26 September 2012

532 : Mari Menonton - Dredd

Ahad lepas seorang sahabat telah mengajak aku menemannya ke Ikea kerana dia hendak membeli sesuatu. Memandangkan aku tiada apa2 urusan pada hari tersebut, maka aku pon bersetuju untuk meneman beliau. Oleh kerana kami telah tahun untuk membeli apa, maka kami terus sahaja ke tempat barang tersebut, memilih dan terus membuat pembayaran. Tak larat rasanya nak berjalan2 dalam keadaan yang sesak dengan manusia di sana. Tak tahu lah aper yang mereka cari, sesak sahaja Ikea ni kan. 

Memandangkan hari masih muda kami membuat keputusan untuk menonton wayang. Tak tahu filem aper yang tengah top sekarang, tengok sahaja filem mana yang awal dan available. Akhirnya kami beli tiket untuk filem Dredd. Aku pernah menonton filem ini suatu ketika dahulu. Tajuknya ketika itu adalah Judge Dredd lakonan Slyvester Stallone tapi konsep ceritanya masih sama.

Dredd mengisahkan bagaimana Dredd seorang hakim bersama seorang anak didiknya telah diperangkap oleh satu kumpulan jahat yang ingin membunuhnya di dalam sebuah bangunan yang tidak mempunyai jalan keluar. Senangkan sinopsis filem aku ni.. hehehe..

Filem ni penuh dengan adegan aksi dan ganas. Tidak sesuai untuk tontonan kanak2 bawah umur. Tapi aku suke. Aku bole bagi rating 3/5 bintang untuk filem ini. Untuk cerita selanjutnya mengenai filem ini, boleh lah tonton di pawagam2 berhampiran anda.


~Salam Sayang~

24 September 2012

531 : Selamat Datang Ke Pusat Perubatan Universiti Malaya

Sudah diketahui seantero UM bahawa Lembaga Pengarah Universiti Malaya di dalam Mesyuaratnya yang bertarikh 5 September 2012 telah bersetuju agar pentadbiran Klinik Kesihatan Pelajar Universiti Malaya di letakkan di bawah pentadbiran Pusat Perubatan Universiti Malaya. Walau bagaimanapun urusan kakitangan masih di bawah urusan Universiti Malaya. Maklumat lanjut mengenai perkara ini masih di dalam perbincangan pihak atasan.

Sejak2 perkara ini tersebar, bos nampaknya sibuk menyalahkan itu dan ini dan sedang berusaha untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Lebih2 lagi apabila premis Klinik Kesihatan Pelajar ini juga bakal di pindahkan di kawasan PPUM, satu kawasan yang memang mempunyai seribu satu bagai masalah. Bagi kami kakitangan pula mempunyai seribu satu macam persoalan memandangkan kami tidak tahu menahu sepatah haram pon dan tidak ada siapa yang nak update kami mengenai perkara ini. Ada bos pon, katanya dia tak tahu. Masakan dia tak tahu, takkan lah UM buat mesyuarat tak jemput dia sedangkan perkara ini berkaitan langsung dengan Klinik Kesihatan Pelajar. Atau bos sengaja menyembunyikan sesuatu dari kami dan seperti biasa menyalahkan orang lain. Ape2 pon, kata2 bos memang tak boleh dipakai. Kami ada orang dalam kami sendiri dan maklumat dari beliau sangat boleh dipercayai. Hari Rabu ni ade perjumpaan dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atas usaha kakitangan sendiri untuk membincangkan mengenai perkara ini. Tak tahu lah aper maklumat terkini yang TNC HEP akan sampaikan. Harap2 sesuatu yang positif. 

Bagi aku pulak, aku tidak sedih atau marah dengan perkara ini. Malah dalam hati aku, aku gembira. Paling buat aku gembira bile khabarnya, perubahan pentadbiran ini juga akan turut melibatkan pertukaran bos. Yahoo.....


