27 August 2012

523 : Mari Menonton Di Hari Raya

Minggu lepas berpeluang untuk menonton dua filem terbaru di pawagam2 seluruh negara bersama dengan sahabat2 yang sangat aku senangi. Filem pertama yang ditonton adalah filem The Expendables 2 lakonan pelakon2 hebat seperti Stallone, Jet Li, Jason Statham, Bruce Willis, Arnold Susah-nak-eja dan ramai lagi. Sama seperti filem The Expandables sebelum ni, filem ini memang padat dengan adegan aksi, tembak menembak, lawan-lawan dan bunuh-bunuh.

Filem The Expendables 2 ini mengisahkan bagaimana Barney Ross dan ahli kumpulannya telah menerima tugasan untuk mendapatkan satu barang sulit dari sebuah kapal terbang yang telah ditembak jatuh di Albania. Setelah berjaya mendapatkan barang itu, barang itu telah dirampas pula oleh orang jahat yang akhirnya menggunakan barang itu untuk kepentingan peribadinya. Apakah barang tersebut dan berjayakan Barney Ross dan sahabatnya mendapatkan semula barang tersebut? Saksikan aksi2 yang akan dipamerkan oleh kumpulan ini di dalam filem penuh aksi ini.

Bagi aku filem ini memang best, padat dengan adegan aksi dan ganas dan tidak sesuai untuk tontonan kanak2 bawah umur. Tak rugi untuk kalian menyaksikannya. Rating, 4/5 bintang.

Filem kedua pula yang aku berpeluang menyaksikannya semalam adalah filem The Dinosaur Project.

Filem ini mengisahkan bagaimana sekumpulan saintis dari UK telah memulakan ekspedisi ke Congo untuk mencari bukti kewujudan haiwan prasejarah di kawasan itu apabila pihak media telah menggembang-gemburkan berita tersebut. Adventure mereka bermula apabila helikopter yang mereka gunakan telah diserang oleh sekumpulan haiwan yang tidak dikenalpasti sehingga terhempas ke kawasan hutan pedalaman. Dalam usaha mencari jalan keluar, pelbagai perkara aneh telah berlaku kepada kumpulan tersebut dan mereka juga telah berjaya mendapatkan penemuan2 bukti kewujudan haiwan prasejarah di kawasan itu. Apakah yang berlaku selanjutnya kepada kumpulan tersebut? Dapatkan mereka keluar dari kawasan yang asing itu?

OK.. sinopsis dengarnya memang best filem ni, tapi indah khabar dari rupa. Hahaha... Filem ini menggunakan teknik filem melalui handy cam, oleh yang demikian, terlalu banyak pergerakan dalam filem ini sehingga memeningkan kepala aku dan terlalu banyak gambar2 yg tak sepatutnya (contoh : orang berlari kamera tunjuk gambar tanah dan kaki). Alangkah baeknya kalau filem ini menggunakan teknik penggambaran biasa, mesti lebih menarik.

Aku tak tau filem ni macam ini rupenya, kalau tau sure tak pi tonton. Lebih baek tonton Bourne Legacy hehehehe.... Rating aku, 2/5 bintang sahaja.


~Salam Sayang~

21 August 2012

522 : Aidilfitri 2012


Keluargaku


Rasanya masih belum terlewat untuk mengecapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Raya kan sebulan, maka masih sempat memberikan ucapan selamat.

Seperti tahun2 sebelum ini, aku berhari raya di Kuala Lumpur sahaja. Siapa kata beraya di KL tak seronok? Seronok ke tidak itu terletak kepada hati masing2. Kalau kite dicampak ke Mogadishu, Somalia sekalipun, kalau kite berasa seronok, maka seronok lah kita berhari raya di Mogadishu. Yang penting kita dapat menyambutnya bersama keluarga yang tercinta dan rakan2 yang kita senangi.


