531 : Selamat Datang Ke Pusat Perubatan Universiti Malaya

Sudah diketahui seantero UM bahawa Lembaga Pengarah Universiti Malaya di dalam Mesyuaratnya yang bertarikh 5 September 2012 telah bersetuju agar pentadbiran Klinik Kesihatan Pelajar Universiti Malaya di letakkan di bawah pentadbiran Pusat Perubatan Universiti Malaya. Walau bagaimanapun urusan kakitangan masih di bawah urusan Universiti Malaya. Maklumat lanjut mengenai perkara ini masih di dalam perbincangan pihak atasan.

Sejak2 perkara ini tersebar, bos nampaknya sibuk menyalahkan itu dan ini dan sedang berusaha untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Lebih2 lagi apabila premis Klinik Kesihatan Pelajar ini juga bakal di pindahkan di kawasan PPUM, satu kawasan yang memang mempunyai seribu satu bagai masalah. Bagi kami kakitangan pula mempunyai seribu satu macam persoalan memandangkan kami tidak tahu menahu sepatah haram pon dan tidak ada siapa yang nak update kami mengenai perkara ini. Ada bos pon, katanya dia tak tahu. Masakan dia tak tahu, takkan lah UM buat mesyuarat tak jemput dia sedangkan perkara ini berkaitan langsung dengan Klinik Kesihatan Pelajar. Atau bos sengaja menyembunyikan sesuatu dari kami dan seperti biasa menyalahkan orang lain. Ape2 pon, kata2 bos memang tak boleh dipakai. Kami ada orang dalam kami sendiri dan maklumat dari beliau sangat boleh dipercayai. Hari Rabu ni ade perjumpaan dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atas usaha kakitangan sendiri untuk membincangkan mengenai perkara ini. Tak tahu lah aper maklumat terkini yang TNC HEP akan sampaikan. Harap2 sesuatu yang positif. 

Bagi aku pulak, aku tidak sedih atau marah dengan perkara ini. Malah dalam hati aku, aku gembira. Paling buat aku gembira bile khabarnya, perubahan pentadbiran ini juga akan turut melibatkan pertukaran bos. Yahoo.....


~Salam Sayang~

You Might Also Like

6 comments

  1. salam.. piz suka bos lelaki ke perempuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kesah la lelaki ke perempuan. Yg penting bole di bawa berbincang.. Bole bekerjasama...

      Delete
  2. Replies
    1. Entah la az tak tau la yg maner lebih baek. Harap2 lebih baek dr ape yg ade skrg ni

      Delete