31 July 2012

514 : Selamat Berpuasa - Hari KeSebelas

Selamat berpuasa kepada semua. Alhamdulillah kite telahpon sampai ke hari kesebelas di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita masih lagi dilimpahi segala rahmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada makhlukNya di bulan ini.

Sehingga hari ke sebelas ini, baru dua kali aku berbuka puasa di luar bersama2 teman, rakan dan sahabat. Sesekali kene la rasanya berbuka bersama mereka untuk merapatkan hubungan ukhwah sesama manusia. Walau bagaimanapun, kami berbuka tiadalah semewah mana, sekadar berbuka ala kadar tanpa berlaku sebarang pembaziran.

Pertama aku telah berbuka puasa di Putrajaya di bawah kerlipan bintang dengan laungan lunak azan dari Masjid Putra. Kami bertiga sekadar membeli juadah di Bazar Ramadhan Putrajaya dan berbuka di dataran hadapan Masjid Putra. Menu kami pada petang itu adalah, nasi kerabu untuk sahabat2 aku, nasi beriyani untuk aku, murtabak ayam dan chicken wing serta air seplastik sorang.

Kali kedua pulak, aku telah dijemput untuk berbuka puasa di rumah seorang sahabat di Serdang. Sahabat kami tu telah menyediakan ikan cencaru sumbat bakar (tapi katanya tak jadi), ayam masak aper ntah dan timun ba (shortform kepada timun ba****, kes sensitif, hahaha). Kami tetamu pula telah membawa murtabak ayam dan kuih muih. Terima kepada sahabat yang menjemput, semoga murah rezeki selalu.


~Salam Sayang~

24 July 2012

513 : Mari Menonton - The Amazing Spiderman

Sebelum Ramadhan tempoh hari, aku berpeluang menonton filem The Amazing Spider-Man di pawagam.

Ermm... apa yg aku boleh katakan, filem ini agak membosankan. Kepada sesiapa yang telah menonton filem Spider-Man lakonan Tobey Maguire dan diarahkan oleh Sam Raimi pada tahun 2002, tak perlulah menonton filem ini, kerana jalan ceritanya sama sahaja cume diubah sedikit sana dan sini. Bagi aku, filem tahun 2002 itu lebih menarik dan best.

Oleh kerana filem ini agak membosankan dan ditiru sebijik macam yang lepas punya, aku beri 1/5 bintang sahaja. Ape2 pon, selamat menonton.


~Salam Sayang~

22 July 2012

512 : Selamat Berpuasa - Hari Pertama

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa dan yang tidak berpuasa pada hari ini. Semoga kita semua dikurniakan semua berkat yang dianugerahkan Allah swt sempena bulan yang mulia ini.

Semalam kite semua telah berjaya menempuh Ramadhan pertama pada tahun ini. Alhamdulillah, Ramadhan pertama jatuh pada hari sabtu, oleh yang demikian, tidak terasa keletihan berpuasa semalam sebab hari cuti. Tambahan lagi cuaca semalam sangat baek, tidaklah begitu panas macam hari ini.

Sempena Ramadhan pertama semalam, aku telah dikurniakan tahap kerajinan yang tinggi tidak seperti hari2 sebelumnya Ramadhan. Banyak kerja yang aku lakukan. Perkara pertama yang aku berjaya lakukan semalam adalah mencuci dan membersihkan akuarium aku setelah lebih 3 minggu tidak dicuci. Kesian plak tengok anak2 ikan aku tu berenang2 di dalam keadaan air yang kurang bersih. Membersihkan akuarium bukan perkara mudah, terpaksa mengerah banyak tenaga. Siapa yang ada akuarium dia tau lah. Nasib baek lah akuarium aku bukan bersaiz 4 kaki panjangnya. Sekarang, akuarium aku telah bersih dan aku telah dekoratekannya dengan cantik sekali.

Kemudian, aku telah dengan rajinnya mengemaskan kotak2 yang terdapat di atas almari di dalam bilik aku. Di mana baru aku sedari bahawa kebanyakkan kotak itu hanyalah kotak kosong yang aku tak tahu buat ape aku simpan. Akhirnya, semuanya aku buang dan sekarang bahagian atas alamari itu telah tersusun dengan rapi.

Kerajian masih ade, aku seterusnya membersihkan bilik ku dari segala dosa dan noda. Pakai vacuum cleaner jer nak membersihkannya. Hahahah...