Menjelang Hari Lebaran

Tahun ini kakak dan adik berhari raya di sini. Gamatlah juga rumah dengan anak2 mereka yang lima orang itu. Sebelum ni, rumah sunyi jer, bila datang mereka... waduh... macam tongkang pecah dibuatnya. Ape2 pon aku terhibur dan kadang2 bingit gak mendengarnya. Sehari sebelum raya tu, persiapan juadah hari raya rancak dilakukan oleh kakak dan adik, seperti biasa mak menjadi supervisor nye. Menu kami untuk hari lebaran adalah nasi impit, kurma ayam, kuah kacang dan sambal tumis udang petai. Rendang pula akan disediakan oleh kakak ipar. Menjelang berbuka, semuanya sudah sedia. Menjadi tradisi, kami berbuka dengan juadah yang telah disediakan itu. Malam hari pula, ada rombongan takbir oleh jemaah2 dari surau berhampiran.


Hari Lebaran Pertama

Bersolat Sunat Aidilfitri di surau berhampiran. Jemaah begitu ramai seperti tahun2 sebelumnya sehingga ada yang bersolat di tempat yang disediakan di atas jalan raya. Ramai rupanya penduduk asal Kampung Selayang Indah ini. Selesai solat, aku terus balik... malas pulak nak mendengar khutbah Hari Raya, opss...

Di rumah aku bersarapan dengan apa yang ada, kemudian aku mengambil tugas hakiki aku pabila raya, iaitu memotong nasi impit. Dah menjadi tugas aku, maklumlah, aku sahaja yang bole memotong nasi impit itu dengan cun dan comel sekali. Hehehe... Kami kemudian bersalam2an seluruh keluarga, memohon maaf dan memberi duit raya kepada yang layak menerima, dan mengambil gambar kenang2an.

Tetamu datang agak ramai, budak2 anak siapa ntah, jiran2, sahabat handai dan juga saudara ku. Alhamdulillah.


Hari Lebaran Kedua

Hari Raya kedua ni aku tak ke mana2. Duduk di rumah sahaja. Budak2 nak datang beraya pon aku tak layan... har har har....


~Salam Sayang Lebaran~

17 August 2012

521 : Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kepada semua sahabat maya dan tidak maya yang sentiasa memberi sokongan kepada AMUDS sejak penubuhannya. Saya menyusun jari 10 di tangan dan di kaki sekiranya ada (sememangnya ada) salah dan silap saya samada percakapan, perbuatan, penulisan yang menyinggung hati dan perasaan kalian. Sesungguhnya saya adalah manusia yang tidak kebal dari melakukan kesalahan. Semoga ukhwah berkekalan. Bergembiralah di Hari Lebaran tidak kira di mana jua kalian berada.

Salam Sayang dari Afeezz.

15 August 2012

520 : Kuih Raya Yang Diorder Sudah Sampai

Hehehe... Kuih2 raya yang aku order sudah sampai. Meriahlah raya ini tahun dengan kuih2 raya yang penak dan pelbagai jenis. Beli tak banyak, sekadar cukup2 makan jer untuk mengelakkan pembaziran. Tapi beli sikit pon, tengok2 kat umah nanti berlambak2 plak kuih raya. Ye lah, abang bagi sikit, kakak bagi sikit, adik bagi sikit, makanya jadi banyak lah.


Koleksi kuih raya aku tahun ini.


(1) Samprit (2) Tat Nenas


(3) Tak ingat plak apa namanya (4) London Almond


~Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Sayang~

13 August 2012

519 : Selamat Berpuasa - Post-Iftar Bersama Geng Buaya

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke 24 kita berpuasa. Puasa aku masih terpelihara, belum lagi terkantoi sama ada sengaja atau tidak. Hampir2 terkantoi ada lah.. huhu. Diharap aku dapat menghabiskan baki2 Ramadhan tahun ini dengan sempurna dan penuh keberkatan, InsyaAllah.