~Salam Sayang~

20 September 2012

530 : Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Bulan Zulkaedah

Semalam telah diadakan Majlis Jamuan Hari Raya peringkat opis aku. Ini merupakan kali kedua jamuan seumpamanya diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2012 ni. Jamuan yang pertama telah diadakan pada akhir bulan lepas dan rata-rata staf tidak puas dengan jamuan super ringkas yang disediakan. Disebabkan itu, satu lagi jamuan telah diadakan semalam yang disambut sederhana tapi meriah. Kenyang perut makan mee sup, sate, nasi impit, baked macaroni dan macam2 lagi. Alhamdulillah dan terima kasih kepada kakitangan yang sudi menyumbang untuk jamuan ini.

 
 
Kemeriahan dan kegembiraan staf yang menghadiri jamuan ringkas ini

 
 Sebahagian juadah yang disediakan


~Salam Sayang~

19 September 2012

529 : Jalan - Jalan Akhir Syawal

Hujung minggu lepas juga merupakan hujung minggu yang memenatkan bagi aku, penat tapi amat menyeronokkan bila dapat meluangkan masa bersama sahabat-sahabat yang amat aku senangi.

Penghujung minggu lepas aku telah memenuhi jemputan undangan raja sehari seorang kawan di Gambang, Kuantan Pahang. Terlajur ke Kuantan dan dalam masa yang sama cuti Hari Malaysia, kami telah memanjangkan langkah kami ke Paka, Terengganu.

Add Image
Pantai Paka yang saujana mata memandang

Perjalanan kami bermula dari Selayang lebih kurang pukul 10 pagi. Perjalanan kami santai sahaja dan kami tiba di Paka lebih kurang pukul 3.30 petang. Kami check-in di sebuah hotel bajet di sana. Berehat sebentar kemudian kami keluar semula lebih kurang pukul 4.30 petang untuk memenuhi jemputan rumah terbuka kawan kepada salah seorang sahabat aku. Rumahnya tidak jauh dari tempat kami menginap. Kami dijamu dengan nasi dagang yang penak dan mee soto di samping juadah2 ringan yang laen. Kenyang perut kami yang sememangnya belum lagi makan tengahari. Lebih kurang pukul 6.00 petang kami meminta diri. Terima kasih kepada tuan rumah.

Nasi Dagang yang penak

Kami kemudiannya menuju ke pantai Paka. Menuju ke kedai tepi pantai yang pernah kami lepak dahulu untuk menikmati ketupat sotong. Alhamdulillah, ketupat sotong ade disediakan. Disamping itu kami juga turut menikmati kepenakan keropok lekor dan air kelapa muda. Cuaca petang itu sangat baek, sesuai untuk melepak tepi pantai walaupon takde orang pon yang mandi manda di pantai itu.

Ketupat sotong kedai tepi pantai Paka

Selepas matahari terbenam, kami menuju pula ke pasar malam di pekan Paka. Sekadar jalan2 cari pasal jer. Takde ape pon yang dibeli kerana perut sudah pon kenyang dan tiada ape yang menarik untuk dibeli. Kami kemudiannya sepakat untuk pulang ke hotel penginapan kami untuk berehat.

Pasar malam Paka

Keesokan harinya, kami check out lebih kurang pukul 9.00 pagi dan perjalanan kami diteruskan ke Felda Kerteh 6 ke rumah salah seorang daripada sahabat aku ni. Dah terlanjur sampai ke sini, tidak molek pula kalau tidak menziarahi ibunya. Kami dijamu dengan nasi lemak yang penak dan beberapa jenis kuih2 tradisional melayu. Kenyang perut bersarapan pagi ngan nasi lemak yg penak. Terima kasih mak (eh... hehehe). Lebih kurang pukul 11.00 pagi kami bergerak meninggalkan Felda Kerteh 6 menuju ke Gambang untuk memenuhi undangan ke majlis perkahwinan pula. Kami telah singgah di Kuala Kemaman untuk membeli sedikit keropok untuk dibawa pulang. Kami juga menikmati keenakan sata yang ada dijual di situ. Nyam3...