Oleh kerana tahap kerajinan yang melampau semalam, pukul 3.00 petang aku dah keletihan yang amat. Rasa macam nak berbuka pon ade, tetapi aku gagahi juga hingga ke penghujung. Hahaha... Alhamdulillah, selamat.

Semalam adik dan kakak sekeluarga berbuka di rumah. Seronok sangat rasanya. Adik masak kurma ayam dengan sambal sotong manakala kakak pula menyediakan ikan masak cili dan sayur goreng. Nyam3....





~Salam Sayang dan Salam Ramadhan~

20 July 2012

511 : Salam Ramadhan 1433 / 2012

Esok, 21 Julai 2012, Ramadhan 2012 akan datang bertamu kembali. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa

kepada semua pengunjung setia dan yang tidak setia di blog aku yang tak seberapa ni. Di bulan baik ni, aku juga ingin memohon keampunan sekiranya ada salah dan silap aku kepada kalian sama ada tersengaja atau tidak dari Ramadhan terdahulu hinggalah Ramadhan yg akan datang.

Semoga kita semua berebut segala rahmat yang dikurniakan Allah sepanjang Ramadhan ini dan berdoalah agar kite dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.


~Salam Ramadhan dan Salam Sayang~

19 July 2012

510 : Saya Yang Menurut Perintah

Saya yang menurut perintah, kalau dapat surat dari kementerian2 kerajaan mesti ade kalimah ini. Saya pon kerja dengan kerajaan, tapi kadang2 ade gak perintah yang kite tak boleh turuti.

Kalau kat opis aku ni, si boss selalu jer bg arahan yang sama, "Encik Hafizan, sila ambil tindakan", kalau tak pon, "En. Hafiz, sila urus". Kadang2 setelah diamati, surat tu tak perlu pon ambil tindakan, tak perlu pon nak diurus, cume surat pemberitahuan jer. Mungkin si boss ni tak paham, atau tak baca, terus2 suruh aku ambil tindakan. Maka, tindakan aku... buang jer dalam tong sampah. Hahaha, eh.. tak lah, aku failkan jer dalam fail yg berkenaan.

Mungkin disebabkan si boss ni tak baca surat tu, maka diarahkan aku melakukan perkara yang diluar bidang kuasa aku. Contoh terkini, ade ke dia suruh aku ambil tindakan meluluskan permohonan Cuti Tanpa Rekod kakitangan. Itu totally di luar bidang kuasa aku, itu kuasa Ketua Jabatan. Ntahlah, sama ada dia tak baca atau dia tak tahu.

Selalu sangat dia arahkan aku untuk ambil tindakan, tetapi dia tak tunjukkan kepada aku ke arah mana tindakan yang sepatutnya aku ambil tu. Ke kiri kah, ke kanan kah. Maka aku dengan pengalaman yang ada akan cube mengambil tindakan yang sewajarnya. Dan seperti yang diduga, boss akan terima sahaja tanpa banyak bicara. Sain jer. Kadang2 aku rasa adakah betul tindakan yang aku ambil itu?

16 July 2012

509 : Aktiviti Hujung Minggu Lepas

Alhamdulillah, hujung minggu lepas penuh dengan aktiviti. Takde la aku bosan duduk rumah sorang2 tak wat ape2. Hari sabtu itu aku dah berkumpul di rumah seorang sahabat di Bandar Baru Selayang. Ada kenduri masuk rumah baru akan diadakan pada malam hari esoknya, jadi aku diajak untuk membantu sekadar yang mampu. Tapi kebanyakkannya aku dok rilek jer.. hahahah...


Aktiviti mengupas bawang..

Aku berada di rumah sahabat aku tu dari petang membawa ke malam ke tengah malam sehingga awal pagi dan akhirnya aku terus tidor kat rumah sahabat aku tuh. Malam tu ade bedtime story katenya, bercerita dari cerita hantu hinggalah ke cerita tabiat orang sekarang memandu di jalan raya.


Aktiviti mencuri daun pisang jiran sebelah

Keesokan paginya, aku pulang ke rumah, mandi bagai sebelum aku ke rumah sahabat aku tu sekali lagi. Macam biasa lah, lebih banyak rilek dari wat keje.. hehehe

Tetapi aku tak dapat hadir kenduri yang diadakan sebab aku ade program bersama keluarga pada malam itu. Malam itu, abang aku belanja kami sekeluarga makan steambot di Kafe D'Manggis and BBQ Sungai Buloh. Terima kasih kepada abang aku tuh. Memang banyak yang boleh di makan dari ayam, daging, makanan laut, sayur2an. Memandangkan aku dah makan banyak siang hari itu, aku just makan ape yang boleh jer. Kenyang sangat.. alhamdulillah.. Selepas tu, ade plak majlis kecil2an sambutan hari lahir ahli2 keluarga aku yang lahir dalam bulan Jun.