Semalam sempat berbuka puasa bersama dengan Geng Buaya yang amat aku senangi. Perancangan awalnya hendak berbuka di Asapanas Bistro Barbecue & Steamboat Bandar Baru Selayang, malangnya tempahan telah penuh untuk waktu berbuka pada petang itu. Terpaksalah menukar rancangan, kami pergi makan selepas berbuka puasa. Makanya, untuk berbuka puasa petang itu, kami telah berbuka di rumah aku secara ringan2 sahaja. Selepas itu, barulah kami enjoy makan di Asapanas... nyam3...



Asapanas Bistro Barbecue & Steamboat


~Salam Sayang~

09 August 2012

518 : APC = Adenomatous Polyposis Coli ?

Gambar Hiasan

Setelah mendapat Sakit Perut Chronic (SPC) tahun lepas, tahun ini aku mendapat pula Adenomatous Polyposis Coli (APC). Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan. Terima kasih kepada yang sudi mencalonkan dan memilih aku untuk mendapat anugerah ini setelah 10 tahun berkhidmat dengan perkhidmatan awam.

Seawal pagi hari sabtu lepas aku telah menerima sms yang mengganggu tidorku dari seorang rakan yang mengucapkan tahniah kepada aku kerana menerima anugerah ini. Aku yang tengah blur masa tu membalas seadanya, 'siapa dpt apc?' Rakan itu pon segera membalas, 'awak ler, tak check ke?' dan perbualan itu berlanjutan... hari selasa bila aku masuk opis semula, maka ramailah yang mengucapkan tahniah kepada ku dan tak kurang pula yang cuba mengepow aku. Hehehe... InsyaAllah ....

Ape2 pon, syukur Alhamdulillah.



~Salam Sayang~

07 August 2012

517 : Selamat Berpuasa - Shopping-Shopping Raya

Semalam Negeri Selangor bercuti sempena Nuzul Al-Quran. Tapi aku yg keje di kawasan KL ni pon sibuk2 amik cuti semalam, kunun2 nak shopping sempena raya. Tup-tap-tup-tap, tak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut hari kemenangan. Menangkah kite? InsyaAllah, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Tahun ni macam tahun2 sebelumnya, shopping list aku untuk raya tak panjang. Cadanganya cume nak cari t-shirt jer pasal stok t-shirt yang ada sudah lusuh dan tidak cantik lagi. Baju Melayu nampaknya pakai yang lepas2 punya, masih ada 6 pasang dalam almari aku tersusun rapi dan indah. Cume disentuh 2 kali setahun. Jadi tidak perlu lah menghabiskan wang bonus pemberian kerajaan ke arah itu.

Perancangannya nak cari di Parkson, Alamanda tetapi takde yang berkenan di hati walaupon sehelai daripada beribu2 helai yang dipamerkan. Bagi aku, susah nak mencari t-shirt yang berkenan di hati. Kadang2 terpikir di hati, siapalah designer baju2 ni?... buruk bebenor. Lagi satu yang aku tak berkenan, kebanyakkan t-shirt2 lelaki ni mesti ade logo jenama sebesar alam kat dada. Perlu ke nak letak sebesar2nya. Contoh yang ketara kalau kite tengok baju2 Polo, mesti ade logo kuda sebesar alam kat belah tetek kiri. Hehehe... Makanya, takde yg aku berkenan di Alamanda, aku pulang dengan tangan kosong.

Kemudian kami memanjangkan langkah ke Mid Valley pulak. Alhamdulillah, jumpa juga t-shirt yang aku berkenan dengan tawaran harga yang menarik. Aku terus rembat 2 helai pada harga tak sampai RM80, malas dah nak cari yang laen. Cukup lah dapat 2 helai ni.

Ape yang aku lihat di Mid Valley.

  1. Deko sempena hari raya yang tersangat ringkas, tidak sehebat seperti tahun2 sebelumnya. Adakah pihak pengurusan Mid Valley sedang mengamalkan langkah berjimat cermat?
  2. Sesuatu yang menarik yang aku rasakan tak pernah aku lihat ditempat laen sebelum ni - ada pengumuman waktu berbuka puasa dibuat melalui pembesar suara seluruh kompleks
  3. Surau sentiasa penuh dengan generasi muda yang menunaikan solat. Walaupon di kota metropolitan Kuala Lumpur yang penuh dengan pancaroba, generasi muda kita masih terpelihara solatnya. InsyaAllah.. jangan dalam bulan puasa ni jer ek...


