30 October 2012

543 : Ibu - Part II

Alhamdulillah, semalam ibu telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL. Agak lega sedikit bila mengetahui keadaan ibu tidaklah seperti berita yang aku terima semalam. Di ICU, semalam aku dapat melihat ibu seperti tenang walaupon dia dalam keadaan tidor. Aku juga sempat memegang kakinya yang sejuk. Syukur kepada Allah, ibu dapat melepaskan derita sakitnya walaupon sekejap.

Aku juga bersyukur ibu ditempatkan di ICU. Keadaan di sini jauh lebih baik dari wad sebelumnya. Di sini, perkembangan ibu akan dipantau dengan baik oleh kakitangan ICU yang bertugas. Terima kasih kepada mereka semua. InsyaAllah, kalau beginilah keadaannya, ibu bole sihat kembali walaupon tidak sepenuhnya.

Bukannya nak kata ape, wad yang lama tu, aku rasa aku yang sihat ni pon bole sakit kalau dok lama2. Selepas ICU ini, aku harap ibu akan dipindahkan ke wad yang lebih selesa.

Terima kasih juga aku ucapkan kepada sahabat2 yang sedia mengambil berat tentang ibu. Ada juga yang bersusah payah mengirim itu dan ini sebagai ikhtiar lain bagi kesihatan ibu. Aku hanya boleh bersyukur kerana aku masih lagi dikurniakan sahabat2 seperti mereka. Terima kasih kepada semua. Jauh di sudut hati, aku berfikir, bolehkan aku melakukan perkara yang sama kepada mereka? InsyaAllah.


~Salam Sayang~

29 October 2012

542 : Ibu

Sudah lebih seminggu ibu dimasukkan ke dalam wad di HKL. Keadaan ibu semakin hari semacamnya semakin tidak menunjukkan perubahan. Ibu hanya terlantar di katil, mata terpejam seakannya tidur tapi aku tak tau aper yang bermain di fikiran ibu. Kata2 ibu sukar untuk difahami, tetapi kami terus setia melayan ibu selagi hayatnya masih dipinjamkan Allah.

Hampir setiap hari kami menerima khabar tidak baik mengenai ibu. Pasrah dengan ketentuan itu. Segala usaha yang terbaik telah kami lakukan, tetapi semua itu terserah kepada yang Maha Kuasa. Biaca kami dengan ibu hanyalah dalam doa yang dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.

Satu SMS diterima hari ni, asking us to be prepared for the worse. Dalam ketenangan menerima pesanan itu, aku sedih, aku sebak. Sedih mengenangkan apakah dugaan yang perlu ditempuhi ibu dalam keadaan ibu sudah tidak berdaya menerima bebanan itu. Tetapi aku perlu tabah menerima ketentuan ini. Namun aku tidaklah tabah seperti yg aku sangka, air mata aku bertakung di kelopak mata di saat aku meluahkan perasaan aku di sini. Tidak aku izinkan ia menitis.

Aku berdoa agar Allah mengasihani ibu, kurangkan sakitnya, kurangkan dugaannya dan kurangkan bebanannya jika tidak menyembuhkan sakitnya. Jika Kau lebih menyayanginya Ya Allah, aku redha, aku izinkan Kau menjemputnya menemuiMu, tetapi jemputlah dia dengan mulia, sebagaimana Kau menjemput tetamu2Mu ke rumahMu. Sesungguhnya Ya Allah, tidak sanggup aku melihat ibu menderita.

25 October 2012

541 : Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat berkorban kepada semua pengunjung blog aku. Ampun dan maaf dipohon, zahir dan batin jika masih ada salah dan silap aku secara sengaja atau tidak yang menyentuh rasa kalian. Semoga semua bergembira di hari raya.

Tahun ini tidak seperti tahun2 sebelumnya. Raya tahun ini nampaknya aku akan berhari raya di hospital. Esok genaplah seminggu ibu di tahan di wad Hospital Kuala Lumpur. Walaupun pada zahirnya keadaan ibu nampak semakin baik, tetapi ibu masih belum stabil. Hanya doa yang dapat aku panjatkan untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu selebihnya aku hanya mampu pasrah dengan ketentuanNya. Sempena kemuliaan 10 Zulhijjah ini, aku doakan yang terbaek buat ibu. InsyaAllah....


~Salam Sayang~

22 October 2012

540 : Aku Menaip Untuk Diri Sendiri

Di zaman-zaman IT ni buat aper pon semua bole pakai komputer, pakai laptop, pakai tablet, pakai henfon dan ntah bole pakai aper lagi kite pon tak tahu. Nak buat surat, nak beli barang, nak apply itu dan ini semua bole dibuat dengan mudah, dengan sekali klik sahaja semua kerje selesai. Terima kasih kepada teknologi. 

Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang ini, rasanya kite bakal kehilangan satu kebolehan kite. Sedikit demi sedikit kite melupakan kebolehan ini dan aku rasa sikit masa lagi, kite langsung tidak akan menggunakan lagi kebolehan ini. Sekarang ni pon aku rasa aku makin meninggalkan kebolehan ini. Tapi, tak tahu lah kan, masa depan kite tak bole nak tengok, tak bole nak ramal. 

Apa korang rasa akan jadi pada kebolehan menulis korang sekarang ni? Masih rajinkan untuk menulis menggunakan tangan? Atau masih boleh kah korang menulis menggunakan tangan? Aku rasa 'Aku Menulis Untuk Diri Sendiri' perlu diubah, menjadi 'Aku Menaip Untuk Diri Sendiri'.

Dalam bidang tugas aku di pejabat, aku masih lagi memerlukan kebolehan menulis menggunakan tangan. Ni ade sedikit gambar, tulisan buruk aku. Hehehe...

Ade sesuatu yg pelik dalam gambar ni? Dapatkan korang mengenalpasti
kepelikkan tersebut?







~Salam Sayang~

18 October 2012

539 : Kad

Ini adalah koleksi kad pelajar dan kad pekerja yang aku pernah ada. Tak sangka plak aku masih lagi menyimpan kad pelajar yang rasanya dah 15 tahun aku tinggalkan alam pengajian di sana. Rasanya ada sentimental value bile dah simpan lama-lama. 

Ini adalah kad pelajar semasa aku bergelar pelajar Institut Teknologi Mara di dalam pengajian Diploma Pengajian Bank. Masa tu kene campak ke ITM Cawangan Arau, Perlis. Terasa jauhnya dicampak ketika itu. Memulakan pengajian pada semester Julai 1994 dan berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada Jun 1997 dengan CGPA melebihi 3.0. Alhamdulillah.


Ini adalah kad pekerja aku semasa berkhidmat dengan Sime Bank Berhad. Ini merupakan jawatan pertama aku selepas menamatkan pengajian dari ITM. Selepas menempuhi tiga temuduga pelbagai jawatan di bank dan institusi kewangan lain, aku diterima bertugas sebagai Sub Executive Office di bank ini pada tahun 1998. Tetapi tidak bertahan lama dan aku meletak jawatan pada bulan ke enam selepas bertugas di sini atas sebab-sebab peribadi. Bank ini kemudiannya di ambil alih oleh RHB Bank pada tahun yang sama dan nama Sime Bank Berhad berkubur bersamanya. 

Ini adalah kad pelajar aku semasa bergelar pelajar Institut Teknologi Mara di dalam bidang pengajian Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)(Kewangan). Memula sesi pengajian pada tahun 1999 secara Pengajian Jarak Jauh. Setelah beberapa tahun menjalani pengajian ini, aku rasakan yang aku semakin hari semakin jauh untuk menamatkannya. Keinginan untuk meneruskan pembelajaran semakin hari aku rasakan semakin pudar dan akhirnya aku meninggalkan pengajian aku ini.    
Ini pula adalah kad pelajar aku semasa bergelar pelajar di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Master in Business Administration. Oppsss.... hahahah... Bukan lah. Ini adalah kad pekerja aku sebagai seorang penjawat awam di Universiti Malaya. Memulakan tugas di Universiti Malaya pada tahun 1999. Dua tahun bertugas secara kontrak dan telah memegang jawatan tetap sejak tahun 2001. Pada 15 November 2012 akan datang maka genaplah 13 tahun aku berkhidmat dengan Universiti Malaya. Alhamdulillah... Rezeki aku di sini.



~Salam Sayang~

17 October 2012

538 : Butuh Lebih Sering Liburan?

Sekarang ni aku sedang menterujakan diri untuk pergi bercuti, walaupon takde plan lagi nak ke mana-mana sehingga akhir tahun ini dan tahun depan. Rasa macam nak sangat pegi bercuti, penat dah dok kat KL ni menjalani kehidupan rutin yang amat membosankan. Pegi keje, tapi takde keje nak dijalankan, balik umah pon takde keje nak dibuat. Hehehe... Dah letih tak buat keje gamak nye. 

