21 August 2012

522 : Aidilfitri 2012


Keluargaku


Rasanya masih belum terlewat untuk mengecapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Raya kan sebulan, maka masih sempat memberikan ucapan selamat.

Seperti tahun2 sebelum ini, aku berhari raya di Kuala Lumpur sahaja. Siapa kata beraya di KL tak seronok? Seronok ke tidak itu terletak kepada hati masing2. Kalau kite dicampak ke Mogadishu, Somalia sekalipun, kalau kite berasa seronok, maka seronok lah kita berhari raya di Mogadishu. Yang penting kita dapat menyambutnya bersama keluarga yang tercinta dan rakan2 yang kita senangi.


Menjelang Hari Lebaran

Tahun ini kakak dan adik berhari raya di sini. Gamatlah juga rumah dengan anak2 mereka yang lima orang itu. Sebelum ni, rumah sunyi jer, bila datang mereka... waduh... macam tongkang pecah dibuatnya. Ape2 pon aku terhibur dan kadang2 bingit gak mendengarnya. Sehari sebelum raya tu, persiapan juadah hari raya rancak dilakukan oleh kakak dan adik, seperti biasa mak menjadi supervisor nye. Menu kami untuk hari lebaran adalah nasi impit, kurma ayam, kuah kacang dan sambal tumis udang petai. Rendang pula akan disediakan oleh kakak ipar. Menjelang berbuka, semuanya sudah sedia. Menjadi tradisi, kami berbuka dengan juadah yang telah disediakan itu. Malam hari pula, ada rombongan takbir oleh jemaah2 dari surau berhampiran.


Hari Lebaran Pertama

Bersolat Sunat Aidilfitri di surau berhampiran. Jemaah begitu ramai seperti tahun2 sebelumnya sehingga ada yang bersolat di tempat yang disediakan di atas jalan raya. Ramai rupanya penduduk asal Kampung Selayang Indah ini. Selesai solat, aku terus balik... malas pulak nak mendengar khutbah Hari Raya, opss...

Di rumah aku bersarapan dengan apa yang ada, kemudian aku mengambil tugas hakiki aku pabila raya, iaitu memotong nasi impit. Dah menjadi tugas aku, maklumlah, aku sahaja yang bole memotong nasi impit itu dengan cun dan comel sekali. Hehehe... Kami kemudian bersalam2an seluruh keluarga, memohon maaf dan memberi duit raya kepada yang layak menerima, dan mengambil gambar kenang2an.

Tetamu datang agak ramai, budak2 anak siapa ntah, jiran2, sahabat handai dan juga saudara ku. Alhamdulillah.


Hari Lebaran Kedua

Hari Raya kedua ni aku tak ke mana2. Duduk di rumah sahaja. Budak2 nak datang beraya pon aku tak layan... har har har....


~Salam Sayang Lebaran~

6 comments:

  1. Salam sejahtera

    Selamat menyambut lebaran juga dr mama, maaf zahir batin.
    hehe bukan sembhyang raya tu berkawan sekali dgn kuthbah?
    Apa2 pun selamat bergembira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera mama

      heheheh... selamat hari raya aidilfitri wat mama sekeluarga
      maaf zahir juga batin

      Delete
  2. Assalamualaikum..

    Moga masih belum terlewat mngucapkan Salam Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin...

    p/s; tak buat open house ker? hehe

    Atikah

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam cik atikah.

    selamat hari raya, maaf zahir dan batin segala kasalahan

    klu sy buat nnt, insyaAllah akan dijemput

    ReplyDelete
  4. Salam.. wow ku lihat hijau.. :) .. besar juga keluarga piz, bila nak membesarkan nyer lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... hijau tu baju melayu terbaru. tak pernah pakai lagi. hehehe... pic ni satu keluarga lagi takde, keluarga abg yg sulung

      Delete