~Salam Sayang~

05 August 2012

516 : Selamat Berpuasa - Iftar Dan Jalan TAR

Semalam aku telah menjemput beberapa orang sahabat untuk berbuka puasa di rumah aku. Since takde siapa yang nak memasak juadah untuk berbuka puasa, makanya tetamu2 aku tu lah yang terpaksa memasak. Kami telah keluar dalam pukul 12.00 tengahari untuk mencari bahan2 mentah untuk dimasak petang nanti. Kami telah mencari di Pasar Tani Selayang dan NSK Selayang. Agak banyak jugak lah yang dibeli, tak tau plak aku mereka nak masak ape.

Dalam pukul 4.00 petang, sahabat2 wanita telah mula memasak. Punya lah teruja memasak sampai ada yang telah menghiris jari sendiri. Terpaksalah ade diantara kami yang menjadi doktor merawat sahabat yang cedera itu. Tapi semangat untuk menyediakan juadah berbuka puasa tetap diteruskan. Petang itu kami telah berbuka dengan ikan cencaru dan ikan kembung bakar, masak lemak tauge dan tauhu, ayam goreng kunyit, tauhu goreng cicah sambal kicap dan sambal totok. Disamping itu ada juga buah2an dan kuih muih. Alhamdulillah, mewah jugak makan malam itu. Kenyang sampai ke pagi. Terima kasih kepada sahabat yang sudi menyediakan juadah itu.

Setelah solat maghrib dan berehat seketika, lebih kurang pukul 10.00 malam kami telah pergi ke Jalan TAR. Tak tau la ape yang diaorang nak cari kat sane, aku follow jer. Macam biasa la, Jalan TAR macam kem pelarian, ramai dan penuh sesak dengan manusia. Semua dengan tujuan masing2. Berlaga2 bontot, teraba itu dan ini dalam kesesakan ni dah menjadi perkara biasa. Orang pon macam dah tak kesah, raba lah... i rela... hahahah. Benda2 biasa je lah yang dijual kat sini, semuanya berasaskan hari raya. Tapi aku takde pulak membeli ape2. Takde mood plak nak shopping dalam keadaan macam ni. Sahabat aku sorang jer yang sempat membeli sehelai seluar.

Pukul 12.00 tengah malam kami meninggalkan Jalan TAR, tak larat dah nak menempuh keadaan itu lagi. Tahun depan kite bertemu lagi. Hehehe...


~Salam Sayang~

03 August 2012

515 : Selamat Berpuasa - Bila Ada Yang Tak Puasa

Huh... Harap2 takde la orang opis yang baca entry ni. Kalau tak, kantoi aku, hahaha.. Ermm... ramai betul yang tak puasa semalam kat opis. Bukannya mereka tak nak puasa, tapi tak bole puasa. Biasa la kan, wanita2 ni, ade masanya mereka tak bole nak puasa. Memang best kalau tak puasa di bulan puasa ni, tapi yang tak bestnye kene mengganti. Hehehe...

Dah la tak puasa, diaorang secara berjemaah plak makan kat dalam Secondary Office. Memang la makan secara sorok2, tapi kalau dah berduyun2 masuk dalam bilik tu, aku pon nak pergi menjengah. Jengah punya jengah.. tu dia... macam party. Kantoi sudah mereka.

Itu satu hal, yang lagi best, semerbak bau sandwich sardin yang diaorang buat seantero opis. Sungguh mengancam jiwa dan raga orang yang berpuasa macam aku ni. Sabar jer lah, banyak pahala aku semalam kerana mengawal nafsu. Alhamdulillah. Sib baek iman aku teguh dan puasa aku masih terpelihara. Hehehe...


~Salam Sayang~