Kafe D'Manggis Steambot & BBQ
Damai = Yes
Menyelerakan = Yes
Bersih = No



Family yang hadir


Abang dan kakak ipar sedang memasak sesuatu


Nyam3...


~Salam Sayang~

13 July 2012

508 : 14 Julai 2008 - 14 Julai 2012

14 Julai 2008 - 14 Julai 2012, Aku Menulis Untuk Diri Sendiri kini sudah berusia 4 tahun. Pada mulanya aku tidak menyangka yang aku boleh bertahan sehingga kini. InsyaAllah, aku akan terus mencoretkan kisah aku kepada dunia, kepada yang sudi membaca, kepada aku sendiri. Kisah aku tidaklah sehebat mana untuk dijadikan mahakarya, tetapi cukup untuk aku mengenang dan mengimbau memori indah suka duka hidup aku.

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca coretan aku ini. Salam Sayang buat semua.

11 July 2012

507 : Mari Menonton - Brave

Minggu lepas aku berpeluang untuk menonton sebuah filem animasi terbaru di pawagam bertajuk Brave. Kami telah menonton filem ini di Alamanda.

Brave mengisahkan bagaimana seorang puteri raja bernama Merida telah dilatih oleh ibunya untuk menjadi seorang puteri yang sejati. Tanpa pengetahuan Merida, ibu dan bapanya telah merancang untuk mengahwinkan Merida dengan putera raja dengan mengadakan satu pertandingan. Putera yang memenangi pertandingan itu akan dikahwinkan dengan Merida. Tidak bersetuju dengan cadangan ibu dan bapanya, Merida telah melarikan diri dan dia telah terjumpa dengan seorang wanita ahli sihir. Merida telah memohon satu sihir dari wanita itu untuk menukarkan ibunya agar perkahwinan itu dapat dibatalkan.

Apakah yang akan jadi seterusnya. Adakah Merida dapat meyakinkan ibunya untuk membatalkan perkahwinan itu. Mari kita saksikan pengakhiran cerita ini di pawagam-pawagam berhampiran anda.


Brave, bagi aku sebuah filem animasi yang sangat menarik. Tidak berat dan penuh dengan aksi dan komedi. 4/5 bintang dari aku...


~Salam Sayang~

09 July 2012

506 : Cuti-Cuti Malaysia 2012 - Pangkor Island

Pulau Pangkor merupakan pulau yang keempat di Malaysia yang aku pernah sampai selepas Pulau Tioman, Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Ahad lepas aku berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor, mengambil peluang kerana terlanjur aku ada kursus di Lumut.


Terminal Jeti Lumut

Aku telah mengambil bot dari Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Bayaran tambang bot adalah sebanyak RM10 sahaja untuk perjalanan pergi balik. Perjalanan mengambil masa dalam 20 - 30 minit bergantung kepada keadaan laut. Dek kerana penat berkursus dan berjimba2 di pekan Lumut malam sebelumnya, aku tertidor sepanjang perjalanan bot itu. Apabila bot berhenti di terminal, aku ngan seorang sahabat aku terus saja nak keluar. Tetapi kami telah ditahan oleh seorang aci yang mengatakan itu bukan Pangkor. Aku ngan sahabat aku tu konfius dan patuh terus duduk semula. Bila bot bergerak, baru kami nampak bahawa terminal itu adalah Terminal Sungai Pinang. Huh.. terima kasih kepada aci itu. Macam mana la dia tau yg kami nak ke Pangkor, hebat la aci tu.


Selamat Datang Ke Pulau Pangkor

Bot bergerak semula dah akhirnya kami tiba di Terminal Pangkor. Agak ramai pengunjung ketika itu, yang baru tiba dan juga yang hendak keluar. Macam biasa la, bila sampai kat luar tu, kami dioffer dengan pelbagai kemudahan, teksi, kereta sewa, motor sewa dan sebagainya. Aku kemudiannya decided untuk amik moto sahaja memandangkan kami cume berdua. Bayaran sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM30 untuk kegunaan sehingga pukul 3.00 petang. Ketika itu baru pukul 11.00 pagi. Kira berbaloi jugak la dan takde la mahal sangat.


