18 October 2012

539 : Kad

Ini adalah koleksi kad pelajar dan kad pekerja yang aku pernah ada. Tak sangka plak aku masih lagi menyimpan kad pelajar yang rasanya dah 15 tahun aku tinggalkan alam pengajian di sana. Rasanya ada sentimental value bile dah simpan lama-lama. 

Ini adalah kad pelajar semasa aku bergelar pelajar Institut Teknologi Mara di dalam pengajian Diploma Pengajian Bank. Masa tu kene campak ke ITM Cawangan Arau, Perlis. Terasa jauhnya dicampak ketika itu. Memulakan pengajian pada semester Julai 1994 dan berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada Jun 1997 dengan CGPA melebihi 3.0. Alhamdulillah.


Ini adalah kad pekerja aku semasa berkhidmat dengan Sime Bank Berhad. Ini merupakan jawatan pertama aku selepas menamatkan pengajian dari ITM. Selepas menempuhi tiga temuduga pelbagai jawatan di bank dan institusi kewangan lain, aku diterima bertugas sebagai Sub Executive Office di bank ini pada tahun 1998. Tetapi tidak bertahan lama dan aku meletak jawatan pada bulan ke enam selepas bertugas di sini atas sebab-sebab peribadi. Bank ini kemudiannya di ambil alih oleh RHB Bank pada tahun yang sama dan nama Sime Bank Berhad berkubur bersamanya. 

Ini adalah kad pelajar aku semasa bergelar pelajar Institut Teknologi Mara di dalam bidang pengajian Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)(Kewangan). Memula sesi pengajian pada tahun 1999 secara Pengajian Jarak Jauh. Setelah beberapa tahun menjalani pengajian ini, aku rasakan yang aku semakin hari semakin jauh untuk menamatkannya. Keinginan untuk meneruskan pembelajaran semakin hari aku rasakan semakin pudar dan akhirnya aku meninggalkan pengajian aku ini.    
Ini pula adalah kad pelajar aku semasa bergelar pelajar di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Master in Business Administration. Oppsss.... hahahah... Bukan lah. Ini adalah kad pekerja aku sebagai seorang penjawat awam di Universiti Malaya. Memulakan tugas di Universiti Malaya pada tahun 1999. Dua tahun bertugas secara kontrak dan telah memegang jawatan tetap sejak tahun 2001. Pada 15 November 2012 akan datang maka genaplah 13 tahun aku berkhidmat dengan Universiti Malaya. Alhamdulillah... Rezeki aku di sini.



~Salam Sayang~

14 comments:

  1. sentimental valuee...ade gak simpan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... simpan la. susah nak dpt tuh

      Delete
  2. alhamdulillah dah 13 tahun tu mesti berkepuk2 simpan duit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.... dulu berkepuk2 la jugak, pastu bile dah pinang cik siti yg berkepuk2 tu pon berkurangan...

      Delete
  3. Salam sejahtera anakanda,
    hehe nanti kad kawin letaklah gambar ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama ju

      bukan setakat kad kawin.. sijil nikah pon nak letak jugak...
      hehehe...

      Delete
    2. kalau kawen ngan org johor leh dapat kad nikah piz.. ada gambar suami dan isteri.. senang bawak gi mana2.

      Delete
    3. ehhhh... selangor kl pon dah ade kad nikah tu. yg ade gambar suami ngan isteri tu kan...

      Delete
    4. ha.a.. kot.. rasanya tak semua negeri ada kad nikah .. kedah takde rasanya .. ada sijil nikah jerk..

      Delete
    5. jenuh nak bawak sijil tu ke sana sini...

      Delete
  4. Assalamualaikum Afeezz

    saya tunggu kad kawin......Insyaallah yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk

      klu tunggu kad kawen lama lagi lah, hehehe

      Delete
  5. piz, naper kad ke 4 fesyen rambut dah berbeza? rimas ye rambut panjang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... mengikut peredaran zaman kot, skrg ni lebih selesa berambut pendek ala2 botak gitu. (bukannya aku ade masalah keguguran tambut tau..) hehehe

      Delete