31 July 2012

514 : Selamat Berpuasa - Hari KeSebelas

Selamat berpuasa kepada semua. Alhamdulillah kite telahpon sampai ke hari kesebelas di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita masih lagi dilimpahi segala rahmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada makhlukNya di bulan ini.

Sehingga hari ke sebelas ini, baru dua kali aku berbuka puasa di luar bersama2 teman, rakan dan sahabat. Sesekali kene la rasanya berbuka bersama mereka untuk merapatkan hubungan ukhwah sesama manusia. Walau bagaimanapun, kami berbuka tiadalah semewah mana, sekadar berbuka ala kadar tanpa berlaku sebarang pembaziran.

Pertama aku telah berbuka puasa di Putrajaya di bawah kerlipan bintang dengan laungan lunak azan dari Masjid Putra. Kami bertiga sekadar membeli juadah di Bazar Ramadhan Putrajaya dan berbuka di dataran hadapan Masjid Putra. Menu kami pada petang itu adalah, nasi kerabu untuk sahabat2 aku, nasi beriyani untuk aku, murtabak ayam dan chicken wing serta air seplastik sorang.

Kali kedua pulak, aku telah dijemput untuk berbuka puasa di rumah seorang sahabat di Serdang. Sahabat kami tu telah menyediakan ikan cencaru sumbat bakar (tapi katanya tak jadi), ayam masak aper ntah dan timun ba (shortform kepada timun ba****, kes sensitif, hahaha). Kami tetamu pula telah membawa murtabak ayam dan kuih muih. Terima kepada sahabat yang menjemput, semoga murah rezeki selalu.


~Salam Sayang~

10 comments:

  1. Salam Abe Afeez,

    Kenapa ayat karangan kali ni macam kurang meyengat...hahahaha....apa pun seronok dapat berbuka puasa bersama kawan2 n sahabat2 yang happening kan...hahahaha


    Salam Sayang
    -Pemuda BBS-

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Pemuda BBS.. kurang menyengat ke? di bulan puasa ni ayat kene baek2 sket. klu tak kureng pahala puasa aku yg mmg dah kureng ni. Ape2 pon memang best dapat bersama sahabat dan teman kan...

      Delete
  2. selamat meneruskan ibadah berpuasa feez,,,bulan puasa ni mmg murah rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... Sihat tubuh badan ibadah puasa mesti diteruskan... Murah rezeki bulan puasa ni ujian sebenarnya kan

      Delete
  3. Salam AFEEZZ .. cantik gambar kuih tu.. kuih pe ek nama dia.. lupa lak manjer.. Tapi tatau la, Manjer lebih suka kuih yg bergoreng ( karipap, donut ) dari yg berkukus ( kuih lapis, Seri Muka ).. tapi tak baik untuk kesihatan kan.. Uhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer. ermmm tak tau lah kuih aper, nampak cantik jer tu yg letakkan kat entry ni, kalau tak silap lah, kuih lompang kot tapi versi warna warni.

      sy semua jenis kuih melayu saya belasah, tak kira la goreng ke kukus ke ke ape. pasal bg sy semuanya sedap2 belaka... ketayap pink sedap tak?

      Delete
    2. tul la nama dia lompang.. takut salah sebut tadi.. Hahaa.. ketayap pink manjer tu rasa strawberry tau.. uhu.. FEZZ dgr Suria fm tak silap Manjer la yg kuarkan lagu raya tu..

      Delete
    3. excited sgt nak raya la tu... hahaha

      Delete
  4. Salam Ramadhan Afeezz


    Semoga Allah terima ibadah puasa kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk : salam ramadhan dan InsyaAllah... jika baek yg lakukan nescaya Allah akan terima....

      Delete