Tahun 2012 ni rasanya banyak jugak aku menjalankan aktiviti bercuti ni. Bulan Februari lepas telah ke Kuching. Kemudian ade pula ke Terengganu dan Kuantan pada awal bulan Mei dan ke Pulau Pinang pula pada akhir bulan Mei. Pada bulan Julai, aku telah bercuti di Lumut dan Pulau Pangkor. Dan aku telah ke Johor pada awal bulan September dan pada akhir September aku sekali lagi telah ke Terengganu dan Kuantan. Tapi rasanya macam tak puas, nak lagi pergi bercuti. Tapi nak ke mana ya? Kene tunggu Air Asia wat promosi tambang murah dulu baru bole rancang mau bercuti ke mana. Niat di hati nak pergi international plak. Harap2 tercapai lah hasrat aku ni. InsyaAllah...


~Salam Sayang~

15 October 2012

537 : Mari Menonton - Taken 2

Semalam aku berpeluang untuk menonton sebuah lagi filem terbaru di pawagam iaitu filem Taken 2. Bagi sesiapa yang pernah menonton filem Taken lakonan Liam Neeson ini, Taken 2 merupakan kesinambungan kisah dari filem Taken yang pernah ditayangkan beberapa tahun lalu yang penuh dengan adegan aksi.

Filem Taken mengisahkan bagaimana Kim, anak kepada Bryan Mills seorang bekas agen CIA telah pergi ke Paris untuk bercuti. Semasa berada di Paris, Kim telah dicolek oleh satu sindikit perdagangan manusia untuk dijadikan pelacur. Dengan usaha sendiri, Bryan telah pergi ke Paris untuk mencari anaknya. Dengan kepakaran dan pengalaman nya sebagai seorang agen CIA, Bryan telah berjaya menyelamatkan anaknya daripada dijual sebagai pelacur setelah merempuhi pelbagai rintangan.

Di dalam filem Taken 2 pula, bapa kepada seorang ahli sindiket perdagangan manusia itu ingin menuntut bela ke atas kematian anaknya yang telah dibunuh oleh Bryan. Beliau telah  mengikuti Bryan yang sedang bercuti di Istanbul bersama bekas isteri dan anaknya. Di Istanbul, 'orang jahat' itu telah berjaya menangkap Bryan dan isterinya. Dengan bantuan anaknya, Bryan berjaya meloloskan diri tetapi isterinya masih lagi bersama 'orang jahat' itu. Bryan kemudiannya terus menjejaki dan memburu mereka yang telah mencolek isterinya sebagai tebusan untuk menbunuh Bryan. 

Bagaimanakah kisah seterusnya? Dapatkan Bryan menyelamatkan diri dan isterinya? Kepada yang berminat, saksikanlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

Bagi aku, aku filem ini memang memenuhi citarasa aku kerana penuh dengan adegan aksi. Permulaannya agak slow tapi pertengahan dan pengakhiran filem ini membuatkan aku teruja. Rating aku untuk filem ini, 3.9/5 bintang. Selamat menonton.


~Salam Sayang~

09 October 2012

536 : Niat Di Hati Nak Mengular, Last-Last Terjumpa Ular

Kenapa plak ni? Kereta rosak ke?

Kalau kereta rosak, takkan sampai Pegawai Keselamatan pon nak datang.

Owh... ini sebabnya.

Seekor ular telah dijumpai di dalam enjin kereta salah seorang staf di pejabat aku

Balai Bomba Pantai dihubungi. Kenderaan bomba dan Jabatan Pertahanan Awam
sampai dengan segera. Sedang menganalisa keadaan

Pasukan Bomba dan Pertahanan Awam segera bertindak. Berbaju biru sedang 
menonggeng itu seorang wanita. Berani sungguh dia. Cayalah...

Bertungkus lumus mengeluarkan ular tu. Susah gak nak mengeluarkannya

Ular sedang ditarik keluar

Masih lagi ditarik keluar.. panjang betul ular ni

Ini lah ular tersebut

Ular perlu dimasukkan ke dalam bakul ini segera.

Bukan senang nak masukkan ular tu dalam bakul ni

Ular tersebut telah berjaya ditangkap

Yeah.... Kami telah selamat

Terima kasih kepada abang-abang dan kakak-kakak Bomba dan
Pertahanan Awam yang membantu kami.


~Salam Sayang~

08 October 2012

535 : Belajar - Belajar Lah Buat Sendiri !!

Kadang-kadang la orang kat opis ni macam dah naek lemak. Semua nak suruh orang buatkan dengan alasan tak reti nak buat. Kalau dulu aku ni macam rajin-rajin juga la nak tolong, tapi kalau dah selalu 'nak mintak tolong' hatta benda yang sesenang2nya pon nak suruh aku buat, sape yg tak hangat. Macam kuli plak ko buat aku. Sorry... ko buat la sendiri. 

