28 June 2012

503 : Makan Free

Murah rezeki aku minggu ni. Hari selasa, rabu ngan khamis ade orang belanja lunch. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang belanja. Semoga makin murah rezeki kalian.

Selasa lepas ade opis aku ade wat gotong-royong sket membersihkan bende2 yang sudah tidak diperlukan dan boleh dilupuskan. Walau bagaimanapun aku tidak lah terlibat dalam gotong-royong itu memandangkan aku ade tugas laen yang perlu diselesaikan. Oleh kerana ada gotong-royong itu, maka Sister Noraini bermurah hati untuk belanja kami McDonald's McValue Lunch McChicken. Terima kasih kepada Sister Noraini.



Hari rabu pula, ntah kenapa Mas telah sudi untuk belanja selected people Pizza Hut. Maka kami pon order lah pizza dan dihantar tepat pada masanya. Terima kasih kepada Mas kerana sudi belanja kami pizza tengahari itu.



Tengahari tadi ade jamuan makan tengahari yang ditaja oleh Sapura sempena beliau telah dikurniakan cahayamata ketiga seorang baby girl yang diidamkan. Kami telah dijamu nasi putih, masak lemak ikan masin dengan nenas, ikan kembung masak cili, sambal udang, ulam dan sambal belacan. Terima kasih kepada Sapura semoga murah rezeki dah dikurniakan lagi cahaya mata. InsyaAllah.



Erggghhh.... Alhamdulillah kenyang. Syukur nikmat yang masih diberikan.


~Salam Sayang~

25 June 2012

502 : Aku Menulis Untuk Diri Sendiri Kini Berwajah Baru

Aku Menulis Untuk Diri Sendiri kini berwajah baru. Setelah sekian lama menggunakan layout terdahulu, tiba2 hari ni terrajin plak nak explore untuk mendapatkan layout terbaru. Kene pulak dengan ulang tahun ke-4 Aku Menulis Untuk Diri Sendiri tidak lama lagi.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan layout seperti ini, boleh lah ke Dashboard blog masing2, klik ikon Design kemudian Templet Designer. Pilih lah yang mana anda suke.

Banyak lagi yang kene explore mengenai layout ni supaya blog kite nampak lebih menarik. Ape2 pon, selamat mencuba.


~Salam Sayang~

23 June 2012

501 : Anak - Anak Ikan Ku - Part II

Sejak-sejak ade hobi baru pelihara anak ikan ni, pantang nampak pet shop, mesti nak singgah especially pet shop yang ade jual ikan. Dapat tengok ikan pon jadilah, walaupon bukan nak beli pon. Ada akuarium kecik jer tak bole la nak letak ikan banyak2, nnt tak selesa plak ikan2 tu kan. Semua ikan yang aku ade sekarang ni aku beli dekat satu pet shop di Selayang Mall. Rasanya kat situ dia jual paling murah jika nak dibandingkan dengan kedai2 laen yang biasa aku pegi.

Setelah beberapa bulan aku pelihara mereka ni, baru sekarang lah aku tahu jenis2 mereka semua. Heeheh... Ni jenis yang aku pelihara yang aku dapat survey kat internet. Terima kasih internet....


Neon Tetra - Ini adalah antara yang terawal aku pelihara. Ada 5 ekor semuanya. Yang menariknya, belang biru pada badannya akan bersinar seperti lampu neon di bawah sinaran lampu


Black Phantom Tetra - Tau plak ikan ni dari spesies tetra jugak. Ada 5 ekor jugak kesemuanya. Dan ikan ini paling ketara tumbesarannya. Masa beli dulu kecik jer..


Glofish - Itu yang aku dapat dari internet pasal nama ikan ni. Kaler pink yang amat menarik perhatian aku masa di kedai pet shop Selayang Mall tuh. Paling aktif dan selalu berkejaran antara satu sama laen sampai ikan2 laen pon jadi mangsa kejaran dia. Beli dulu 5 ekor, tapi sekor dah mati.. tinggal lagi 4.


