560 : Mari Menonton - The Hobbit An Unexpected Journey

Awal pagi ini, sekali lagi bersama sahabat2 yang amat aku senangi, kami telah berpeluang untuk menonton sebuah lagi filem terbaru di pawagam. Filem itu adalah filem The Hobbit An Unexpected Journey. Kami telah menonton midnight pada pukul 12.00 malam dan filem ini berdurasi selama 2 jam 45 minit.

Filem The Hobbit An Unexpected Journey adalah sebuah filem prequel kepada filem trilogy The Lord Of The Rings. Filem ini mengisahkan pengembaraan seorang Hobbit bernama Bilbo Baggins yang dipilih oleh Gandalf The Grey bersama2 sekumpulan 13 orang bangsa Dwarf ke Lonely Mountain untuk merampas kembali kota Erebor, sebuah kota gemilang masyarakat Dwarf yang telah ditakluki oleh seekor naga yang digelar Smaug. Dalam perjalanan ke Lonely Mountain itu, mereka telah menempuh pelbagai halangan dan diburu oleh sekumpulan Org dan Goblin yang diketuai oleh Pale Orc untuk menuntut bela. Dalam pengembaraan ini jugalah Bilbo telah menemui 'Cincin' dan telah bertemu dengan seorang Gollum bernama Smeagol.

Apakah lagi cabaran yang terpaksa dilalui oleh kumpulan ini sebelum sampai ke Lonely Mountain. Dapatkan kumpulan ini menewaskan Smaug untuk merampas kembali kota Erebor dan harta2 yang terdapat di dalam nya. Saksikanlah filem yang menggandingkan pelakon2 hebat seperti Gandalf The Grey, Bilbo Baggins, Lord Elron dan Saruman di pawagam2 berhampiran anda. (kepada peminat Aragorn dan Legolas, maaf mereka tiada dalam filem ini)

Bagi aku cerita ini agak slow. Banyak pengenalan, cerita, flash back dan cakap2. Dah la tengok midnight, ada satu ketika tu sempat gak aku terlelap. Adegan aksi agak kurang dan kalau ada pon tidak berapa menarik. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya sendiri. Rating aku untuk filem ini adalah 3/5 bintang.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

6 comments

  1. Salam afeez,

    last az tengok wayang kat panggung ialah merong mahawangsa. ermmm x dok kawan yg ajak nengok wayang. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam AZ

      klu takde kawan, ajak la mrszain pi tengok. mesti dia nak punye. hehehee

      Delete
  2. filem ni aku rasa best dari LOTR..

    my review:
    http://adf.ly/G6zrB

    ReplyDelete
  3. filem ni lebih kurang macam LOTR Fellowship of the rings... lebih kurang mcm filem pengenalan..

    ReplyDelete