Nasi lemak mak Siti

Sata Kuala Kemaman

Kami tiba di rumah pengantin lebih kurang pukul 2.30 petang setelah mengalami sedikit kesesatan. Majlis yang nampaknya sederhana tetapi meriah. Buah tangan yang diberikan juga mewah. Hidangan yang disediakan juga agak mewah, dengan daging, kambing dan ayam. Kami makan (lagi) dahulu sebelum berjumpa dengan pengantin. Sebenarnya aku sedikit malu nak jumpe dengan pengantin tu, sebab ini merupakan kali pertama aku jumpe dia face to face. Sebelum ni hanya berhubung melalui sms dan fesbuk jer. Kawan tu pun agak terkejut melihat aku hadir ke majlis dia, hehehe... ape2 pon, diucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia Ke Akhirnya, InsyaAllah.

Lebih kurang pukul 4.00 petang kami bergerak meninggalkan Kuantan.


~Salam Sayang~

14 September 2012

528 : Selamat Hari Malaysia


SELAMAT HARI MALAYSIA

Aku sayang Malaysia, aku cinta Malaysia
Semoga Malaysia sentiasa aman dan damai
Dijauhkan dari malapetaka dan bencana
Allah Selamatkan Malaysia


~Salam Sayang~

13 September 2012

527 : Dari Segamat Ke Kluang Dan Kota Tinggi

Minggu lepas juga merupakan minggu yang memenatkan bagi aku lagi. Jauh perjalanan aku menjelajah selatan tanah air. Ingatkan hanya ke Segamat, akhirnya sampai ke Kota Tinggi pula.

Mengikut perancangan asalnya, hanya untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan kepada sahabat aku di Chaah, kemudian kami akan jalan2 sekitar kawasan itu atau beraya ke rumah kawan2 kepada sahabat aku tuh. Bermalam semalam di Yong Peng dan pulang keesokan harinya.

Tetapi perancangan itu telah bertukar bila parent kepada sahabat aku tu juga datang ke majlis perkahwinan kawan sahabat aku tu yang juga merupakan jiran mereka semasa mereka menetap di sini. Makanya, parent sahabat aku tu telah mengajak kami semua berhari raya di rumah saudara mara mereka. Jadi petang itu kami telah berhari raya di dua buah rumah saudara sahabat aku tuh. Makan memang kenyang. Tak keluar belanja untuk makan langsung sepanjang hari kami di sana.

Keesokan harinya pula, seawal 8.00 pagi kami telah check-out dari penginapan kami di Yong Peng menuju ke Kluang, rumah seorang lagi saudara kepada sahabat aku tuh. Kami bersarapan pagi di sana, save duit utk sarapan pagi kami di sana. Kemudian, dengan konvoi 4 buah kereta kami ke Felda Bukit Aping, Kota Tinggi untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara sahabat aku tuh. Makan lagi nampaknya, murah betul rezeki kami pada hujung minggu tu. Alhamdulillah.

Menjelang awal petang, kami bergerak meninggalkan Kota Tinggi pulang ke Kuala Lumpur. Kami singgah di Ayer Hitam untuk shopping tapi aku tak beli aper pon, sekadar windows shopping jer. Tapi terbeli la gak beberapa jenis barang, hahahaha.



