15 October 2012

537 : Mari Menonton - Taken 2

Semalam aku berpeluang untuk menonton sebuah lagi filem terbaru di pawagam iaitu filem Taken 2. Bagi sesiapa yang pernah menonton filem Taken lakonan Liam Neeson ini, Taken 2 merupakan kesinambungan kisah dari filem Taken yang pernah ditayangkan beberapa tahun lalu yang penuh dengan adegan aksi.

Filem Taken mengisahkan bagaimana Kim, anak kepada Bryan Mills seorang bekas agen CIA telah pergi ke Paris untuk bercuti. Semasa berada di Paris, Kim telah dicolek oleh satu sindikit perdagangan manusia untuk dijadikan pelacur. Dengan usaha sendiri, Bryan telah pergi ke Paris untuk mencari anaknya. Dengan kepakaran dan pengalaman nya sebagai seorang agen CIA, Bryan telah berjaya menyelamatkan anaknya daripada dijual sebagai pelacur setelah merempuhi pelbagai rintangan.

Di dalam filem Taken 2 pula, bapa kepada seorang ahli sindiket perdagangan manusia itu ingin menuntut bela ke atas kematian anaknya yang telah dibunuh oleh Bryan. Beliau telah  mengikuti Bryan yang sedang bercuti di Istanbul bersama bekas isteri dan anaknya. Di Istanbul, 'orang jahat' itu telah berjaya menangkap Bryan dan isterinya. Dengan bantuan anaknya, Bryan berjaya meloloskan diri tetapi isterinya masih lagi bersama 'orang jahat' itu. Bryan kemudiannya terus menjejaki dan memburu mereka yang telah mencolek isterinya sebagai tebusan untuk menbunuh Bryan. 

Bagaimanakah kisah seterusnya? Dapatkan Bryan menyelamatkan diri dan isterinya? Kepada yang berminat, saksikanlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

Bagi aku, aku filem ini memang memenuhi citarasa aku kerana penuh dengan adegan aksi. Permulaannya agak slow tapi pertengahan dan pengakhiran filem ini membuatkan aku teruja. Rating aku untuk filem ini, 3.9/5 bintang. Selamat menonton.


~Salam Sayang~

2 comments:

  1. Filem aksi ni kalau Manjer tgk kat wayang Manjer suka.. Kalau tgk kat komputer download ke, TV yg tak berbayar ada iklan ke.. tak berapa nak gemar.. Hee.. Byk gangguan lagipun sound yg tak syok dan skrin yg tak besar.. Uhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem2 aksi or yg sci-fi mmg best klu tgk kat wayang...

      Delete