517 : Selamat Berpuasa - Shopping-Shopping Raya

Semalam Negeri Selangor bercuti sempena Nuzul Al-Quran. Tapi aku yg keje di kawasan KL ni pon sibuk2 amik cuti semalam, kunun2 nak shopping sempena raya. Tup-tap-tup-tap, tak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut hari kemenangan. Menangkah kite? InsyaAllah, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Tahun ni macam tahun2 sebelumnya, shopping list aku untuk raya tak panjang. Cadanganya cume nak cari t-shirt jer pasal stok t-shirt yang ada sudah lusuh dan tidak cantik lagi. Baju Melayu nampaknya pakai yang lepas2 punya, masih ada 6 pasang dalam almari aku tersusun rapi dan indah. Cume disentuh 2 kali setahun. Jadi tidak perlu lah menghabiskan wang bonus pemberian kerajaan ke arah itu.

Perancangannya nak cari di Parkson, Alamanda tetapi takde yang berkenan di hati walaupon sehelai daripada beribu2 helai yang dipamerkan. Bagi aku, susah nak mencari t-shirt yang berkenan di hati. Kadang2 terpikir di hati, siapalah designer baju2 ni?... buruk bebenor. Lagi satu yang aku tak berkenan, kebanyakkan t-shirt2 lelaki ni mesti ade logo jenama sebesar alam kat dada. Perlu ke nak letak sebesar2nya. Contoh yang ketara kalau kite tengok baju2 Polo, mesti ade logo kuda sebesar alam kat belah tetek kiri. Hehehe... Makanya, takde yg aku berkenan di Alamanda, aku pulang dengan tangan kosong.

Kemudian kami memanjangkan langkah ke Mid Valley pulak. Alhamdulillah, jumpa juga t-shirt yang aku berkenan dengan tawaran harga yang menarik. Aku terus rembat 2 helai pada harga tak sampai RM80, malas dah nak cari yang laen. Cukup lah dapat 2 helai ni.

Ape yang aku lihat di Mid Valley.

  1. Deko sempena hari raya yang tersangat ringkas, tidak sehebat seperti tahun2 sebelumnya. Adakah pihak pengurusan Mid Valley sedang mengamalkan langkah berjimat cermat?
  2. Sesuatu yang menarik yang aku rasakan tak pernah aku lihat ditempat laen sebelum ni - ada pengumuman waktu berbuka puasa dibuat melalui pembesar suara seluruh kompleks
  3. Surau sentiasa penuh dengan generasi muda yang menunaikan solat. Walaupon di kota metropolitan Kuala Lumpur yang penuh dengan pancaroba, generasi muda kita masih terpelihara solatnya. InsyaAllah.. jangan dalam bulan puasa ni jer ek...


~Salam Sayang~

You Might Also Like

4 comments

  1. I LIKE MID VALLEY.. HAHAA.. ada kisah di sebaliknya.. :P~ .. Manjer yg tak beli lagi baju raya ni.. cam tak berapa rasa la raya.. mungkin cam dah tau nak kena raya Kedah tahun ni walaupun turn sebenarnya di Johor. Hahaa.. Redha jerk la.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow.. I like mid valley also. Ermmm tmpt berdeting ke dulu.. Hahahha... Xpe lah manjer, utamakan anak2 dulu. Depa yg nak raya kan. Kite dah dewasa ni ala kadar je lah. Ermmm.... Sy beraya di KL jer....

      Delete
    2. Syyhh.. diam-diam.. time belum kawen la dapat jejak tempat tu semua tapi ngan XXX TUT.. hahahaa.. Suami tak suka gi KL.. tatau la maybe dia pun pernah berdating kat sana kot.. Heee...

      Delete