~Salam Sayang~

11 September 2012

526 : Hujung Minggu Yang Memenatkan. Perjalanan Dari Selayang Ke BTHO Ke Bukit Jalil Ke UPM Ke Keramat AU Ke BTHO Ke Fun Fair Ke Bukit Broga Ke BTHO K

Sambungan tajuk : e Nilai Ke Port Dickson Ke BTHO Ke Selayang Ke Cheras Utama Ke Bandar Tasik Selatan Ke BTHO Ke Jusco Cheras Selatan Dan Kembali Semula Ke Selayang (Bahagian Terakhir)


2 September 2012

Menjelang tengahari aku balik semula ke Selayang untuk mandi dan tukar pakaian. Tak merancang pon untuk bermalam di rumah sahabat aku malam semalam, kalau tidak sure aku dah bawak baju spare banyak2. Hari ini, aku akan memenuhi dua undangan ke rumah terbuka. Satu di Taman Cheras Utama, rumah seorang kawan sepejabat dan satu lagi di Bandar Tasik Selatan rumah seorang rakan blogger (blogger ker?).

Usai solat Zuhur, kami meneruskan perjalanan kami ke undangan pertama. Kami sampai tepat pada masanya. Kawan2 yang laen ramai yang ada termasuklah boss. Hidangan yang disediakan agak mewah, beriyani berlaukkan ayam masak merah dan kurma daging, mee bandung, pemanis mulut dan macam2 lagi. Makan selagi bole, kene rasa semuanya. Emmm... penak. Kami lepak seketika sebelum meminta diri untuk memenuhi undangan berikutnya.

Undangan kedua di Bandar Tasik Selatan. First time untuk datang ke rumah sahabat ni. Tak berapa tahu kawasan Bandar Tasik Selatan ni. Dengan menggunakan GPS, kami tiba di Bandar Tasik Selatan. Segera menelefon sahabat yang menjemput tu untuk mendapatkan lokasi sebenar rumah beliau. Alhamdulillah, selamat sampai tanpa sebarang kesesatan. Hidangan yang disediakan juga mewah, nasi ayam dan laksa sarawak. Sorry ek tuan rumah, saya habiskan agar-agar yang sedap tu. Hehehe... Kami tiba juga tepat pada masanya. Ramai teman2 blogger yang ada. Dapatlah beramas mesra setelah sekian lama tak jumpe. Kami meminta diri setelah agak lama kami menghabiskan makanan di situ.

Kami balik semula ke rumah sahabat aku tu kerana ade sahabat laen yang ajak makan McD plak. Ermm... makan lagi kite.


Elaira : Woi... ekau lopeh makan tak roti2 nak basuh pinggan
kek dapor tuh? Poie... sebolom eden sosah ekau...



~Salam Sayang~

07 September 2012

525 : Hujung Minggu Yang Memenatkan. Perjalanan Dari Selayang Ke BTHO Ke Bukit Jalil Ke UPM Ke Keramat AU Ke BTHO Ke Fun Fair Ke Bukit Broga Ke BTHO K

sambungan tajuk : e Nilai Ke Port Dickson Ke BTHO Ke Selayang Ke Cheras Utama Ke Bandar Tasik Selatan Ke BTHO Ke Jusco Cheras Selatan Dan Kembali Semula Ke Selayang (Bahagian KeDua)

1 September 2012

Seawal 4.oo pagi ada di antara kami yang telah bangun. Aktiviti pagi ni akan bermula agak awal. Kami akan mendaki Bukit Broga di Semenyih. Sebenarnya, tak merancang pon nak daki bukit tu, tetapi ada seorang sahabat lain yang mengajak, maka kami semua bersetuju untuk mendaki bersama. Pukul 5.30 pagi kami meneruskan perjalanan kami ke Bukit Broga dan tiba lebih kurang pukul 6.15 pagi. Walaupon keadaan masih gelap, tetapi pengunjung sangat ramai, macam ada pesta keramaian plak.

Denai perjalanan ke puncak agak mencabar, tanah berpasir dan berlubang-lubang. Ditambah dengan keadaan yang masih gelap kami perlu lebih berhati2 agar perkara yang tidak diingini berlaku. Memandangkan Gunung Nuang pernah ku tawan, aku memandang rendah kepada Broga, akhirnya aku tewas. Tak sampai ke puncak Broga pon. Di pertengahan perjalanan aku mengambil keputusan untuk berpatah balik. Rupe2nya, daripada kami berlima, cume seorang yang menuju puncak, yang laen semua berpatah balik. Hehehehe...

