532 : Mari Menonton - Dredd

Ahad lepas seorang sahabat telah mengajak aku menemannya ke Ikea kerana dia hendak membeli sesuatu. Memandangkan aku tiada apa2 urusan pada hari tersebut, maka aku pon bersetuju untuk meneman beliau. Oleh kerana kami telah tahun untuk membeli apa, maka kami terus sahaja ke tempat barang tersebut, memilih dan terus membuat pembayaran. Tak larat rasanya nak berjalan2 dalam keadaan yang sesak dengan manusia di sana. Tak tahu lah aper yang mereka cari, sesak sahaja Ikea ni kan. 

Memandangkan hari masih muda kami membuat keputusan untuk menonton wayang. Tak tahu filem aper yang tengah top sekarang, tengok sahaja filem mana yang awal dan available. Akhirnya kami beli tiket untuk filem Dredd. Aku pernah menonton filem ini suatu ketika dahulu. Tajuknya ketika itu adalah Judge Dredd lakonan Slyvester Stallone tapi konsep ceritanya masih sama.

Dredd mengisahkan bagaimana Dredd seorang hakim bersama seorang anak didiknya telah diperangkap oleh satu kumpulan jahat yang ingin membunuhnya di dalam sebuah bangunan yang tidak mempunyai jalan keluar. Senangkan sinopsis filem aku ni.. hehehe..

Filem ni penuh dengan adegan aksi dan ganas. Tidak sesuai untuk tontonan kanak2 bawah umur. Tapi aku suke. Aku bole bagi rating 3/5 bintang untuk filem ini. Untuk cerita selanjutnya mengenai filem ini, boleh lah tonton di pawagam2 berhampiran anda.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

2 comments

  1. wow.. cam best .. nanti suh suami download.. Hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best la jugak. tp tak sesuai utk tontonan kanak2

      Delete