06 December 2012

556 : 15 November 1999 - 15 November 2012

Terlupa sudah aku akan akan tarikh 15 November 2012 ini. Tidak lah penting pon tarikh ini kepada umat manusia sejagat, tetapi pada tarikh ini, maka genaplah 13 tahun aku berkhidmat dengan Universiti Malaya. Selama 13 tahun sudah aku menempuh suka duka menjadi seorang penjawat awam. Selama 13 tahun usia pengalaman aku di Universiti Malaya yang mana bagi aku tidak cukup luas memandangkan aku hanya pernah bertugas di dua jabatan sahaja. Terniat juga di hati untuk minta dipindahkan ke jabatan lain. Teringin juga merasa suasana kerja yang baru, teringin juga merasa tekanan kerja yang baru, teringin juga mendapat kawan2 sekerja yang baru. Tapi apakan daya, rezeki aku masih kuat di sini. Takut juga di hati, bila dah senang di sini mungkin tidak dapat menempuh keadaan kerja di tempat baru. Takut juga terjadi seperti, lepas mulut buaya masuk mulut harimau. Ape2 pon, syukur ke hadrat Allah swt, rezeki aku di sini. Alhamdulillah.


~Salam Sayang~

6 comments:

  1. Salam anakanda,

    Tahniah kerana bertahan lama, ada org lompat sana sini, sudahnya abok pun tak de.
    Klu kekal kat satu2 jabatan mungkin lagi mudah naik pangkat kot?
    hehe mama dah lama tinggalkan keje opis- kdg rindu jugak dgn hiruk pikuk kawan2..

    tak rasa lama hidup sorang ke..hehe. Mama doakan moga dpt jodoh terbaik. aMIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama

      gred sy ni susah sket nak naek pangkat, pasal gred jawatan atas jawatan sy ni klu tak silap ade satu jer kat UM. berebut2 orang nakkan satu jawatan tu. makanya susah sket la nak naek pangkat. tapi alhamdulillah dan dua kali dapat anjakan gaji.

      Delete
  2. Replies
    1. kerja kat sini tak perlukan kekuatan. cabaran tak hebat kat sini.. hehehehe

      Delete
  3. Salam piz.. 13 tahun tu jangkamasa agak lama juga.. Tahniah.. Dlm 13thn tu dapat melekat kat situ, takkan tak dapat melekat ngan salah seorangnya ... HEEEeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer

      saya kat sini nak cari rezeki, bukan nak cari bini... opsss... (jangan marah)

      Delete