Silver Tip Tetra - Ikan ni sebenarnya kaler kuning pastu ade kaler silver kat hujung sirip dan ekornya. Selalu kene kejar ngan Glofish. Ada 5 ekor semunya.


Rummy-Nose Tetra - Muka berwarna merah dan ade corak kat ekor nya. Selalu kene kejar gak. Dulu beli 4 ekor tapi 2 dah mati.. tinggal lagi 2.




Guppy - Dua ekor ikan guppy ni bole dianggap sebagai King and Queen of my aquarium. Yang atas tu King dan yang bawah tu Queen. King suke kacau Queen, follow jer ke mana Queen pergi. A lovely couple....


~Salam Sayang~

20 June 2012

500 : Hadiah Sukan

Dah lama rasanya tak merasa kemenangan dalam acara sukan yang aku sertai sempena Karnival Sukan Staf UM. Sejak2 aku menceburkan diri dalam bidang sukan ni, rasanya sekali jer baru merasa dapat hadiah, itu pon entah berapa tahun yang lepas. Itu pon dapat tempat ke-empat dan pihak penganjur telah sudi untuk memberikan hadiah kepada pemenang tempat ke-empat. Dapat la jugak beg kasut. Hehehe...

Untuk Karnival Sukan Staf UM tahun 2012 ni, aku telah menyertai 3 acara. Alhamdulillah, satu acara kami telah mendapat tempat ketiga (klik untuk cerita sepenuhnya). Dua lagi kantoi. Dapat gak lah tahun ni merasa hadiah.

Pada hari Isnin, 18 Jun 2012 yang lepas telah diadakan Majlis Appresiasi untuk kontigen Zon 6 pada Karnival Sukan Staf 2012 untuk menghargai atlet-atlet yang telah mengharumkan nama Zon 6. Secara keseluruhannya, Zon 6 menduduki tempat ke-enam daripada lapan zon yang bertanding.

Walaupon hadiah yang diterima tidaklah seberapa, tapi semangat kesukanan itu yang penting. Majulah Sukan untuk Universiti Malaya



Acara yang dimenangi


Hadiah yang diterima - beg sukan


~Salam Sayang~

14 June 2012

499 : Barbeku Dan Berkelah Di Sungai Congkak

Sejurus selepas aktiviti makan durian dan manggis di rumah seorang sahabat di Hulu Langat, kami memanjangkan program kami pada hari itu dengan membuat barbeku dan berkelah di Sungai Congkak, memandangkan kawasan perkelahan itu jaraknya hanyalah sebatang rokok perjalanan sahaja. Kami tiba di kawasan yang telah dibooking lebih kurang pukul 5.00 petang. Penginapan malam kami malam itu telah dibooking awal dengan harga RM70 sebuah. Agak mahal jika dibandingkan dengan kemudahan yang disediakan. Ape2 pon, itu saja yang ada.

Selepas check-in, masing2 mengambil peranan masing2. Ada yang segera menyalakan api untuk barbeku, ade yang menyediakan makanan yang akan dibarkekukan dan ada yang terus terjun ke dalam sungai kerana badan telah panas dek kerana makan banyak sangat durian tengahari tadi.


Proses menyalakan api. Memerlukan pengalaman, klu tak api susah nak menyala


Hidangan barbeku kami - kambing, ayam, udang, sotong, sosej dan jagung


Masing2 mengambil giliran mengipas


Penginapan kami, chelet di tepi sungai


Permandangan sungai yang jernih airnya


Makan malam beramai2..

Seronok sangat kan....


~Salam Sayang~

13 June 2012

498 : Durian Hulu Langat

Sabtu lepas seorang sahabat di Hulu Langat telah menjemput kami makan durian di dusun beliau sempena musim durian kali ini. Beliau bukan sahaja menjamu kami dengan durian, malah turut menjamu kami dengan manggis dan makan tengahari yang berasaskan durian seperti udang masak tempoyak dan ikan bakar tempoyak. Terima kasih daun keladi kepada sahabat kami itu. Puas kami makan durian dan manggis.


Durian Kampung...


Manggis ...


Seronok semua dapat makan durian ...


