05 August 2012

516 : Selamat Berpuasa - Iftar Dan Jalan TAR

Semalam aku telah menjemput beberapa orang sahabat untuk berbuka puasa di rumah aku. Since takde siapa yang nak memasak juadah untuk berbuka puasa, makanya tetamu2 aku tu lah yang terpaksa memasak. Kami telah keluar dalam pukul 12.00 tengahari untuk mencari bahan2 mentah untuk dimasak petang nanti. Kami telah mencari di Pasar Tani Selayang dan NSK Selayang. Agak banyak jugak lah yang dibeli, tak tau plak aku mereka nak masak ape.

Dalam pukul 4.00 petang, sahabat2 wanita telah mula memasak. Punya lah teruja memasak sampai ada yang telah menghiris jari sendiri. Terpaksalah ade diantara kami yang menjadi doktor merawat sahabat yang cedera itu. Tapi semangat untuk menyediakan juadah berbuka puasa tetap diteruskan. Petang itu kami telah berbuka dengan ikan cencaru dan ikan kembung bakar, masak lemak tauge dan tauhu, ayam goreng kunyit, tauhu goreng cicah sambal kicap dan sambal totok. Disamping itu ada juga buah2an dan kuih muih. Alhamdulillah, mewah jugak makan malam itu. Kenyang sampai ke pagi. Terima kasih kepada sahabat yang sudi menyediakan juadah itu.

Setelah solat maghrib dan berehat seketika, lebih kurang pukul 10.00 malam kami telah pergi ke Jalan TAR. Tak tau la ape yang diaorang nak cari kat sane, aku follow jer. Macam biasa la, Jalan TAR macam kem pelarian, ramai dan penuh sesak dengan manusia. Semua dengan tujuan masing2. Berlaga2 bontot, teraba itu dan ini dalam kesesakan ni dah menjadi perkara biasa. Orang pon macam dah tak kesah, raba lah... i rela... hahahah. Benda2 biasa je lah yang dijual kat sini, semuanya berasaskan hari raya. Tapi aku takde pulak membeli ape2. Takde mood plak nak shopping dalam keadaan macam ni. Sahabat aku sorang jer yang sempat membeli sehelai seluar.

Pukul 12.00 tengah malam kami meninggalkan Jalan TAR, tak larat dah nak menempuh keadaan itu lagi. Tahun depan kite bertemu lagi. Hehehe...


~Salam Sayang~

6 comments:

  1. WOW apiz.. teraba ke sengaja raba.. TU la kan.. dah tau tempat sesak kita nak gi jugak.. tatau naper kan kan kan.. sambal totok tu apa ye.. ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Klu dah tmpt sesak2 camtu teraba tu dah tak dpt dielakkan. Nak wat camne kan.. Takkan nak letak tangan atas kepala...

      Sambal totok tu resepi jawa. Ikan bilis, cili, bawang dan ape lagi ntah digoreng pastu ditumbuk lumat...

      Delete
    2. Cam sedap jerk sambal tu.. nanti nak cari resepi kat internet la.. Tema baju raya warna pe piz?

      Delete
    3. cube lah. sedap gak, first time rasa hari tu, mmg sedap

      tema?? ermmm pakai baju lama jer. kat dalam lemari tu ade 6 pasang dah baju melayu..

      Delete
  2. salamm..

    hadooii kuruss pahala pose bila teraba sini,,teraba sana,,,cm mmg dah tak sanggup nk pergi...tapi masa zaman muda dulu mmg rela,,tiap tahun pi menyesakkan keadaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Sib baek sy pi malam, takde la kurus pahala puasa klu teringin nak meraba. Sy pon tak sanggup tp klu ade org ajak... Tetap pegi gak..

      Delete