Permandangan kehijauan di Bukit Broga

Wajah-wajah gumbira mereka yang berjaya menawan Broga.. Hehehe

Menjelang tengahari kami kembali ke BTHO. Bersiap2 untuk memenuhi undangan rumah terbuka boss kepada sahabat aku di Nilai. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan dan kami sampai ke tempat yang dituju tanpa kesesatan. Terus menikmati hidangan yang disediakan, nasi beriyani. Terlalu kenyang pula tak sempat nak merasai kepenakan mee kari dan laksa yang turut disediakan. Terima kasih kepada tuan rumah. Aktiviti kami pada hari itu diteruskan. Kami menuju ke Port Dickson untuk piknik dan berehat. Kami telah memilih port berhampiran Ilham Resort. Tak berapa ramai pengunjung pada petang itu dan air laut sedang pasang ketika itu. Kami berehat sambil makan bekalan yang dibawa sebelum kami memulakan aktiviti pantai, mandi manda. Kami lepak di sama sehingga matahari terbenam.

Sunset di Port Dickson

Kami bergerak pulang lebih kurang pukul 8.15 malam. Kami mampir di Telok Kemang untuk makan malam. Malangnya makan malam kami sangat tidak sedap, tasteless dan terasa amat rugi makan di sana. Lembab jangan cakap lah. Disebabkan perut yang telah lapar, kami telan jer lah.

Perjalanan pulang kami dimeriahkan lagi dengan permainan yang kami reka sendiri pada malam itu. Sehingga tidak sedar kami telah tiba di BTHO lebih kurang pukul 11.00 malam.

...bersambung

04 September 2012

524 : Hujung Minggu Yang Memenatkan. Perjalanan Dari Selayang Ke BTHO Ke Bukit Jalil Ke UPM Ke Keramat AU Ke BTHO Ke Fun Fair Ke Bukit Broga Ke BTHO K

sambungan tajuk : e Nilai Ke Port Dickson Ke BTHO Ke Selayang Ke Cheras Utama Ke Bandar Tasik Selatan Ke BTHO Ke Jusco Cheras Selatan Dan Kembali Semula Ke Selayang. (Bahagian Pertama)

Baca tajuk entry ni pon dah penat, ape lagi badan yang menanggungnya. Ade gak la rasa nak pitam, tapi ku gagahi jua tubuh ini untuk berjimba2 selama 3 hari 2 malam bersama sahabat2 yang amat aku senangi.

Perjalanan aku bermula pada hari Jumaat, 31 Julai 2012 dari Selayang ke rumah sahabat aku di BTHO seterusnya kami ke Bukit Jalil memenuhi undangan open house. Sedap makanan yang dihidangkan, malangnya tak dpt makan banyak. Kuew teow goreng dan laksam yang dihidangkan sangat penak. Terima kasih kepada tuan rumah. Aku dan sahabat aku kemudiannya meminta diri dan terus ke Masjid UPM untuk bersolat Jumaat. Selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke Keramat AU, ke rumah seorang lagi sahabat untuk mengambil pavlova yang telah ditempah. Kemudian kami balik ke BTHO untuk berehat dan menunggu dua orang sahabat lagi untuk kembali ke BTHO.

Malam hari pula, lebih kurang pukul 10 malam, kami telah ke Fun Fair berhampiran dengan Aeon Cheras Selatan. Memang kegemaran kami berjimba2 di Fun Fair. Pantang ade Fun Fair, mesti kami akan singgah. Cume malam itu, nasib kurang baek, tak dpt banyak hadiah yg best2. Heheheh ...


Hidangan Rumah Terbuka di Bukit Jalil ~ Laksam itu sangat lazat


Pavlova by Ixalicious hadiah untuk birthday seorang sahabat


Berjimba2 di Fun Fair...


bersambung...