Motor yang kami sewa


Ade sesiapa yang nak merempit bersama saya?

Jangan risau berjalan2 di Pangkor kerana anda tidak akan sesat, jalan utamanya hanya satu sahaja. Cume perlu dirisaukan adalah jalannya yang kecik dan selekoh2 merbahaya. Aku memandu mengelilingi pulau dahulu dari Pekan Pangkor ke Pantai Pasir Bogak, Pantai Teluk Nipah melalui Bukit Pangkor terus ke Sungai Pinang Kecil dan balik ke Pekan Pangkor.

Kemudian kami ke Kampung Teluk Gedong dan berhenti di Batu Bersurat Pangkor. Batu Bersurat Pangkor ni hanyalah sebuah batu besar dengan tulisan yang tidak difahami. Terdapat juga gambar seekor harimau. Ape yang dapat dilihat, terdapat tarikh yang tertulis 1743, mungkin juga tahun atau pon tidak. Ape2 pon walaupon tempat ini diwartakan sebagai tempat bersejarah, tetapi ianya tidak dipelihara dengan baek. Terdapat banyak sampah sarap di sana sini. Kami kemudiannya singgah di Kota Belanda. Terdapat tinggalan kota yang dibina oleh orang Belanja zaman lalu untuk mempertahankan Pangkor dari musuh. Tapi aku tengok, kecik jer kota ni, mampu ke nak mempertahankan Pangkor dari musuh dengan kota sebesar ni? Ermm... takpelah.. anggap jer itu adalah sejarah. Tempat ini dijaga dengan baek. Cantik dan bersih.


Batu Bersurat Pangkor


Permandangan dari kawasan Batu Bersurat Pangkor


Jalan-jalan di Kota Belanda


Sejarah Kota Belanda

Kami seterusnya menuju ke Pantai Pasir Bogak untuk makan tengahari. Makan ape saje yang ade. Kemudian kami melepak di tepi pantai sampai tertidor. Best betul tidor kat sini, nyaman dengan angin yang menderu kuat.




Permandangan pantai...

Pukul 2.30 petang kami decided nak balik. Kerana kesesakan yang berlaku di jeti, kami hanya dapat keluar dari Pangkor pada pukul 4.00 petang.


Permandangan sebelum pulang


~Salam Sayang~

04 July 2012

505 : Oh My English ....

As I mentioned in my previous entry, I've went for the English Placement Test somewhere in July. Yesterday, I've received the result for the test. I prayed that I did the best in the test so that I can be excluded from attending the Kursus Bahasa Inggeris conducted by the university. So lazy lah to attend such kursus twice weekly.

For this year Placement Test result, they already divided the staffs accordingly to the result. There are Beginner, Intermediate and Advance. Most of the staff in my office graded as Intermediate and will be attending classes every Monday and Friday starting next week till September 2012. Luckily, my mark qualified me for the Advance Class, that mean, even when our mark are very satisfying, we still have to attend the Kursus Bahasa Inggeris. Ermmm... igtkan bole la dikecualikan lagi mcm yg dulu2 tuh. Takpelah, think positive.

Anyway.. Kelas untuk Advance masih belum ditentukan lagi bile dan di mana. Makanya, next week kami masih belum mula lagi.


~Salam Sayang~

02 July 2012

504 : Makan-Makan Day

Hari sabtu lepas aku dan Geng2 Buaya telah berkumpul di rumah seorang sahabat di BTHO. Perancangan untuk minggu lepas adalah untuk mengadakan Game Day sesama kami. Kami telah membawa bersama game Monopoly dan Uno untuk Game Day yang julung2 kalinya diadakan. Dan Game Day yang dirancang turn to be Makan-Makan Day bile makan lebih banyak dari maen game. Hehehe...


Hidangan makan tengahari


Kerabu Mangga dan Lala Masak Lemak


Ikan Cencaru Sumbat Bakar


Menu makan malam - Mee Sup


Dessert - Puding berkuah

Actually banyak lagi gambar makanan yang tak sempat diambil kerana dok sibok makan seperti kek coklat chip. Untuk sarapan keesokan paginya kami telah menyediakan Nasi Goreng Cili Padi dan untuk makan tengahari kami telah dihidangkan dengan nasi putih, ikan dan udang bakar, rendang daging, sayur goreng, tempe dan tauhu goreng. Untuk minum petang kami telah menjamu selera dengan spegetti bolognese.

Nyam3.. kenyang makan, Alhamdulillah.


~Salam Sayang~