengan nasi lemak sotong sebagai sarapan pagi . Sempena hari lahir dia katanya. Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. InsyaAllah.

Nasi lemak sotong dan telur goreng gerai di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya

Tengahari hari ini pula, ada makan-makan di opis sempena meeting yang akan diadakan petang nanti. Dah menjadi tradisi kat opis ni, kalau nak diadakan meeting, mesti akan dimulakan dengan lunch. Ape2 pon, terima kasih boss. Menu kami tengahari tadi adalah, nasi putih, kari ketam dan ikan bawal goreng. Minuman sendirian berhad. Kenyang, alhamdulillah.

Nasi putih dengan kari ketam dan ikan bawal goreng, Kolej Kediaman Za'ba, Universiti Malaya


~Salam Sayang~

02 November 2012

544 : Butuh Lebih Sering Liburan? - Part II

Akhirnya dapat juga aku memenuhi kebutuhan itu, walaupon hanya pada tahun hadapan tetapi ianya sangat berbaloi. Terima kasih kepada Air Asia kerana membuat promosi tambang murah minggu lepas. Tidak mahu aku melepaskan peluang itu sebab aku ni bukan berpeluang sangat untuk pergi bercuti, lebih2 lagi yang international. Makanya, sempena promosi yang dilangsungkan itu, aku telah berjaya memilih destinasi international dengan kadar tambang RM92 seorang sahaja.

InsyaAllah, kalau tak ada aral aku dan beberapa orang sahabat akan berliburan dari 2 hingga 6 September 2013. Tak sabar rasanya kami menunggu tarikh itu. 

Cuba teka yang gambar tu gambar kapalterbang negara mana? Dan ke sanalah aku akan berlibur nanti.


~Salam Sayang~