Operasi membuka durian


Suasana di dusun durian


~Salam Sayang~

08 June 2012

497 : My Signature Dish



Haha.. Untuk entry kali ini, aku nak memperkenalkan 'Signature Dish' aku yang tidak terkenal. Walaupon terdapat banyak versi cara menyedia dan menghidangkannya, tapi aku suka dengan cara aku dan ada sahabat yang turut suka dengan cara aku menyediakannya. Dia cakap sedap... hehehe... Malah ada jua beberapa orang sahabat laen yang beria2 nak merasa hidangan aku tuh. Harap bersabar ye kawan2, InsyaAllah aku akan buat untuk semua.

Memperkenalkan....


Meggi Kari Dengan Telur

Hidangan yang humble and simple. Sesuai dimakan oleh semua orang tak kira darjat dan keturunan. Di sini saya sertakan resepi untuk Meggi Kari Dengan Telur


Bahan-bahan

2 bungkus Meggi Kari
1 biji telur ayam
air secukupnya


Cara penyediaannya
  1. Jerang air secukupnya. Kalau berlebihan pon tidak mengapa.
  2. Setelah air jerangan mendidih, masukkan maggi. Masukkan maggi sahaja, jangan dimasukkan plastiknya sekali.
  3. Kacaukan maggi itu sehingga kembang dan lembut. Kacau dengan sudu atau garfu. Chopstik pon ok kepada yang pandai guna chopstik. Jangan guna tangan.
  4. Setelah meggi kembang dan lembut, keluarkan sedikit air dari bekas jerangan itu. Ini untuk memastikan hidangan yang telah siap kelak tidak terlalu berkuah dan tidak terlalu kering. Air jerangan yang telah dikeluarkan itu, jangan terus dibuang, boleh dimasukkan semula jika meggi terlalu kering.
  5. Masukkan perencah meggi kemudiannya. Masukkan perencah sahaja, jangan masuk dengan plastik2 nya sekali. Kacau sehingga sebati.
  6. Pecahkan sebiji telur ke atas meggi itu.
  7. Tutupkan bekas jerangan dengan penutupnya. Kalau saya, saya gunakan pinggan sahaja kerana periuk jerangan saya tak ade penutup.
  8. Tutupkan api dapur dan biarkan hidangan itu selama lebih kurang 5 minit untuk memastikan telur masak secukupnya mengikut selera masing2.
  9. Hidangkan sesuka hati anda.

Selamat mencuba.


~Salam Sayang~

03 June 2012

496 : Mari Menonton - Snow White & The Huntsman

Semalam berpeluang untuk menonton sebuah lagi filem terbaru di pawagam. Bersama-sama dua orang sahabat, kami menuju ke Wangsa Walk untuk menonton filem Snow White & The Huntsman.

Seperti yang kite semua tahu mengenai kisah2 dongeng Snow White, filem ini juga diadaptasi dari kisah2 dongeng tersebut. Filem ini mengisahkan bagaimana seorang Permaisuri Yang Jahat bernama Ravenna telah menguasai sebuah kerajaan sehinggakan rakyat di dalam kerajaan tersebut menderita. Kerana ketaksuban untuk menjadi cantik dan keinginannya untuk membalas dendam, Ravenna menggunakan sihir dan membunuh semua perempuan yang cantik di dalam kerajaannya.

Niat Ravenna untuk membunuh seorang puteri raja yang dipenjara olehnya gagal apabila puteri raja yang bernama Snow White itu berjaya melarikan diri ke dalam hutan. Ravenna telah mengupah seorang pembunuh untuk menangkap dan membunuh Snow White tetapi sebaliknya pembunuh itu telah membantu Snow White untuk melarikan diri. Apakah yang akan terjadi seterusnya. Saksikan di pawagam2 berhampiran anda.

Bagi aku, jalan cerita yang menarik tetapi ade part yang hampir membuatkan aku tertidor. Jika adegan aksi dilebihkan diakhir filem ini dapat membuatkan filem ini lebih menarik. 3/5 bintang dari aku....


~Salam Sayang~