Sekarang ni aku mengambil jalan mudah, kalau orang mintak tolong sesuatu yg aku rasa diaorg bole atau patut buat sendiri, aku akan cakap 'buat la sendiri, klu asik nak harap orang buatkan, sampai bila pon tak reti nak buat'. Pedas? Takde la pedas sangatkan, biasa jer kata2 aku tuh.

Ade satu kes ni, seorang staf mintak tolong aku semakan draf surat yang dia buat. Aku ok jer, semak la aper yang patut dan wat pembetulan mana yang aku fiikirkan perlu. Lepas tu aku pulangkan kepada setaf berkenaan. Pastu dan2 staf tu cakap, 'tolong taipkan bole tak?' Tersentak dengan itu aku dengan hormatnya terus berkata, 'tu... komputer sana takde orang guna, taip sendiri...' Staf itu kemudiannya tersipu2 menaip sendiri suratnya. Bole plak.. saje jer malas kan...

Petang ni plak ada sorang staf datang kat aku minta aku untuk key-in kan kerja lebih masa nya. Aku dengan sopan dan ayunya berkata, 'buat sendiri, jangan nak harap orang buatkan jer, sampai bila pon takkan pandai buat'. Staf tu terus berlalu sambil gelak2, dan aku wat2 bodo jer ngan borang yang dia bagi. Terus campak atas tray, kalau dia nak duit, sila buat sendiri.


~Salam Sayang~

03 October 2012

534 : Mari Menonton - Hotel Transylvania

Mari menonton sekali lagi. Kali ini berpeluang untuk menonton sebuah filem animasi terbaru di pawagam berjudul Hotel Transylvania. Kepada yang tidak tahu, Transylvania yang terkenal dengan lagenda vampire dan dracula itu merupakan sebuah daerah yang terdapat di dalam negara Romania. Tetapi tidak pula aku ketahui kesahihan lagenda vampire dan dracula itu. 

Hotel Transylvania mengisahkan bagaimana kasih sayang seorang bapa kepada anaknya mengatasi segala-galanya. Untuk melindungi anaknya dari anasir jahat di luar (manusia lah tu), Count Dracula telah mendirikan sebuah hotel khas untuk hantu-hantu. Walau bagaimanapun, perasaan ingin tahu anaknya mengenai dunia luar dan manusia amat tinggi. Count Drac terpaksa menggunakan pelbagai helah untuk mengelakkan anaknya dari keluar dari hotel itu.

Pada suatu entah macam mana, ade seorang pemuda telah datang ke hotel itu. Untuk mengelakkan kekacauan berlaku di hotelnya, Count Drac terpaksa untuk menyamarkan pemuda itu dan membenarkan dia tinggal di hotel tersebut.

Bagaimanakan kisah seterusnya? Saksikan di pawagam2 berhampiran anda.

Bagi aku, pada permulaannya filem ini agak slow sampai aku bole tertidor dalam panggung. Cerita ini menjadi lebih menarik menuju ke penghujungnya. Banyak adegan2 lucu dan lawak ditonjolkan. Boleh aku berikan rating 3.5/5 bintang untuk filem ini. Sesuai ditonton untuk semua golongan masyarakat.


~Salam Sayang~

01 October 2012

533 : Kemalasan Tahap Gaban

Berikut adalah kemalasan saya yang telah mencapai peringkat gaban. Oleh yang demikian, jangan lah marah saya kerana saya malas....

No. 3

Mencuci Kereta a.k.a Mencuci WoTonG

Cukup malas untuk mencuci kereta sendiri ape tah lagi kereta orang lain walaupon kereta tu dah tak rupe kereta pon. Hatta nak menghantar cuci di kedai pon malas, bukannya mahal... RM10 jer. Teruk betul kan.


No. 2

Meng'iron' baju

Dek kerana tahap kemalasan peringkat gaban untuk meng'iron baju, makanya almost setiap hari aku pakai t-shirt ke pejabat. Senang, t-shirt tak payah susah2 nak iron. 


No. 1

Shaving

Hahaha... tak tau lah aper nak jadi, shaving pon aku malas. Itu la pasal kadang2 aku nampak serabai macam golongan gelandangan jer. Sampai pagi ni pon ade opismet wanita tanya, 'apasal En. Apis tak buang ni' (sambil memegang dagunya yg licin itu). Ade suatu ketika dulu berniat nak simpan janggut macam Osama bin Laden, tapi bile tengok hodoh dan selekeh giler aku masa tu, aku pendamkan saja niat aku tuh. Sekarang ni pon misai, janggut dan jambang dan panjang macam org tak betul. Tolong shavekan? Hehehe...

Ermmm... aper la nak jadi, gaban pon takde ini macam malas....


~Salam Sayang~